Pages

Sunday, September 28, 2014

Jom Berhenti Merokok Ikut Cara Aku!


Assalamualaikum, 

Hari nih aku cuba nak berkongsi pengalaman aku semasa merokok dan bagaimana aku berenti merokok dengan jayanya dalam masa yang singkat. Mungkin penulisan aku kali nih nampak serius sikit... Biasalah.. Nak menunjukkan aku seorang yang membenci rokok yang amat sangat...

Ramai sebenarnya perokok di malaysia nih cuba untuk berhenti merokok bila diorang rasa poket dah kosong... Bila diorang rasa sesak nafas... Bila diorang rasa sakit/ sakit dada.... Tapi x ramai perokok di malaysia nih teringin nak terus berhenti... Apa yang menyebabkan diorang susah nak berhenti? Ramai orang kata disebabkan nikotin yang ada dalam badan... Ada jugak orang kata disebabkan dah lama isap susah nak benti... Ade jugak disebabkan kawan yang perangai cam langsuir cakap kalau x merokok x stylo... Dan ada jugak disebabkan keturunan perokok dan beliau tidak seharusnya berhenti... Jadi.. Banyak sebab dan musibat yang yang biasa kita dengar kan? 

Menurut kajian yang dibuat oleh aku, orang yang susah nak berenti merokok adalah kerana tabiat beliau, yang suka mengada2kan benda yang tidak penting pun sebenarnya... Contoh... Isap rokok selepas makan, semasa membuang air besar, semasa bangun tidur, semasa memandu, mahupun sebelum tidur... Ewah2... Dah macam telan supliment pulak rasenye... Hakikatnya itulah aku dulu... Haha... Ini sebenarnya "mindset" kita sahaja...

Macam mana perkara diatas ini boleh terjadi? Perkara seperti diatas boleh terjadi apabila adanya amalan ikut2 namanya... Bila kawan buat kita nak buat... Dan akhirnya kita terus hanyut menelaah asap yang nikmatnya hanya sementara.. Dan mungkin sakitnya akan menjelma

Jadi, xnak beleter panjang jap lagi korang terus tutup blog aku, orang tanya aku.. Macam mana ko boleh berenti ekkk? ... Haa nih nak cerita la nih.. Ko boleh sabar kejap x? Geram pulak aku... Huh! 

NIAT & DOA
Pernahkan korang dengar... Setiap perkara yang ingin dilakukan harus dimulakan dengan niat? Btul x? Kalau salah betulkan aku.. Pada permulaan aku nak berhenti merokok.. Aku mulakan dengan niat... Seingat aku, masa aku berniat tuh... Rokok winston naik berapa inggit ntah.. Bengang punya pasal .. aku terus set dalam kepala aku... Suatu masa nnti aku akan berhenti merokok puii!! Sambil bukak rokok winston letak kat mulut.. ... Jadi, perkara pertama adalah niat korang walaupun korang x teringin langsung nak berhenti pada masa tersebut.

Bila dah ada niat... Cuba lepas sembahyang tuh.. Selit mintak dengan Allah cakap kalau boleh mintak tunjuk jalan macam mana nak benti... (Cara paling power yang penah aku xperience)

TETAPKAN TARIKH , LAFAZ & SAKSI:
Macam mana nak tetapkan tarikh yang berkesan? Disebabkan kita nih bebal susah nak berenti cuba fikirkan tarikh yang ada potensi seperti.. Bulan puasa, awal tahun, tarikh lahir, hari jadi ibu bapa, tarikh kapel pon boleh. Selepas dah ada tarikh... Cuba cari kawan baik, kalau xdek kawan, boleh pegi cari abang2 sado atau pandai2 korang lah... Dan bagi tahu diorang... Pada tarikh sekian2 ko nak berenti, jadi tolong ingtkan aku, jadi kalau nak best lagi cari kawan yang badan ketul2 yang boleh rembat korang kalau korang lupa..

MORAL SUPPORT:
Bila korang kesunyian.. Korang mesti cari seseorang kan untuk bercerita atau meluahkan perasaan? Begitu juga dengan merokok... Ia perlu ada seseorang yang boleh menyokong tindakan kita... Jangan la pulak ko cari kawan yang merokok jugak... Cari kawan yang x merokok la... 

ELAKKAN SEKETIKA BERKAWAN DENGAN PEROKOK
Yang nih benda penting, aku x suka nak suh korang jangan berkawan dengan perokok... Jadi perkataan paling senang.. Cuba elakkan seketika lepak ngan perokok.. Kalau dah tau iman tuh senipis kulit bawang, baik elakkan seketika... Aku x suruh korang putus kawan ehh... Dan bila dan kurang ketagih.. Boleh la lepak seperti biasa...

BUANG BARANGAN BERKAITAN
Korang buang dan kosongkan laci2, Bag sandang taksub korang tuh.. Dan benda nih korang patut mulakan dari sekarang... Cer tinggal salah satu.. Ada rokok.. Tinggal lighter.. Kalau ade lighter.. Tinggalkan rokok... 

BACA ARTIKEL TENTANG KEBAIKAN BERHENTI MEROKOK
Tolong cari kat google tentang kebaikan berhenti merokok... Kalau boleh baca hari2 walaupun korang naik loya duk baca hari2.. Cuba biasakan diri baca kebaikan dan cuba bayangkan jika anda sakit dan cuba bayangkan muka ibu bapa korang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan  korang... Tapi korang duk melahap rokok hari2.. X rase sedih ke? Puii!

MINDA @ OTAK
Haaaaa... Yang nih selalu orang fail.. Korang kene kawal semua benda kat situ.. Jadi apa yang korang kene buat adalah... Korang tukar cara korang berfikir... Contoh.. Kebiasaannya korang lepas makan pegi merokok kan? Korang tukar.. Lepas makan korang pegi tanam pokok sawi kat belakang rumah ke.. Boleh? Xkan ngan rokok pon kalah kot? Kate gangster simpang empat belah keramat? Xkan ngan rokok x boleh? Jadi pondan la.. Haha!

DOA
Ehhh? Kenapa aku ulang dua kali pasal doa? Sebab... Doa adalah benda paling penting untuk korang berubah... Jangan lupa selalu mintak ngan Tuhan.. InsyaAllah.. Ia sangat berkesan.. 

Jadi.. Kesimpulan yang dapat aku buat disini adalah.. Merokok boleh membahayqkan kesihatan dan orang disekeliling kita... Kalau x pikir diri sendiri.. Cuba pikir mak bapak kita dan anak bini kita.. 

Aku doakan korang sukses dan selamat mencuba.

6 comments:

  1. Replies
    1. Hang la insa yang paling laju baca artikal aku walaupun ia nampak sedikit panjang... Hahhaa

      Delete
  2. Thanks bro.. aku akan cuba ikut. Skang xleh.. aku tgh isap rokok sambil baca artikel ko ni.. inshallah.. aku pun berazam nk benti ni.. TQ..

    www.kufazuke.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa xpe2.. Kalau boleh isap curut cap tikus... Baru nikmat... Haha

      Delete
  3. sesetengah orang cakap, kunyah gula-gula getah untuk hilangkan rasa sangap rokok.. beto ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bila kunyah gula2 untuk hilangkan perasaan nak merokok tuh je...

      Delete