Pages

Tuesday, January 27, 2015

16 Selfie Pelik Yang Tak Masuk Di Akal Aku

Bismillah...

Pastinya korang tahu aku kau dan kita semua memang kaki selfie, 

Tapi kali nih aku nak tunjuk kat korang yang ade jugak makhluk kat muka bumi nih buat benda yang kalau suruh aku pun , aku tak akan buat. 

Papepun, bila dah tengok jangan nak tiru pulak...

AWAS : JANGAN TIRU AKSI BELIAU!

Aptb.

Kalau aksi nih aku buat kompem arwah sudah kene lenyek ngan kereta..

Aku tulis nih pun aku rase ngilu... Cuba bayangkan kalau salah landing.. Tak ke senak pangkal pundi huish! 

Apa perasaan ko kalau korang kene cegini? 

Penah jugak aku main banji jumping nih... Tapi time nak terjun tuh perasaan mcm nak pengsan sudah... Tapi beliau?... 

Mana lagi besar?.. Mulu rimau tu atau muka orang tuh? 

Apa jadi kalau salah landing? Organ badan boleh cabut oi... Haha

Kalau ye pun ikat la dulu tali keselamatan tu incik!

Agak2 lepas nih dia masuk wad biasa ke icu? 

Ko dah xdek keje? 

Aku tatau apa sebenarnya dia pikir...

Hidung singa tuh sama besar ngan muka ko incik!

Jangan bakar rumah mak ko lah!

Kapal tebang ko nih dah emegensi woi!

Salah tertekan button ejeck nih mau pucat muka ko nnti!

Aku tatau mana beliau duduk.. Tumpang roket ke ape? 

Yang merah tu kalau merecik atas belakang... 4 bulan icu tau!

Monday, January 19, 2015

Banjir habis.. Cerita baru mula...

Assalamualaikum

Bismillah...

Nak jadikan cerita, baru2 ni malaysia dilanda banjir besar terutama di kawasan pantai timur.. Kisah berlaku dah lama... Tapi baru rasa nak menulis... Maklumlah... Letih kemas rumah pun x ilang lagi ... 

Pada tanggal 24 november 2014, rumah ibu bapa aku telah diserang oleh sekumpulan air banjir... 

Air naik dengan begitu cepat sehinggakan tidak dapat menyelamatkan sebahagian harta...


Menurut cerita waris2 akulah... Pada pagi tuh diorang berkejar nak selamatkan barang masing2... Aku kat bandar dapat tengok je dari jauh... Terdetik dalam hati nak balik membantu orang tua... Tapi orang kg hantar report yang kg aku 100 % terputus hubungan.

Semakin lama semakin sukar untuk menghubungi orang di kg kerana bekalan elektrik akan diputuskan untuk sementara waktu, 

Tidak lama kemudian.. Ahli keluarga aku x dapat di hubungi, hati aku masa tuh x tau lah nak cakap... Dia punya neves campur risau kalah orang nak buat public speaking kat perhimpunan skolah..

Perbincangan rapi dibuat dengan saudara mara terdekat yg tinggal di bandar, tepat pukul 8 malam pada 25 disember 2014, aku dan saudara mara menemui kata putus untuk redah balik, 

Pada pukul 1 pg Alhamdulillah.. Perjalanan kami berjaya  sampai di temerloh dan tiada apa2 sekatan lagi,  kami teruskan perjalanan ke jerantut, dengan harapan dapat sampai dengan jayanya,

Anggaran pada pukul 1:20 pg kami tersekat di kuala krau kerana paras air telah naik dan jalan 100% putus di kawasan tersebut,

Kami terpaksa mencari jalan altanatif lain yg masih boleh digunakan, dan alhamdulillah, kami melepasi kuala krau dengan mengambil jalan chenor dan terus masuk ke jengka 25 perjalanan mengambil masa 3 jam mencari jalan yang masih tidak putus, 

Akhirnya kami sampai di jerantut pada pukul 4 lebih... Kami terpaksa tidur di dalam kereta untuk sementara waktu  bg menunggu waktu pagi. 

Subuh menjelma dengan tiba2.. Maklumlah.. Letih sangat, sampai x sedar yang hari dah nak cerah... Kedengaran suara azan subuh... Kami berangkat untuk sembahyang, tetapi terpaksa keluar semula untuk mencari air, dikhabarkan air di jerantut sudah dihentikan kerana logi sudah ditenggelami air, 


Air wuduk dan sama waktu dengannya..

Selepas subuh, kami cuba mencari bantuan troli untuk balik ke kg dan alhamdulillah, pihak keretapi tanah melayu berhad sudi membantu kami dalam urusan menghantar bantuan di kg,

Badan sudah mula rasa letih dan tidak bermaya, kami mengumpul sedikit duit poket untuk membeli barang2 keperluan yang boleh dibawa balik, 

Kucing nih la yg jaga barang kami sementara kami melelapkan mata menunggu troli

Lebih kurang pukul 10 pagi, troli KTM  mula bergerak untuk kali pertama bersama kami menghantar bantuan ke kg, alhamdulillah, segala penat lelah yang dilakukan selama 2 hari rancang untuk pulang...  hilang.. Bila dapat balik berjumpa kedua orang tua aku, 

Dibawah ada sedikit gambar yang sempat diambil sebelum henset aku mati kehausan bateri.