Sunday, October 5, 2014

Edisi Raya Haji di Kampung (#siri2)

SEMBAHYANG RAYA.... LEMBU LARI?

Bismillah...

Alhamdulillah... Raya haji dapat disambut di kampung lagi pada tahun ini, 

Bermulalah hari aku dengan jam berbunyi pukul 4 pagi... CISSS!! Lupa nak set balik mengganggu tido aku kejap... 

Pagi Yang Indah

Bila hari raya menjelma.. Rutin pada pagi raya aku ialah... Bergerak kemasjid lah... Maklumlah dah besor panjang.. Nak nyorok dah x boleh... Kalo kecik2 dulu time gini memang aku lepak kedai abg jali je... Tapi memandangkan dosa dah banyak, kene la pegi masjid... Moga2 terampun la sikit dosa tuh.. Amin... 

Jadi perjalanan diteruskan untuk ke masjid, aku mcm biaselah... Nak jalan kaki malas... Ditambah dah nak dekat waktu sembahyang pulak, jadi pulas setreng mini cooper aku je lah.. 

Keadaan orang masjid pada taun nih ok lah... X ramai sangt.. Mungkin diorang dah banyak sental cuti... Sampai dah xdek cuti nak balik..  So x ramai sngt member2 balik... 

Korban oh korban

Macam biase.. Lepas sembahyang terus menyiapkan diri untuk ke tempat penyembelihan... Sebelum pegi ke sana, kita perlu melepasi syarat2 seorang pelapah daging berjaya. 

Syarat2seorang pelapah daging lembu:
1) menutup aurat, ini penting untuk memastikan fokus penyembelih tidak lari dan x terpotong benda lain.
2) pakai kasut, nnti kalau lembu terpijak xdek lah sakit sangt... jangan tiru seperti gambar sebelah... Sebab gambar kat sebelah kurang beretika.
3) mempunyai parang yang tajam dan boleh melapah lembu dan pastikan prang ada sarung.. Jap lagi terlapah kulit sendiri pon payah.. Haha
4) muka ketat, ganas dan x takut darah... Kalu badan sado tengok darah boleh pengsan.. Baik duk rumah.

Lembu mana?

Ok, bila dah menepati semua syarat diatas, aku terus menunggan kuda ex5 kepunyaan bapa untuk pergi ke lokasi kejadian...Perasaan sedikit riang dan cuak bila mendapati moto xdek brek,... Perlahan2 terus memandu dan setibanya di tempat kejadian semua tengah tertanya2.. Apa yang berlaku.. Dan rupa2nya.. Lembu baru saja terlepas... Angkara siapa? Tidak tahu, daripada pemerhatian aku... Lembu nih saje nak main kejar2 dengan tuan dia sebelum dia dikorban... 

Walaubagaimanapun, korban perlu diteruskan, pak imam mengatur srtategi beliau yang pernah digunakan masa kejohanan futsal masa muda2 dulu... Ternyata beliau sangt hebat dalam penangkapan lembu beliau sendiri... 



Jadi, program diteruskan macam biase, dan apa yang penting.. Selfie ramai2 tu perlu ada.

Gambar aktiviti korban: 


No comments:

Post a Comment