Pages

Saturday, October 4, 2014

Edisi Raya Haji di Kampung (#Siri1)

Assalamualaikum, 

Sudah lama rasanya x menulis, almaklumlah, kerja yang menimbun ditambahpula dengan tahap kemalasan untuk mengadap komputer yang sangat tinggi, jadi alhamdulillah, hari nin berjaya juga mengadap ipad untuk menulis sejenak.

Topik kali nih aku nak share sikit tentang perjalanan aku untuk balik ke kampung pada pagi subuh yang cantik,

Bermulanya di pagi hari sebelum waktu subuh, malam tadi kunci jam hp pukul 4 tanpa niat dan apa yang berlaku.. Jam tu memang berbunyi pukul 4 dan membuatkan aku nak baling je hp aku... Tapi niat tu x jadi sebab dengar cite iphone 6 mahal.. Jadi jangan rosakkan.. Pakai apa yang ada.. Haha.. 

Maka berlaku lah pertarungan dengan syaitonirrojim... Badan kemain liat nak bangun, ditambah pulak bunyi guruh kat luar dan ujan renyai2 menambah keserian di pagi hari... Jadi aku nekad... Untuk berehat sebentar dari pertarungan tersebut dan aku tido... Jap

Pukul 4:30 pg aku terpaksa bangun dengan jayanya dan meneruskan niat untuk mandi dan kemas baju kemaskan diri... Kemas katil, kemas bilik, kemas rambut dan lain2 lah... Seperti gambarajah disebelah anda

Dengan berbekalkan satu pasang baju melayu aron ajis, bag buruk zaman belajar diploma, dan bag sponsor dari pejabat aku dan sebakul baju x basuh (tiada dalam gambar)... Terus dilemparkan kedalam kereta mini cooper aku,

Bila dah siap, sepatutnya perancangan awal nak subuh di jalanan lah... Tiba2 otak cakap, raya aji mane ade jem... So x payah nak cepat-cepat... Bila dah otak aku sendiri cakap camtuh, aku ikut lah... Lelap jap... Tunggu subuh dan terus bergerak dengan konfiden lavel yang sangt tinggi... 


Setibanya di gombak.


Sangkaan aku betul, x jem.. Dan boleh balik dengan dendangan lagu raya puasa.... Lalalalala... 

Depan tol sikit...


 Keadaan ni biasa bila ramai orang nak balik... Sambung nyanyi lagu rasa dendangan Hj. Jamal Abdillah (insyaAllah)

Lepas genting sempah


Mulut kelu x berbicara setelah 2 jam terperangkap dalam lautan kereta,... Time nih muka ketat, sape tegur memang makan nasik ikut wayar!

RUPA-RUPANYA! 


Sebuah lori buat hal kat atas bukit.. Dah la buat hal.. Dikangkang sampai rembat 2lane memang la jem, tambah rakyat malaysia yang memang perihatin, suka perlahankan kenderaan nak tengok apa yang rosak.


Akhirnya sampai rumah dengan jayanya selama 5 jam bertarung dalam jem, kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah, kesesakan lalu lintas berlaku disebabkan oleh : 

1) lori rosak lepas genting sempah
2) 2, kereta terbabas di lorong sebelah dan belah sini pulak yang jem
3) Petronas bukit tinggi mintak tolong beli tanah kat belakang tu buat parking, sesak sebab menunggu turn nak masuk petronas.

Berhati2 dijalan raya dan Selamat Hari Raya Haji.

2 comments:

  1. Semoga selamat sampai dan ceria sentiasa di sisi keluarga tercinta..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwaahhhh... Bloger amin kite... Rindu sama kamu

      Delete