Pages

Friday, November 2, 2012

Bantulah Mereka yang memerlukan - Rumah Amal kasih

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Alamat Rumah Amal Kasih Bestari

Rumah Amal Kasih Bestari ini telah telah diasaskan oleh Ustaz Hamzah Busu dan Puan Wan Rokiah bermula 
pada September 2007.Rumah Amal ini menyalurkan sumbangan kebajikan kepada anak anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya dan asnaf zakat.

Pandangan keseluruhan rumah Amal Kasih Bestari

Rumah Amal ini menjalankan peranan sebagai pusat sehenti menerima dan mengagihkan sumbangan 
sumbangan derma, sedekah serta zakat dan wakaf kepada mereka yang berhak dan memerlukan bantuan

Persekitaran Rumah Amal Kasih Bestari

Sekarang Rumah ini telah menempatkan seramai 75 orang dan akan terus berkembang. Mengikut pecahan 
seramai 23 orang yang bersekolah rendah dan 37 orang yang bersekolah menengah. Bagi anak anak kecil 
adalah seramai 15 orang

Satu satunya gambar anak anak ini yang ada di situ

Dengan 75 orang tanggungan, sumbangan amatlah diperlukan. Di sini dituliskan sekali tanggungan bulanan 
Rumah Amal Kasih Bestari

Sewa Asrama dan penempatan staf (14 buah)                        = RM15,050.00
Perbelanjaan makan minum ( 80 orang X RM8.00)                  = RM19,200.00
Petrol dan maintenance kenderaan                                        = RM7,097.00
Bil Elektrik, air dan telefon                                                    = RM 7,150
Elaun Staf (19 Orang)                                                           = RM7,600.00
Pengurusan dan Pentadbiran                                                 = RM2,000.00
Wang Saku sekolah pelajar ( RM2.00 X 55 orang X 22 hari)  = RM 2,420.00
Lain- lain                                                                             =RM2,000.00

Jumlah Tanggungan bulanan RM 62, 517.00!!!



Menurut Puan Aina ( Salah seorang pengurus di situ) Jumlah kutipan sumbang cumalah RM5000.00 ke RM7000.00 sebulan dari orang ramai dan tidak cukup untuk menampung keperluan mereka. Namun begitu ramai orang yang memberikan sumbangan dari segi memberi beras, gula, minyak, pakaian dan lain lain barang keperluan. Menurut Puan Aina lagi, cuma apabila tiba bulan Ramadhan barulah kutipan sangat memberangsangkan dan boleh membayar hutang hutang tertunggak bulan bulan sebelum ini. Berikut adalah senarai keperluan bulanan Rumah Amal Kasih Bestari

Sila klik untuk lihat Senarai Keperluan

Tilam yang digunakan anak anak untuk tidur


Anak anak di sini tidak ada bilik yang khusus dan kebiasaannya akan membentangkan tilam di lantai apabila 
masuk tidur. Tilam yang digunakan juga agak lusuh dan merupakan sumbangan sebuah hospital kerajaan tidak 
lama dahulu.

Ruang rehat Rumah Amal  Kasih Bestari

Ruang rehat yang digunakan mereka juga agak menyedihkan. Bayangkan 20 orang anak anak ini berkongsi 
ruang rehat di sini

Tandas di Rumah Amal Kasih Bestari

Tandas yang disediakan disini agak selesa juga untuk anak anak in membersihkan diri, tetapi mereka wajar 
untuk menerima yang lebih baik

Ruang Dapur 

Ruang dapur yang ada adalah setakat ala kadar sahaja dan tidak dapat menampung keperluan anak anak yang ramai Makanan terpaksa dimasak berulang kali kerana kapasiti dapur yang terhad.  Ada beberapa orang sukarelawan yang memasak untuk anak anak ini bila tiba waktu makan.

Ruang sembahyang dan ruang makan

Di sini anak anak makan sambil bersila kerana tiada meja makan dan tempat yang terhad. Tempat ini juga digunakan mereka untuk bersembahyang jemaah. Anak anak di Rumah Amal Kasih Bestari ini diajar untuk meminta pertolongan kepada Allah dahulu dan kemudian barulah kepada sesama manusia.

Satu satunya van yang membawa anak anak ini ke sekolah

Rumah Amal Kaseh Bestari memerlukan sekurang kurangnya dua (2) buah van untuk memudahkan mereka menghantar anak anak ini ke sekolah. Ini adalah kerana mereka mempunya 3 asrama iaitu di Kampung sungai  Serai, Kuang, Selangor yang menempatkan pelajar perempuan, di Bandar pinggiran Subang yang menempatkan pelajar lelaki menengah dan anak anak kecil dan di Kg Melayu Subang yang menempatkan  anak anak lelaki sekolah rendah. Dengan menggunakan satu sahaja van yang merupakan sumbangan salah seorang hamba Allah, adalah sukar untuk menghantar anak anak ini ke sekolah sedangkan mereka mempunyai 3 buah asrama untuk dituju. Adalah diharapkan sekiranya ada pihak yang budiman dapat menyediakan lagi van untuk Rumah Amal Kaseh Bestari ini

Bagaimana jika saya berminat hendak memberi bantuan?

JIka dari segi bantuan kewangan anda boleh memberikan sebarang sumbangan dari bentuk cek, tunai, atau terus dimasukkan ke dalam akaun berikut 

CIMB Bank atas nama Pusat Jagaan Kasih Bestari

122 60000 135 104

Jika anda ingin memberikan bantuan dari segi barang keperluan boleh hantar ke alamat berikut

Lot 5930, Kg Betik, Kg Melayu Subang,

40150 Shah Alam, Selangor

Sila Hubungi
Ustaz Hamzah Busu 016 2516515
Puan Wan Rokiah 014 6648103

JIka anda tidak dapat memberikan sebarang bantuan seperti berikut anda sila sebarkan artikel ini kepada sekurang kurangnya 5 orang rakan rakan anda menggunakan facebook, e mel,  twitter dan post kan dalam blog anda. Harap salah seorang rakan rakan anda dapat juga memberikan  sumbangan kepada anak anak ini Apa yang menjadi objektif dalam page ini adalah untuk meminta anda semua supaya dapat membantu Rumah Amal Kasih Bestari sekurang kurangnya dapat memenuhi keperluannya sebanyak RM 62, 517.00  sebulan hasil sumbangan orang ramai. Diharap anda semua dapat membantu mereka ini dan cuma Allah sahaja yang dapat membalas budi.

Semoga kita beroleh rahmatnya.

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rizki), dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah : 245).

sumber : link

Thursday, November 1, 2012

Selamat Tinggal Faiz... Aku Sentiasa Merinduimu

Assalamualaikum semua...

hmm...agaknya dah lama aku tinggalkan dunia blog nih... bukan x sudi menulis tetapi aku tiada masa untuk mencoretkan kisah2 hidup aku didalam blog usang nih.. tetapi, hari nih... selepas seharian aku berfikiran tidak waras... takut... trauma... terasa diri aku dibebani masalah yang tidak dapat diselesaikan...

31/10/2012 adalah tarikh yang sekali lagi membuat hatiku sedih dan pilu... dimana seorang spupu telah meninggal dunia, terbabit didalam kemalangan didalam perjalanan untuk pulang ke rumah.. terasa tidak percaya, tertekan, dan terpaksa menerima hakikat.

Sedih apabila melihat titisan air mata orang tuanya yang jatuh kebumi .. kesedihan dan tidak dapat menahan sebak. aku tidak dapat membuat apa-apa selain cuba untuk kuatkan diri dihadapan mereka dan diri aku seolah-olah tidak tahu hala tuju...melangkah kehulu dan kehilir dengan tiada tujuan... 

aku duduk disebelah jenazah untuk kali terakhir.. cuba untuk mengambil dan membaca surah yasin dalam masa yang sama mengenangkan kenangan yang lama dengannya... aku berdoa... aku sedekah sebanyak mana yang aku mampu untuknya...semoga rohnya aman dan tenteram disana...

keadaan aku pada masa itu hanyalah seperti pelakon yang memegang watak. berlakon seperti tiada apa-apa berlaku sedangkan didalam hati terasa seperti ingin mencurahkan air mata yang tersimpan...

aku redha dengan pemergiannya...selamat tinggal faiz...

Al-Fatihah...