Pages

Friday, October 10, 2014

Restoran A&W Masih wujud?

Bismillah... 

Cite nih semalam punya citelah... Masa habis kelas parttime aku, member2 ajak pegi lepak2 sambil buat research sikit pasa restoran fast food yang ada kat malaysia nih... Tatau pulak A&W ade lagi.. Hihi..  Seingat aku la..  restoran nih memang agak lama.. Pada zaman bapak aku baru nak up lagi.. Last aku masuk masa aku darjah tiga, ni je baru nak masuk balik.. Hihi

Pikir punya pikir.. Nak tau jugaklah.. Kenapa aku x terpikir langsung nak masuk restoran ni selama nih.


Bila dah sampai tuh.. Aku tengok keliling not bad r.. Ramai jugak orang masuk, 


Bila tengok dari luar memang x dinafikan lah.. Memang ramai sebenarnya... Aku je tatau selama nih.. Nampak ads dia sekeliling pon boleh tahan... Boleh buat perut aku menggigil walaupun dah makan baru je tadi.. 



Ok masa untuk duduk dan lihat sendiri apa yang berlaku... Dan apa yang sebenarnya berlaku kat sini.. Dari tadi orang datang berpusu-pusu.. Cehh.. Bahasa apa ntah pusu-pusu tuh.. 

Dari pemerhatian aku lah selama duduk sekitar 15 minit.. Selalunya.. Dekat restoran fastfood macam nih, x ramai orang tua/dewasa nak ketua melepak dan cekik sampai kenyang.. Kalau korang tak percaya boleh datang dekat A&W berdekatan dengan Amcorp Mall sebelah stesen lrt...




Ok, masa untuk berimaginasi nak order apa dekat sini.. Yang pastinya aku nak kena try yang mana satu menjadi pembuka selera aku.. Fuhh pening2.. Semuanya lazat2 bila dilihat.. 



Ok bila dah sampai apa yang dipesan tadi, emm... Burger yang dimakan nampak kurang menarik dari segi presentation.. Dan kenapa kotak ayam tuh hampir separuh lengan aku masuk kotak baru boleh amik ayam tersebut.. Nak cerita kotaknya kemainlah besau haha gurau aja.. 

Dari sudut pemerhatian aku, dari segi visual memang betul lah apa yang diorang tulis "visuals shown are for illustrations purposes only" dari segi rasa dan service, bagi aku diorang mungkin boleh improvekan lagilah, dan yang paling penting rootbear dia memang terbaik.. Korang kene pegi beli.

Sekian..

1 comment: