Monday, October 6, 2014

Edisi Raya Haji di Kampung (#siri3)

KENDURI ARWAH, KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT.

Bismillah.... 
Assalamualaikum semua,

Entry kali nih aku nak cerita tentang perkara ketiga berlaku pada hari raya haji kali nih, pada kebiasaannya di kampung aku nih, bila tibanya hari raya haji nih, diorang menyambut dengan membuat kenduri kesyukuran,arwah dan doa selamat sekali... Dan taun nih, puak2 keluarga aku nih tong2 duit sikit sorang nak buat kenduri nih... Dah lama rasanye diorang x jamu orang ramai... 

Gambarajah kat sebelah menunjukkan majlis potong2 memotong telah dijalankan... Biasanya majlis nih dikelolakan oleh nenek aku... Yg duk tengah2 diantara jemaah lain.. Dan biasanya kalau kenduri kecik2 nih x ajak orang lain pon.. Cukup la anak beranak je yang masak.. Kalau ade pon sorang dua  je lah yang datang nak gosip... Hihi.. 

Menu untuk kali nih antaranya  sup tulang, daging kari, tumis budu, acha timun dan ikan kering.. 

Nilah menu biasa setiap kali kalau ada kenduri diwaktu raya cam nih.. Dan kali nih xdek pulak ikan patin masak tempoyak...mungkin ikan patin tempat aku dah x banyak.. So kene catu sikit lah..

Kalau korang nak tau.. Ikan patin masak tempoyak ni antara menu yang popular jugak kat sini, dan aku rase masakan yang terbaik lah kat kampung aku nih... Kalau dah makan.. Mesti mabuk sampai esok.. Haa gituhh.. Habis cerita pasal makanan... 

Malam yang dijanjikan telahpon tiba.. Selepas berjemaah isyak di masjid, para2 jemaah kampung aku terus dipelawa ke rumah aku... Kat kampung nih senang je nak kautim ngan orang kampung... Kalau selalu datang masjid senang la sikit nak jemput.. Kalau setahun sekali tuh payah sikitlah nak menjemputnya... 

Gambar sebelah nih adalah antara orang kampung aku.. Dah x ramai dah... Sebab dah ramai keluar cari kerja kat bandar.. Dah x mau dah duduk kg... Tinggal la 2,3 kerat nih je.. 

Alhamdulillah...  Segalanya berjalan lancar, 

Apa yang kita boleh tengok kat sini ialah... Cara hidup di kampung adalah jauh berbeza dengan cara hidup di bandar...antaranya jiran yang peramah, orang kampung yang spoting, xdek trafik light, jem apatah lagi,ada pokok pisang, jambu, ada parit yang bersih, aman, dan banyak lagi... Itu x cerita bab kos sara hidup apa lagi tuh... 

Selain tu, di kampung kita mudah terdedah dengan aktiviti yang berfaedah dan bukan kearah duniawi semata2. Apa yang kita boleh contohi kat sini ialah... Cara hidup orang di kampung yang saling bantu membantu antara satu sama lain... 

Kalaulah budaya kampung boleh dibawa ke bandar kan best... Mesti aman je.. 

Sekian.. 


Koleksi gambar sekitar majlis:


2 comments: