Pages

Tuesday, July 21, 2015

Sayangi Ibu Selagi Masih Ada



Assalamualaikum,

Dah lama pula tak menulis kat sini,

Hari nih, 20 julai 2015 bersamaan 04 syawal 1436, aku sekali lagi diuji oleh Allah, ibu yang tersayang kembali ke Rahmatullah... 

Alhamdulillah, Tuhan telah permudahkan segala-galanya dari awal sampai Akhir, 

Ibu yang telah menjaga, mendidik, menyayangi, dan memberikan sepenuh kasih sayang daripada kosong, sehingga menjadi manusia yang berguna InsyaAllah... 

Bila nak cerita pasal tahap kerinduan, sudah tentulah rindu bukan kepalang, tetapi apa kan daya, Allah telah mengatur jalan yang terbaik untuk aku dan keluarga aku untuk terus hidup.

Semoga Allah merahmati ibuku dan menempatkan ibuku di kalangan orang yang beriman,


Sunday, March 29, 2015

Awal Ashaari kemalangan (Gambar Terbaru)?

Sumber the rakyat post

Kecoh mendengar berita mengatakan awal ashaari dan sahabatnya terbabit didalam kemalangan berhampiran kawasan rehat ayer keroh, 

Semoga dalam awal dan sahabat didalam keadaan selamat hendaknya, 

Kepada sesiapa yang boleh update gambar terbaru beliau boleh la update bg link, 

Thursday, March 19, 2015

Kisah beli kasut futsal dengan harga iri hati



#throwback semalam punya cerita, member ajak main futsal... Sekali kasut takdek!.

Maklumlah... Main pun 18 tahun sekali... Yang ada pun kasut zaman jahiliah dulu, tapak tu keras kalau pijak orang pun boleh mati... .

Bila terpikir nak beli baru, rasa mcm x berbaloi pulak beli mahal2, tapi main 3 kali seumur hidup..

Nak dipendekkan cerita. Jumpa makhluk Allah nih yang jual kasut futsal murah2, @zedfutsalshop terima kasih kepada beliau... Telipon mintak beli... Terus anta satu kotak suruh pilih... Pehh memang terbaik!!

Terima kasih kepada beliau yang menghantar semalam.

Tetapi!
Kenapa lepas aku beli baru keluar ofer dengan harga yang boleh mengundang sikap iri hati?!

Huh, 






Yang iri hati
Epihaha


#futsalmalaysia #futsal #kasutmurah #shahalam

Saturday, March 14, 2015

Pengalaman seorang perokok berhenti dengan cepat dan mudah!


Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu kepada sahabat2 yang bekerja... 

Salam dari penulis yang sedang bercuti sakan... Puwahaha... Seronok pulak bercuti, hilang semua masalah kejap je lah.. 

Cerita yg aku nak cerita nih pasal pagi tadi, tengah aku duk tegolek atas katil tuh... Teringin pulak nak baring sambil tengok tv. 

Yang aku peliknya, napelah cerita rokok pepagi buat nih... Macam salah slot je.. Perokok mana tengok tv pepagi... Hehehe

Alang2 da buka, aku layankan lah... Banyaklah benda dia cerita tentang fact merokok nih, tapi itu semua aku tamau tau, haha, 

Apa yang menarik perhatian aku adalah dia siap bg tips untuk berhenti merokok, bg aku rugi kalau para perokok x ambil kesempatan untuk dengar... Antaranya adalah: 

1. Letak tarik yang anda rasa anda mahu berhenti
2. Seharusnya anda kaji apa perubahan yang anda dapat jika berhenti
3. Juga anda nekad dan faham kenapa anda nak berhenti
4. Elak alkohol (minuman)
5. Menjauhkan diri dari pada rakan2, ahli keluarga yang merokok
6. Cari group support
7. Tukar jenama rokok yang anda tidak suka

7 point kat atas nih merupakan kajian yang dibuat oleh pakar kesihatan barat, melalui rancangan Healty body healty mind, mungkin kurang sesuai dengan masyarakat kita terutama orang islam, 

Tetapi jangan risau, ada jalan dia yang lebih sesuai dan mungkin lebih powerfull sebab perokok sendiri melalui pengalaman berhenti merokok yang lebih islamik mungkin, hehe.

Jadi, saranan aku adalah, buka balik recent post aku berkenaan macam mana aku berhenti merokok dengan mudah melalui pengalaman aku sendiri : 

http://www.epihaha.com/2014/09/jom-berhenti-merokok-ikut-cara-aku.html

Monday, February 2, 2015

Top 3 Selendang/Tudung yang boleh memukau mata

Bismillah... 

Tengah malam semalam aku cuba nak belek-belek gambar awek cantik kat facebook, sambil duk belek tuh aku tertarik pulak dengan beberapa iklan tudung yang boleh memukau mata aku, bunyi die biasa je kan? tapi aku cite kat korang je nih.. Korang try tengok sendiri la kalau x pecaya cakap aku

Bila sesuatu benda tu dah memukau mata aku, mula la aku cuba nak bandingkan apa yang istimewa sangt tudung2 diorang nih dengan orang lain, rupanya banyak beza dari segi cara diorang pakai rupanya... Maklumlah, aku bukan pempuan.. Itu sebab nak kene kaji..

Ha nih antara Top 3 pilihan aku :




Yang pertama nih diorang namakan selendang by zara, nama dia bunyi dasyat giler, tapi hakikatnya selendang beliau memang boleh memukau si mata yang memandang, serius talk... Cite sinih je eh.. Korang kene bukak fb die.. Pekh cakap lu.. Boleh angau... ditambah pulak yang makainya macam kat atas tuh... Hilang sakit gigi oi.. 


Ha yang nih x payah cakap lah, kat mana2 jeritje fareeda.. Dah ramai dah tau.. Mane taknye, yang memakainye pun aduhai.. Tapi isteri orang, ditambahkan dengan rekaan tudung nampak modern, boleh menguatkan lagi naluri lelaki aku untuk minat dengan rekaan tudung beliau.


TUDUNG HALFMOON

Tudung nih seperti yang kita semua tahu, tudung nih biasa je.. Tapi aku tatau la kenapa dengan tudung nih, kalau makcik2 pakai pun gerenti tampak muda.. Kalau dilihat dari belakang.. :p. 

Ok korang pegi la intip-intip apa yang patut, aku nak sambung tengok awek tudung lain pulak.. :p 


Sumber gambar : FB DAN GOOGLE

Tuesday, January 27, 2015

16 Selfie Pelik Yang Tak Masuk Di Akal Aku

Bismillah...

Pastinya korang tahu aku kau dan kita semua memang kaki selfie, 

Tapi kali nih aku nak tunjuk kat korang yang ade jugak makhluk kat muka bumi nih buat benda yang kalau suruh aku pun , aku tak akan buat. 

Papepun, bila dah tengok jangan nak tiru pulak...

AWAS : JANGAN TIRU AKSI BELIAU!

Aptb.

Kalau aksi nih aku buat kompem arwah sudah kene lenyek ngan kereta..

Aku tulis nih pun aku rase ngilu... Cuba bayangkan kalau salah landing.. Tak ke senak pangkal pundi huish! 

Apa perasaan ko kalau korang kene cegini? 

Penah jugak aku main banji jumping nih... Tapi time nak terjun tuh perasaan mcm nak pengsan sudah... Tapi beliau?... 

Mana lagi besar?.. Mulu rimau tu atau muka orang tuh? 

Apa jadi kalau salah landing? Organ badan boleh cabut oi... Haha

Kalau ye pun ikat la dulu tali keselamatan tu incik!

Agak2 lepas nih dia masuk wad biasa ke icu? 

Ko dah xdek keje? 

Aku tatau apa sebenarnya dia pikir...

Hidung singa tuh sama besar ngan muka ko incik!

Jangan bakar rumah mak ko lah!

Kapal tebang ko nih dah emegensi woi!

Salah tertekan button ejeck nih mau pucat muka ko nnti!

Aku tatau mana beliau duduk.. Tumpang roket ke ape? 

Yang merah tu kalau merecik atas belakang... 4 bulan icu tau!

Monday, January 19, 2015

Banjir habis.. Cerita baru mula...

Assalamualaikum

Bismillah...

Nak jadikan cerita, baru2 ni malaysia dilanda banjir besar terutama di kawasan pantai timur.. Kisah berlaku dah lama... Tapi baru rasa nak menulis... Maklumlah... Letih kemas rumah pun x ilang lagi ... 

Pada tanggal 24 november 2014, rumah ibu bapa aku telah diserang oleh sekumpulan air banjir... 

Air naik dengan begitu cepat sehinggakan tidak dapat menyelamatkan sebahagian harta...


Menurut cerita waris2 akulah... Pada pagi tuh diorang berkejar nak selamatkan barang masing2... Aku kat bandar dapat tengok je dari jauh... Terdetik dalam hati nak balik membantu orang tua... Tapi orang kg hantar report yang kg aku 100 % terputus hubungan.

Semakin lama semakin sukar untuk menghubungi orang di kg kerana bekalan elektrik akan diputuskan untuk sementara waktu, 

Tidak lama kemudian.. Ahli keluarga aku x dapat di hubungi, hati aku masa tuh x tau lah nak cakap... Dia punya neves campur risau kalah orang nak buat public speaking kat perhimpunan skolah..

Perbincangan rapi dibuat dengan saudara mara terdekat yg tinggal di bandar, tepat pukul 8 malam pada 25 disember 2014, aku dan saudara mara menemui kata putus untuk redah balik, 

Pada pukul 1 pg Alhamdulillah.. Perjalanan kami berjaya  sampai di temerloh dan tiada apa2 sekatan lagi,  kami teruskan perjalanan ke jerantut, dengan harapan dapat sampai dengan jayanya,

Anggaran pada pukul 1:20 pg kami tersekat di kuala krau kerana paras air telah naik dan jalan 100% putus di kawasan tersebut,

Kami terpaksa mencari jalan altanatif lain yg masih boleh digunakan, dan alhamdulillah, kami melepasi kuala krau dengan mengambil jalan chenor dan terus masuk ke jengka 25 perjalanan mengambil masa 3 jam mencari jalan yang masih tidak putus, 

Akhirnya kami sampai di jerantut pada pukul 4 lebih... Kami terpaksa tidur di dalam kereta untuk sementara waktu  bg menunggu waktu pagi. 

Subuh menjelma dengan tiba2.. Maklumlah.. Letih sangat, sampai x sedar yang hari dah nak cerah... Kedengaran suara azan subuh... Kami berangkat untuk sembahyang, tetapi terpaksa keluar semula untuk mencari air, dikhabarkan air di jerantut sudah dihentikan kerana logi sudah ditenggelami air, 


Air wuduk dan sama waktu dengannya..

Selepas subuh, kami cuba mencari bantuan troli untuk balik ke kg dan alhamdulillah, pihak keretapi tanah melayu berhad sudi membantu kami dalam urusan menghantar bantuan di kg,

Badan sudah mula rasa letih dan tidak bermaya, kami mengumpul sedikit duit poket untuk membeli barang2 keperluan yang boleh dibawa balik, 

Kucing nih la yg jaga barang kami sementara kami melelapkan mata menunggu troli

Lebih kurang pukul 10 pagi, troli KTM  mula bergerak untuk kali pertama bersama kami menghantar bantuan ke kg, alhamdulillah, segala penat lelah yang dilakukan selama 2 hari rancang untuk pulang...  hilang.. Bila dapat balik berjumpa kedua orang tua aku, 

Dibawah ada sedikit gambar yang sempat diambil sebelum henset aku mati kehausan bateri.