Pages

Friday, December 19, 2014

Muka Hensem Selepas Buat Bekam Kecantikan!


Assalamialaikum.... 

Kehadapan semua... 

Hampir 15 tahun aku tinggal blog ni krik2 sorang diri... Dan ari nih aku datang dengan satu cerita 

Cerita bermula sekarang... 

Pada hari isnin 15 haribulan x silap aku... Aku terbaca satu artikel berkenaan dengan bekam kecantikan.. 

SeJauh  mana keberkesanan bekam kecantikan nih? Ha nih dia : 

1. Muka nampak berseri sedikit
2. Menghilangkan nampak kusam 
3. Membantu mengatasi masalah jerawat
4. Masalah resdung 
5. Lebih ceria dan cergas

Dengan tanpa berfikir panjang.. Terus aku buat... 

Mula2 tu komfiden tuh ada lagi lah...bila dia kuarkan jarum tuh... Pekhhh... Terus nak pengsan... 

Bila dah kering semua dia sedut darah aku... Apa lagi xcited nak tengok cermin dan selepas itu...

Merujuk gambarajah diatas... Ada iras2 hellboy  tu dak? Hahaha 

Ok nih progress setiap hari tempoh masa nak hilangkan bulatan lebam tuh... Dia ambik masa 4-5 hari je nak hilangkan... Bergantung kepada tahap kehenseman a... Kalau x hensem lama sikit nak hilang... 

Lihat hasilnya...

Day 1
Day2
Day3
Day4

Tuesday, December 2, 2014

Tidak Setuju dengan Tahap Gaji Guru?

Assalamualaikum dah selamat pagi,,

Uwargrrrhhh isu baru panas dan masih berpanjangan, haha

Ramai pulak dengki dengan cikgu kali nih, ye lah.. Gaji cikgu asyik naik je kan... Gaji yang private memang haram x naik2 iye dak? 

Kalau dipandang pada sudut negetifnya, haha, gaji nih memang x berapa nak sesuai dengan cara kerja cikgu2 kalau di bandingkan dengan gaji lecturer private. Kita boleh lihat dari segi masa,  kerja ciput gaji nak tinggi, berbeza dengan cara kerja private kerja sikit dapat sikit, kerja banyak dapat banyak, x percaya? Try kerja.(lulusan sarjana pun x dapat gaji macam nih),

Kalau dari sudut positifnya pula, Ada baiknya guru diberi gaji seperti ini supaya mereka dapat berusaha lebih dalam meningkatkan mutu pembelajaran, almaklumlah, dalam mendidik bukannya senang kata cikgu, tambah pulak x boleh guna rotan dalam mengajar, guru perlukan cara yg lebih creative untuk mengajar, kita harap begitulah,

Kepada guru, berusahalah mendidik setimpal dengan imbuhan yang diberi, sebab kita berkerja bukan sahaja mahukan upah atau gaji, tetapi mahukan keberkatan, cuba berusaha lebih daripada gaji yang kita dapat dan ingat, orang lain boleh pertikaikan gaji anda semua sebab mereka inginkan kualiti dengan apa yang mereka bayar, macam sama je konsep dia dengan beli barangkan? tak gitu? Jadi, tunjukkan kualiti yang bagus sesuai dengan gaji kita.

Kepada Aku Kau Dan Kita bukan guru, "berusaha dengan bersungguh-sungguh", ayat tuh guru kita yang cakap dulu supaya kita terus berusaha untuk mencari rezeki berkat dan halal, berusaha lah mencari rezeki, Insyaa Allah, berkat usaha kita, mesti Allah bagi yang terbaik, kebanyakan kita nih bercakap je pegi, tindakan tuh xdek, asyik nak komplen je, tapi kerja malas x boleh jugak, jadi kerja bersungguh-sungguh dan cuba tunjukkan kualiti yang terbaik, jangan asyik makan gaji je, try meniaga pula, Banyakkan menderma dan selalu membantu orang lain, Insyaa Allah, KAYA lah kita.

Ps//: cikgu tolong betulkan ayat karangan saya!


Gambar rembat kat google