Pages

Wednesday, August 14, 2013

Kelebihan Memaafkan Orang lain



As salamu'alaikum. Ramai org yg selalu sebut: Mulut boleh maafkan, tapi hati masih sakit, marah, sedih, etc. Sebenarnya, bila kita maafkan org, di antara kebaikan yg kita dpt: 

1. Allah ampunkan dosa kita, 
2. Allah gerakkan org lain maafkan kita,
 3. Hati kita jadi murni, 
4. Fikiran tenang, 
5. Doa makbul, 
6. Badan sihat, 
7. Muka comel & awet muda, 
8. Pintu rezki terbuka, 
9. Allah beri hidayah & masalah akan selesai satu persatu, 
10. Allah syg & semua makhluk Allah akan syg kat kita juga, 
11. Kita bentuk imej & sahsiah diri yg lebih cemerlang, 
12. Kita jadi teladan +ve kpd ahli keluarga & org lain. Terlalu byk keuntungan yg kita dpt bila memaafkan org. Kenapa masih berkira sgt & beri berbagai alasan utk tak maafkan org? Sebenarnya, jika kita tak maafkan org, kita yg sengsara di dunia & di akhirat! Mari pujuk diri utk maafkan semua org. 

Moga Allah beri kita kekuatan utk memaafkan org lain. Aamiin, wassalam.


Friday, April 5, 2013

Proses Penukaran No Enjin

As salam mualaikum

Hari nih aku rasa nak share sesuatu yang mungkin menarik bagi penggemar-penggemar kereta yang x boleh tengok kete dia slow...

Dalam erti kata lain.. Suka tuka enjin yang laju @ lain, yang lagi sempurna pada mata kita dan kalian...

Beberapa bulan yang lalu aku ada menukar enjin kancil aku kepada enjin jenis L6 JBJL,


Sesudah aku tukar enjin tersebut, maka tiba la mase untuk menghadap kerja yang paling membosankan dalam arena main keta nih, iaitu permohonan menukar enjin

Ramai yang kata, proses tukar enjin nih ambik masa? Betulke?

-Jawapan aku ye, dia ,memang ambik masa dalam 1 ke 2minggu bergantung kepada jenis permohonan

Kat mane nak mulakan dulu? JPJ KE PUSPAKOM.?

-Mula2 sekali, korang kene buat permohonan tukar enjin kat Bahagian Automotif dekat JPJ
-Jika masuk gear manual ke manual/auto ke auto sama cc tidak perlu ke jpj terus je puspakom (untuk penukaran enjin turbo)

DOWNLOAD BORANG KAT SINI

-pastikan korang bawak surat enjin,kastam dll (dokumen enjin baru)
-pastikan korang bawak resit beli enjin
-gran ori keta anda
-jika gran tersebut nama orang lain, pastikan bawak salinan ic
-salinan ic korang

(Kalau boleh korang photostat sume dokumen yang ade sebab ade kemungkinan surat enjin original dieorang ambik)


Selepas dah buat permohonan, korang boleh tunggu kat umah sambil minum kopi, sebab permohonan tu ambik mase 5 hari bekerja nak siap

amboi, yg nih pon x kan korang x leh carik..
Bila dah agak2 dah lima ari berturut2 korang minum kopi... Boleh la telipon diorang kat memo yang diberikan kepada anda semasa membuat permohonan tempoh hari. Kat situ diorang bagi no telipon

Korang boleh tanye dieorang dah siap ke blom, kalau dah siap, korang boleh terus pegi ambik kat opis tuh, dah kalau nak cepat, korang pegi ambik pagi,

Lepas ambik tuh boleh la terus pegi puspakom kat negeri korang, bg aku puspakom yang baling best adalah dekat padang jawa, bangi, sebab diorang buat laju ,

PROSES MASUK PUSPAKOM,

Sesudahnye korang menerima surat permohonan tukar enjin itu tadi, terus pegi pintu masuk puspakom,

-bayar yuran daftar kenderaan (mengikut jenis kenderaan) kalau kancil kompem rm 35
-Sesudah bayar, korang terus boleh masuk lorong yang orang tuh cakap,
-bila dah masuk, nnti ade budak hensem kerja ngan puspakom akan suruh korang bg kunci kat die dan dia akan suruh korang duduk kat tempat duduk yang disediakan,
- mase nih korang isapla rokok dulu, kalau x isap rokok pon, korang buat la ape korang nak buat, sebab nak check nih makan mase skit,

pintu nih la korang kene masuk bila dah sampai kat
puspakom padang jawa
Sesudah die check, doorang suh pegi tunggu kat kaunter, tunggu keputusan.

Dan jika berjaya, korang akan dikenakan bayaran khas untuk mendapatkan salinan report puspakom itu tadi

Sekian sahaja di puspakom,

SELEPAS MENERIMA REPORT PUSPAKOM?

Bila dah terima report tuh, korang boleh hubungi korang punya insyurans keta tuh, call pun xpe.. Nanti die akan mintak salinan keputusan dan salinan gran asal anda.

Biasenye insyurans ambik mase 30 minit nak update tapi kalau nak senang, korang pegi je kat pejabat insyurans korang

LEPAS TU ?

Lepas dah setel beramah mesra ngan insyurans korang, die dah update dalam server diorang, korang bolehla pegi JPJ BALIK...

Ambik borang kat kaunter borang , cakap kat die nak tukar no enjin kat gran, nnti pandai la die pilih borang.

lepas dah isi, pastikan dokumen lengkap seperti

ORIGINAL PUSPAKOM REPORT
SALINAN IC PENAMA/ANDA GRAN
BORANG YG TELAH DIISI DENGAN BETUL

Ambik no dulu .. jangan terus pegi kaunter, jap agi kene tangan dek orang lain..

Bila dah dipanggil pegi kaunter tuh, korang cakap je ngan kakak kaunter tuh nak tukar no enjin x pon diam je sampai die tanye, kalau die x tanye tuh die paham le tuh.. 

Nanti kakak tuh senyum kejap tengok korang, pastuh die tanya soalan2 basic je, korang jangan takut, soalan die xdek malibatkan rumah tangga korang terjejas

Bila dah siap die key in masuk korang punya enjin baru,die akan bagi korang gran yang baru sebagai kenang2ngan

Lepas tuh,

Korang kluar ari jpj tuh, boleh la korang nak jerit ke nak pukul orang ke,, suka atilah... Sebab nak tunjukkan korang punya kegembiraan..


Aku rasa takat tuh je la aku dapat bgtau, nanti korang pandai2 la sendiri nak idup.


Sekian terima kasih.



Bawah nih koleksi semasa aku tukar enjin, boleh la cuci mate..kikiki







Monday, February 4, 2013

Pengubahsuaian Kenderaan Yang dibenarkan / tidak dibenarkan Oleh JPJ

PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah
mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-

1.  Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
2.  Pemasangan door visor pada kenderaan.
3.  Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards
     (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
4.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
5.   Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
6.   Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
7.   Penukaran kotak gear manual / automatik
8.   Pemasangan kanopi / kanvas
9.   Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
11. Pemasangan spotlight

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
1.  Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
2.  Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
3.  Pemasangan lampu HID secara retrofit.
4.  Penukaran sistem pacuan.
5.  Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
     hadapan atau belakang kereta.
6.  Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain
     warna merah / amber pada bahagian belakang.
7.  Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
8.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%.

 
JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ.
Kenderaan Persendirian

1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
2. Penukaran sistem bahan bakar.
3. Penukaran enjin.
4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)