Monday, November 27, 2017

Syarat Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah Selangor

Berikut Adalah Syarat untuk Permohonan kebenaran pindah milik rumah kos rendah


PENJUAL

  1. Pemilikan hartanah mestilah mencukupi atau Melebihi 5 tahun
  2. tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri
  3. Pengenaan kadar FI Bayaran permohonan kebenaran pindah milik
    • Permohonan baru  RM 50
    • Rayuan Kali Pertama  RM 50
    • Rayuan Kedua dan seterusnya RM 100


PEMBELI
  1. Warganegara Malaysia dan berumur melebihi 18 tahun keatas
  2. Jumlah pendapatan pembeli danpasangan tidak melebihi RM 5000.00
  3. Pembeli dan pasangan tidak pernah memiliki sebarang rumah di Selangor atau kawasan lembah Klang
  4. tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri

Sunday, November 26, 2017

5 Step Cara Mudah Bayar Bill Guna Maybank2u



Video tuturial bagaimana untuk membayar bill menggunakan Maybank2u



sila lihat video dibawah



Tuesday, July 21, 2015

Sayangi Ibu Selagi Masih Ada



Assalamualaikum,

Dah lama pula tak menulis kat sini,

Hari nih, 20 julai 2015 bersamaan 04 syawal 1436, aku sekali lagi diuji oleh Allah, ibu yang tersayang kembali ke Rahmatullah... 

Alhamdulillah, Tuhan telah permudahkan segala-galanya dari awal sampai Akhir, 

Ibu yang telah menjaga, mendidik, menyayangi, dan memberikan sepenuh kasih sayang daripada kosong, sehingga menjadi manusia yang berguna InsyaAllah... 

Bila nak cerita pasal tahap kerinduan, sudah tentulah rindu bukan kepalang, tetapi apa kan daya, Allah telah mengatur jalan yang terbaik untuk aku dan keluarga aku untuk terus hidup.

Semoga Allah merahmati ibuku dan menempatkan ibuku di kalangan orang yang beriman,


Sunday, March 29, 2015

Awal Ashaari kemalangan (Gambar Terbaru)?

Sumber the rakyat post

Kecoh mendengar berita mengatakan awal ashaari dan sahabatnya terbabit didalam kemalangan berhampiran kawasan rehat ayer keroh, 

Semoga dalam awal dan sahabat didalam keadaan selamat hendaknya, 

Kepada sesiapa yang boleh update gambar terbaru beliau boleh la update bg link, 

Thursday, March 19, 2015

Kisah beli kasut futsal dengan harga iri hati



#throwback semalam punya cerita, member ajak main futsal... Sekali kasut takdek!.

Maklumlah... Main pun 18 tahun sekali... Yang ada pun kasut zaman jahiliah dulu, tapak tu keras kalau pijak orang pun boleh mati... .

Bila terpikir nak beli baru, rasa mcm x berbaloi pulak beli mahal2, tapi main 3 kali seumur hidup..

Nak dipendekkan cerita. Jumpa makhluk Allah nih yang jual kasut futsal murah2, @zedfutsalshop terima kasih kepada beliau... Telipon mintak beli... Terus anta satu kotak suruh pilih... Pehh memang terbaik!!

Terima kasih kepada beliau yang menghantar semalam.

Tetapi!
Kenapa lepas aku beli baru keluar ofer dengan harga yang boleh mengundang sikap iri hati?!

Huh, 






Yang iri hati
Epihaha


#futsalmalaysia #futsal #kasutmurah #shahalam

Saturday, March 14, 2015

Pengalaman seorang perokok berhenti dengan cepat dan mudah!


Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu kepada sahabat2 yang bekerja... 

Salam dari penulis yang sedang bercuti sakan... Puwahaha... Seronok pulak bercuti, hilang semua masalah kejap je lah.. 

Cerita yg aku nak cerita nih pasal pagi tadi, tengah aku duk tegolek atas katil tuh... Teringin pulak nak baring sambil tengok tv. 

Yang aku peliknya, napelah cerita rokok pepagi buat nih... Macam salah slot je.. Perokok mana tengok tv pepagi... Hehehe

Alang2 da buka, aku layankan lah... Banyaklah benda dia cerita tentang fact merokok nih, tapi itu semua aku tamau tau, haha, 

Apa yang menarik perhatian aku adalah dia siap bg tips untuk berhenti merokok, bg aku rugi kalau para perokok x ambil kesempatan untuk dengar... Antaranya adalah: 

1. Letak tarik yang anda rasa anda mahu berhenti
2. Seharusnya anda kaji apa perubahan yang anda dapat jika berhenti
3. Juga anda nekad dan faham kenapa anda nak berhenti
4. Elak alkohol (minuman)
5. Menjauhkan diri dari pada rakan2, ahli keluarga yang merokok
6. Cari group support
7. Tukar jenama rokok yang anda tidak suka

7 point kat atas nih merupakan kajian yang dibuat oleh pakar kesihatan barat, melalui rancangan Healty body healty mind, mungkin kurang sesuai dengan masyarakat kita terutama orang islam, 

Tetapi jangan risau, ada jalan dia yang lebih sesuai dan mungkin lebih powerfull sebab perokok sendiri melalui pengalaman berhenti merokok yang lebih islamik mungkin, hehe.

Jadi, saranan aku adalah, buka balik recent post aku berkenaan macam mana aku berhenti merokok dengan mudah melalui pengalaman aku sendiri : 

http://www.epihaha.com/2014/09/jom-berhenti-merokok-ikut-cara-aku.html