Pages

Monday, July 25, 2011

| Mengenali Almarhum Ustaz Fadhil Noor |









-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Profile
 
Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
  
Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).


Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu Bukit Raya).Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002.Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.

Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.

Kata-kata

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Artikal Asal Dari : Wikipedia

Tuesday, July 5, 2011

| Aku Sayang Kedua-Duanya |


Sedih bila memikirkan kenangan aku bila dikampung.. dari kecil mengikutnya kemana sahaja tanpa rasa penat.. selalu mengembirakan aku jika aku didalam kesusahan...ish... aku menangis lagi... sudah lame aku ingin meluahkan perasaan aku di blog ini.. tapi apakan daya... aku juga manusia biasa... sekeras mana hati aku sekalipun... aku juga mempunyai air mata untuk aku keluarkan jika perasaan aku tidak boleh dikawal lagi..

Nenek.... sedih bila tidak sempat meratap wajahmu disaat akhir kehidupanmu....sayangnya mu kepada ku sehingga sanggup berbuat apa sahaja untukku... memberi segala duit poketmu untuk aku belajar disinih.. tidak pernah kau mengeluh didepanku kerana kehidupanmu yang cukup perit untuk dilalui... menghadiahkan aku banyak mainan... aku suka berjalan dengan mu.. aku suka menolongmu... semata-mata mahu hadiah darimu.. sehingga tidak pernah memikirkan masalah yang kamu tempuh pada setiap hari.... mengajar aku erti kesusahan.. mengajar aku bagai mana untuk menjadi insan yang baik.. pesananmu aku akan simpan sehingga akhir hayat aku.. sejauh mana pon aku... engkaulah nenek yang paling aku sayang.... engkau la nenek yang terbaik untukku.....

Atuk.... Aku tidak sempat juga untuk bersama semasa atuk sakit... aku seperti lupa... yang aku mempunyai atuk yang selalu menanya khabarku apabila aku jauh... aku bersikap kurang ajar semasa atuk aku masih hidup.. aku bukan cucu yang baik untuk atuk.. aku cucu yang tidak guna... lupa dengan kerja dunia.. lupa jasa yang diberikan oleh atukk.. atuklah yang mengajar aku solat..... atuk lah yang mengajar aku mengaji.. aku tidak pernah lupa semua itu sebenarnya.. dunia menyebabkan aku lupa segalanya... jasamu dan ilmu mu.. tidak akan ku sia-siakan sampai akhir hayat aku... aku janji atuk.. aku mintak maaf atuk sebab selalu membuatkan atuk sedih semasa hidup....

Semoga Atuk dan nenek ditempatkan ditempat orang yang beriman.... Al-fatihah...

ILOVEBOTHOFU