Pages

Sunday, October 12, 2014

Sepagi di Taman Botani Negara

Assalamualaikum semua.. 

Pagi tadi punya cerita.. Bak kata pepatah orang putih.. "Unplanned situation" tetiba sahabat pelawa pegi main basikal katanya dekat bukit cerakah yang dikenali sebagai Taman Botani Negara di seksyen 8 Shah alam...  Lenguh bontot pun x abis lagi masa aku tulis nih.. disebabkan naik basikal lama sangt... Aku pun pelik.. Macam mana pelumba basikal boleh duduk lama kat atas seat tu? Diorang x rasa kebas ke? 


Tu hah.. Aku ingat xdek sapa datang kat dalam hutan nih.. Rupa2nya.. Besepah orang.. 


Setibanya aku di bukit cerakah tersebut, sedar diri punya pasal x berapa nak ada duit nak beli basikal sendiri, so kena sewa lah.. Basikal yang diorang bagi pun nok badlah... Separuh je ada span.. Yang lain mungkin dikokak tikus.. Hehe


Ok suku perjalanan.. Jantung rasa macam nak meletup.. Saja ambik gambar orang lain sebab muka tengah hodoh mintak nyawa.. 


Ini adalah destinasi pertama aku di kawasan kampung idaman... Cantik gila la kawasan nih.. Rasa macam duk kampung betul je.. Aku dapat tahu sapa2 nak menginap pon boleh... Yang blom pegi bulan madu tu boleh la try sini.. Mana la tahu.. Rezeki datang.. :p


Berhenti ambik oksigen kali yang ke 13... Kawasan nih cantik jugak.. Awek pon ramai jugak yang cantik2 kawasan nih... 



Ni pulak di salah satu tempat namanya perkampungan budaya... Time aku pegi tu dia tutup.. Dalamnya nampak macam istana hinggap zaman dulu2.. Memang cantik...



Tiba2 pulak nampak mini zoo kat sinih.. 


Taman nih memang disyorkan pada anak dara yang tatau nama rempah ratus.. Kat sini ada macam2 rempah.... 


Nilah destinasi aku yang paling last... Time nih muka dah hodoh penat naik bukit menjunam... Dah macam2 carutan keluar masa daki bukit nih.. Kikiki

Lepas dah seronok ngorat amoi2 kat atas tuh yg semuanya x layan aku.. Mungkin letih kot.. Kiteorang ride balik semula ke tempat asal... Sebenarnya banyak je tempat menarik.. Maklumlah... Jantung dah lama x besenam.. Kira skip2 jelah tempat yang jauh sangt tuh.. Tempat memang best kalau nak bawak keluarga... 

Sekian.. 

No comments:

Post a Comment