Pages

Monday, November 14, 2011

Kebosanan di dalam kelas jepon!!!

Hari ni ade ujuan lisan yang dijalankan secara langsung oleh sensei yang ensem lagi baik hati...

Sambil menunggu orang lain abis... Aku selitkan sikit mase aku nak update blog nih .. Untuk mengelakkan blog aku usang dan berkulat...

Untuk memanjangkan cerita aku dalam blog nih... Sudah pastinye aku akan merepek panjang... Dan akan mendatangkan khurafat kepada pembaca yang membacanya....

Oleh itu... Kelas pon dah nak mule balik... Aku stop kat sini je la dulu...

Sekian terima kasih... Muah2!!

Wednesday, November 2, 2011

Update Seketika


Huis...nmpak gayenye blog aku ni dah lame x update... Disebabkan kerja yang menimbun.. Aku mampu update fb, twiter, je...

Untuk sem nih aku banyak benda nak kene buat.... Tambah dengan subjek baru yang terpakse ambik disebabkan kealpaan seorang koordinator tidak mengumumkan awal2...

Nak marah kat lecturer pun x boleh jugak... Diorang pon banyak keje yang kene buat... Tapi nak salahkn sape kalau bukan pensyarah... ?? Manex nye... Subjek part 2 kene ambik balik... Menyirap je dengar... X abis kat situ je... Subjek yang dah ade kat diploma dulu pon nak kene ambik balik... Ape ceghita nih??

Adakah sistem uitm sudah berterabur ? Kenapa jadi macam tuh? Aku pun tatau... Walau macam mane pon... Sikap menyalahkan antara satu sama lain adalah tidak elok... Biarkan dia berlalu... Dan kita hadapi madalah dengan bijak dan stylo... Wah gitu... Sekian untuk kali nih...

Lagi ceghita nnti next update... Emm ade la dalam 3 bulan lagi hahaha!!

Wednesday, October 19, 2011

Running Man Phone Wallpaper





















Running Man Team : (Not Available Yet Based on copyright issue)
Running Man (Song Ji Hyo) : Download Here
Running Man (Yoo Jae Suk): Download Here (Update)
Running Man (HaHa): Download Here
Running Man (Kim Jong Kook): Download Here
Running Man (Lee Gwang Soo): Download Here
Running Man (Song Joong Ki): Download Here
Running Man (Gary): Download Here

Password : runningmanteam


Wednesday, August 17, 2011

| Sahabatku |

Assalamualaikum... 

bertemu lagi kita didalam blog yang berhabuk dan mampu di update 8 tahun skali.. haha.. terlebih dahulu.. aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah dengan jayanya... jangan monteng.. tabaik....

"masuk ari nih dah separuh bulan kita berpuasa... dan sempena bulan puasa yang mulia ini.. tambahan pulak nak makan minum x boleh.. aku ambik keputusan nak update blog je lah.. "
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam dunia nih ada macam2 jenis manusia,ada perangai buruk,ada perangai baik, ada macam2 lagi lah...oleh itu kita tidak boleh jangkakan bahawa semua manusia mempunyai sikap yang sama dengan diri kita sendiri...

Aku adalah seorang yang suka melihat sahabat gembira, bahagia, dan paling benci melihat sahabat yang sedih dan kecewa... banyak perkara yang membolehkan kita gembira, banyak cara yang boleh membuatkan kita bahagia  kerana gembira dan bahagia adalah satu anugerah yang paling berharga yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Bila sampai satu masa dimana aku sudah cukup dewasa untuk menggunakan buah fikiran sendiri, aku perlu menggunakan setiap kehidupan aku kearah yang berguna, kearah yang diredhai oleh Allah.... salah satu cara aku adalah.. membuat orang gembira...

Bila mata aku melihat setiap sahabat mengukirkan senyuman diwajahnya.. membuatkan hatiku sejuk dan tenang.. Bila melihat kebahagiaan sahabat2 ku.. membuatkan aku terharu, dan tersentuh. begitulah aku bila bersama mereka dikala ada kesempatan masa untuk diluangkan.

Sahabat bagi aku adalah segala-galanya.. bila belajar, kerja, makan, minum, dll semua lokasi memerlukan sahabat.. aku tidak memerlukan seorang wanita untuk menjadi teman aku buat masa ini kerana wanita adalah penyebab aku sedih,marah dan sebagainya... tidak semua wanita membuat aku sedih dan marah sebegitu. ada juga yang baik.. cuma aku hanya tidak mampu untuk membuat seorang perempuan yang akan menjadi aset istimewa didalam hati ku nanti boleh bahagia dengan aku. sesungguhnya aku tidak menyukai kecewa dan sedih

Sahabat aku adalah segalanya bagi aku didunia ini.. dengan adanya sahabat.. sekurang-kurangnya.. dapat memberikan aku gembira yang sejati, mengurangkan rasa kecewa,dan terus melenyapkan rasa sedih. 

Monday, July 25, 2011

| Mengenali Almarhum Ustaz Fadhil Noor |









-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Profile
 
Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
  
Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).


Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu Bukit Raya).Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002.Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.

Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.

Kata-kata

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Artikal Asal Dari : Wikipedia

Tuesday, July 5, 2011

| Aku Sayang Kedua-Duanya |


Sedih bila memikirkan kenangan aku bila dikampung.. dari kecil mengikutnya kemana sahaja tanpa rasa penat.. selalu mengembirakan aku jika aku didalam kesusahan...ish... aku menangis lagi... sudah lame aku ingin meluahkan perasaan aku di blog ini.. tapi apakan daya... aku juga manusia biasa... sekeras mana hati aku sekalipun... aku juga mempunyai air mata untuk aku keluarkan jika perasaan aku tidak boleh dikawal lagi..

Nenek.... sedih bila tidak sempat meratap wajahmu disaat akhir kehidupanmu....sayangnya mu kepada ku sehingga sanggup berbuat apa sahaja untukku... memberi segala duit poketmu untuk aku belajar disinih.. tidak pernah kau mengeluh didepanku kerana kehidupanmu yang cukup perit untuk dilalui... menghadiahkan aku banyak mainan... aku suka berjalan dengan mu.. aku suka menolongmu... semata-mata mahu hadiah darimu.. sehingga tidak pernah memikirkan masalah yang kamu tempuh pada setiap hari.... mengajar aku erti kesusahan.. mengajar aku bagai mana untuk menjadi insan yang baik.. pesananmu aku akan simpan sehingga akhir hayat aku.. sejauh mana pon aku... engkaulah nenek yang paling aku sayang.... engkau la nenek yang terbaik untukku.....

Atuk.... Aku tidak sempat juga untuk bersama semasa atuk sakit... aku seperti lupa... yang aku mempunyai atuk yang selalu menanya khabarku apabila aku jauh... aku bersikap kurang ajar semasa atuk aku masih hidup.. aku bukan cucu yang baik untuk atuk.. aku cucu yang tidak guna... lupa dengan kerja dunia.. lupa jasa yang diberikan oleh atukk.. atuklah yang mengajar aku solat..... atuk lah yang mengajar aku mengaji.. aku tidak pernah lupa semua itu sebenarnya.. dunia menyebabkan aku lupa segalanya... jasamu dan ilmu mu.. tidak akan ku sia-siakan sampai akhir hayat aku... aku janji atuk.. aku mintak maaf atuk sebab selalu membuatkan atuk sedih semasa hidup....

Semoga Atuk dan nenek ditempatkan ditempat orang yang beriman.... Al-fatihah...

ILOVEBOTHOFU

Saturday, April 9, 2011

| Menyapa Kukubesi |



Shah alam. lebih kurang 5 aribulan 4 kot... aku bersama dengan rakan2 taulan yang lain pergi menyapa orang yang bernama kukubesi nih.. atas kehendak kawan2 ku untuk membuat asignmentnya.. aku dengan pantasnya menjadi pengikut setia mereka untuk pergi berjumpa dengan kukubesi nih.. dan beranggapan.. kalau x jumpa skang.. agak2 bile lagi nak jumpe kukubesi nih.. aku rase dah memang payah nak bersua muka ngan die nih.. lagi2 bila die dah ade anak 2 orang.. (x pasal2),,.. 

berbalik pada cerita aku tadi.. bila dah sampai di tempat kejadian.. dapat pulak parking betul2 kat sebelah meja dimana tempat kukubesi menghirup air beliau yang dekat separuh dah die sedut akibat menunggu kiteorang yang memang menepati masa sungguh.. apabila mula menggerakkan kaki keluar dari kereta kepunyaan kawanku.. tiba2 mulut aku senyum dengan sendirinya kearah meja beradanya kukubesi itu tadi.. tetapi sayang.. mereka memandangku macam orang x kenal.. (memang x kenal pon.. ) aku teruskan menyenyumkan diri sehingga lah masuk blik ke kereta apabila sudah selesai interview.. 

sebelum pulang ke bumi syeksen2.. kami sempat bergambar sekeping dua dengan kukubesi tersebut untuk dibuat kenang-kenangan.. almaklumlah.. jumpe beribu taun sekali.. alang2 dah ada kat situ.. sental skali lah bergambar.. walaupun Bro kb berada di situasi cemas kerana ade date ngan isterinya selepas itu.. die tetap melayan kiteorang macam menatang minyak yang penuh.... untuk pengetahuan anda.. bro kb pakai slipar same brand dengan aku.. haha!! membuatkan aku rase bangga dan yakin bila memakainya.. brand apa?? ha itu yang kita tatau tuh.. haha!

Begitu lah flashback saya....

Saturday, April 2, 2011

| Kajian 2011 |


Setelah berkurun lama duduk bertapa dengan warna,cahaya,posisi,dan macam2 lagi .. aku cuba untuk mengasah ilmu aku dengan cara praktikal sebegini rupa.. cewahh.. jadi nih la hasil nya untuk kajian terbaru aku.. menggunakan konsep yang sama.. cuma kaler yang memisahkan segalanya.. 

sambil-sambil duk basuh kain nih.. boleh la update kejap walaupun mood aku x membenarkan aku wat keje nih. aku teruskan jugak.. disebabkan aku nih dari kecik degil dengan orang tua.. dah besar jadi cam nih la.. keje lain ade.. pegi sental keje x berpaedah jugak.. aku pun tatau la canne nak motivate diri aku nih suh jadi rajin dan berjaya.. memang susah ye.. 

Dah lari tajuk nmpak.. haha!.. memang sengaja aku tuka tajuk sebab aku tatau nak cite ape dengan gambar2 yang aku wat nih. jadi. untuk korang yang ingin mengikuti jejak aku nih.. kaji la sendiri canne aku wat.. x payah pun.. 5 minit siap satu gambar..!!

Memang jenis aku lah bila wat keje nak wat keje yang paling senang didunia.. kalau boleh nnti bila dah keje betul nnti aku nak jadi bos je.. ade surat aku sign.. kan senang kan? haha! tapi aku nih xdek la malas sangat.. xdelah sebegitu rupa perangai aku.. haha!..

berbalik pade cite aku nih.. sekarang, aku suke edit gambar2 jenis lame2.. gambar yang macam mane?? ha.. itu korang kene bukak almari mak ayah korang.. haha! tengok gambar kawin dieorang.. macam tuh la lebih kurang.. tapi ade cantik skit lah disebabkan kite sekarang idup zaman teknologi kan.. zaman bapak kite dulu.. nak ambik gambar pun separuh bute mate kene flash die.. tapi sekarang kite dah xdek dah bende2 camtuh.. dah diketegorikan barangan kelasik dah tuh.. haha!

bile dah aku edit.. aku suka idea yang gile/x betul/bengong/dll... untuk die punya taglineke.. headline ke.. pape lah.. contohnya.. disebelah nih.. memang aku suke letak headline/tagline yang merepek yang munkin xdek kene mengena dengan hidup aku....haha! tapi yang sebenarnya..kita pikir diri kita hepi dulu.. itu yang paling utama.. tul x?? haha!.. pape pun kita buat.. ia melambangkan diri kita sebenarnya.. so.. bile nak kenal aku.. kenal dulu gambar2 aku.. haha! cewah!.tengah ofer nih.. kalau sape2 yang bekenan nak lelaki malang nih.. haha!

Oklah.. konklusi yang dapat dibuat kat sinih ialah.. bunkface.. dengan lagunya konklusi.. ye idak?? betul la.. haha! xdek konklusi dalam penulisan aku.. sebab kat skolah dulu aku memang fail wat kongklusi.. By!

Sunday, March 27, 2011

| Bakat Muda Baru : Najwa Latif |


Dalam diri setiap manusia dibumi nih, x kira lah dibumi ataupun di planet2 lain sekali pun.. mempunyai bakat yang tersendiri.. x kira lah masak char kuew tiaw sedap ke.. buat kuih apam balik spesel ke.. macam2 lagi lah.. banyak benda yang kita x tau sebenarnya dalam diri kita nih.. sebab tuh la kita jangan takut untuk mencuba buat bende2 yang baru.. kecuali ambik dadah ke ganja ke.. yang tuh memang bukan bakat anda lah. tu namenye kebodohan anda.. haha!!

http://www.najwalatifs.blogspot.com
Berbalik kepada cerita yang aku nak cerita nih.. beberapa bulan yang lepas.. aku ade dengar satu lagu yang boleh dikatakan asing bagi aku dan lagu tersebut bukan dinyanyikan oleh orang asing,orang batak,atau orang besi,, lagu nih dinyanyikan oleh seorang hamba Allah yang bernama najwa nih...

Hamba Allah yang berasal dari batu pahat johor nih pada mulanya membawak serta menyanyikan lagu lagu hitz tanah air ini, berjaya membuat jiwa ragaku tertarik dengan bakat yang die ada.. kalau biasenye bila aku nak dengar lagu2 baru @ lagu2 dari artis baru nih.. aku akan dengar lebih kurang dalam seminggu dulu.. baru aku dapat nilai .. cam mane die punya lagu tuh.. tapi. beza pulak ngan si Najwa nih.. aku boleh tertarik dengan lagu die nih dalam masa 1 minit! waw... satu rekod yang boleh dikatakan WAW!(aku tatau nak kata apa).haha!

http://www.najwalatifs.blogspot.com
Bagi Aku lah.. Si najwa adalah gadis yang berbakat besar dalam bidang nyanyian... atau orang putih kata.. singer.. tul kan?? btul la.. x baik tipu.. dose.. cara penyampaian lagu di penuh dengan emosi.. cewahh. gaye cam pengkritik lagu2 lak aku nih.. tapi yelah kan.. memang iklas aku cakap.. suara dia mempunyai aura2 yang berbeza daripada suara aku.. yang mana.. kalau suara aku nyanyi.. boleh wat orang sesak nafas dua hari.. dan bila dia nyanyi.. habih jiwa raga jatuh.. sekali harga diri pun boleh jatuh bila dengar die nyanyi..

Aku menulis bukan suka2. tetapi.. aku menulis dari hati yang iklas mahu berkongsi pendapat.. haha!,,, untuk menjadi seorang artis yang berjaya.. adalah sangat payah/difficult/castard/dll.. tetapi.. bg aku.. Si najwa layak untuk digelar penyanyi disebabkan oleh suaranya yang lunak lagi merdu yang mendayu2 seterusnya menusuk kalbu.. didalam dirinya mempunyai frequency yang boleh menarik/memaksa/mengesot/dll..  minat orang ramai...

http://www.najwalatifs.blogspot.com
Aku rasa dah banyak dah aku duk puji die nih.. aku tanak dah la tulis nnti die baca kang terus x leh nyanyi.. itu yang aku risau.....aku harap.. Najwa dapat teruskan minat... teruskan kerjaya sebagai penyanyi yang berkeliber/bermutu dan bergaya.. diharapkan dapat meningkatkan lagi prestasi. kita xnak lepas nih bila dah debut sebagai artis.. prestasi semakin merosot disebabkan anda sudah berjaya..dan tidak perlu nak usaha lebih2...  tunjukkan quality anda didalam setiap lagu yang dinyanyikan.. dan jangan sesekali sombong/lupa diri/ selfish/dll.. dan kita kene ingat.. tiada orang bawah.. kita x dapat naik keatas... ibarat berak apabila sakit.. taik pula tidak dibasuhnya.. owrite..



Selamat Berjaya NAJWA!

Tuesday, March 22, 2011

Video Production Crew (Minor Sem 4)



Alhamdulillah..

selepas dua hari kita pg trip.. macam2 perkara kita blaja kat sana.. tido lam reban... mandi x besabun, main kad, kaki terseliuh, kaki kene belangkas, kepale penin, perut skit,nikotin x cukup, dan macam2 lah.. haha..

Gmbar Hiasan
aku pun tatau la.. trip kali nih aku rase trip yang memang best walaupun aku seharian merana skit perut.. ntah cam mane perut aku leh skit pun aku tatau..

bakaugruv adalah salah satu tempat yang memang terbaik dari bakau bak kate kengkawan kite... hidup kat sane macam idup lam kem.. makan kene basuh pinggan.. sabun x bagi.. blik air x bekunci.. haha nyamuk banyak..

walau bagaimana pun(cheeewahh_).. perkara macam nih membuatkan kite rase seronok ye.. walaupun badan melekit mandi x besabun.. haha n time nih lah kite leh kenal hati budi masing-masing.. ade yang mengamuk mahukan sabun.. ade yang mengemis untuk mendapatkan sabun setitik.. dan ade jugak yang mengepau sabun secara paksa.. sib baik x letak pisau je kat tengkuk.. haha,... bile dah dapat sabun.. masuk mandi.. air pulak xdek.. hadoi yai... skali lagi mencabar jiwa raga... terpakselah mandi dalam keadaan air yang menitik.. hahaha..

Gambar Hiasan
masuk ari yang kedua... setelah mengharungi ribuan nyamuk-nyamuk yang mengganas tanpa belas kasihan.. menyedut darah tanpa meminta kebenaran cis nyamuk.. berani kau.. dan ade jugak salah sorang member aku makin kurus.. disebabkan kehilangan darah yang begitu banyak.. kesian diorang.. walau bagaimana pun.. sib baik lah ade yang menghulurkan bantuan bagi ubat nyamuk kat blik aku... terima kasih kepada yang membantu...

pada malam yang ditunggu2.. malam present.. malam yang cukup menyayat hati.. <-- btul ke aku eja... pakai ala2 nak pegi funfair tunggu turn nak present... tunggu- punya tunggu.. kul 2.45 baru dapat present.. mula2 pakai cam dah semat dah.. bile sampai je turn nak present.. masing2 punye pakai dah tunggang langgang.. muke sume pun jatuh harge sposen dah akibat tunggu turn lame sangat.. haha...

Gambar Hiasan
akhir kata.. A.K.A dah xdek modal nak menulis.. dapat disimpulkan bahawa.. pilihan tempat oleh lecturer kite memang sesuai buat kite sume.. kat sini lah tempat untuk mengajar kite.. memang dah sesuai sangat lah aku rase.. sedih rase nak tinggalkan tempat tuh.. n gembire sangat dapat blik.. haha...

Wednesday, January 19, 2011

| Tugu Negara |


Tengah aku menung2 x tau nak wat pe xdi.. tibe2 terlintas idea nak wat design nih.. dan aku rase aku patut beri penghargaan pada orang yang berjuang demi kemerdekaan dan mempertahankan tanah melayu ... kerana merekan kita dapat hidup dengan aman kat malaysia nih..

Terima kasih...

Monday, January 10, 2011

| 2011!!!! Pembuka Cerita |

Alhamdulillaah.. kite masih sihat pada tahun 2011 nih... sebenarnye.. aku dah lame x update blog nih.. disebabkan sibuk dengan tuga2 semase.. dan beban malas yang melanda aku pada tahun 2010 yang lepas..

tatau la kenape aku jadi cenggitu.. aku harapkan.. tahun nih menjadi tahun yang paling rajin dalam hidup aku.. dan menjadi insan yang paling bergunelah jugak.. sebab sblum nih macam x begune je aku nih.. asyik main je.. haha!!

ari nih aku malas nak cite bnyak bende lah. sebb mase aku tulis nih jam dah kul 1 pagi dah nih.. sok ade kelas.. nak tido lewat karang.. paham2 je lah.. nak bangun subuh skit punye payah..

anyway.. cewah.. cakap orang putih.. aku nak kongsi skit lah lagu2 yang aku rase layan jugak.. korang dengar la sendiri.. kalau rajinbeli2 lah lagu2 nih.. sian dieorang.. penat dieorang wat.. hahaha!!!