| Gambar Hiasan | |
Artikal diatas adalah diambil dari dakwatuna.com yang jelas menyatakan dunia semakin maju.. makin ramai akan ditindas oleh golongan yang mempunyai kuasa yang besar, walaupun kita tahu undang-undang telah lama wujud tetapi mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui dan menerima pakai undang0undang dunia sekarang... sikap yang mereka tunjukkan hari ini jelas dan dapat menunjukkan bahawa.. mereka sengaja dan ingin memusnahkan golongan islam di muka bumi ini.. namun... dengan kuasa ALLAH.. mereka sebenarnya tidak mampu menghapuskan umat islam di bumi yang sememangnya adalah hak ALLAH s.w.t dari awal dunia wujud.. sehingga la kiamat menanti...
| Gambar Hiasan | |
| penaklukan yahudi terhadap bumi palestin| Klik Untuk Besarkan |
GAZA OH GAZA! Tidak asing lagi kita dengar sekarang tentang penindasan dan penaklukan bumi palestin oleh kaum yahudi, kita boleh lihat disini bahawa mereka sengaja melakukan sedemikian semata2 untuk menyiksa palestin sehingga titisan darah yang terakhir... tetapi tidak... mereka sebenarnya tidak mampu menghapuskan semua dengan hanya menggunakan teknologi moden manusia... dengan berkat doa umat islam seluruh dunia... palestin masih wujud sehingga sekarang walaupun mereka menakluk dari sebesar-besar negara.. sehinggalah mereka menjadikan bumi palestin lebih kurang 1/70 (GAZA) daripada negara asal... mereka menghalau rakyat palestin yang sememangnya mempunyai hak penuh terhadap tanah air mereka... kehidupan mereka seperti pelarian dibumi sendiri.
pengalaman seorang jurugambar malaysia dan rakan-rakannya yang bertungkus lumus untuk menjejaki cerita sebenar tentang bumi palestin membuatkan aku rase tersentuh, dan melalui blog inilah aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang apa yang telah berlaku disepanjang perjalanan mereka untuk menjejakkan kaki mereka dibumi palestin dan terpaksa melalui dugaan dan jalan yang sukar. namum mereka tidak sedikitpun merasakan ingin berpatah balik.. mereka tidah pernah mengatakan tidak dalam setiap keputusan yang mereka buat... misi mereka solah-olah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menceritakan apa yang telah berlaku di dalam bumi gaza. untuk sampai ke bumi gaza, mereka perlu mengharungi sekurang-kurangnya 6 checkpoint (sekatan) dan pada masa yang sama mereka perlu berbuat sesuatu untuk melepasi kesemua checkpoint itu tadi... sebulat suara menyatakan... mereka perlu menyamar sebagai medic(bantuan perubatan dari malaysia ke gaza) disebabkan 2 orang dalam kumpulan mereka adalah medic... perjalanan yang panjang dan diiringi dengan bacaan ayat suci Al-Quran adalah senjata yang mereka ada sepanjang mereka berada di gaza.
| gambar hiasan | |
mereka tidak sesekali merasakan mereka lemah... mereka menggunakan bahan yang ada untuk membina dan membuat kemudahan-kemudahan untuk digunakan bersama. bangunan yang runtuh akibat dari peperangan, mereka kumpulkan semula dan diperoses untuk membina bangunan yang baru, menggunakan binatang peliharaan sebagai kenderaan untuk membuat kerja-kerja harian biarpun dengan hanya seekor keldai...
| Gambar Hiasan | |
Pembinaan demi pembinaan, bagi rakyat palestin di gaza, hidup mereka mesti diteruskan walaupun berdepan dengan ancaman yang dahsyat sekali... dengan itu.. mereka menggunakan kepakaran yang ada untuk membina balik apa yang sudah musnah, seperti hospital,rumah kediaman, mesin, dan keperluan asas yang lain dengan keadaan peralatan yang serba kekurangan.. seperti yang saya ceritakan diatas...
| Gambar Hiasan | |
Perjuangan tetap diteruskan, walaupun mereka kecil dan tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, perjuangan menuju ke jalan yang benar adalah perkara yang paling penting kepada mereka.. siang mereka bekerja, malam mereka berjuang untuk menjaga keselamatan saudara-saudara mereka.. mereka tidak sesekali merase letih dalam mengharungi kehidupan,
Photgrapher juga sempat bertemu dengan pejuang2 palestin sebelum pulang ketanah air, beliau mengucapkan selamat berjuang saudaraku dan jumpa lagi, mereka pula membalas.. "see u in haven" begitulah ucapan mereka kepada photographer malaysia. disini kita boleh mengandaikan bahawa, mereka tidak menjanjikan berjumpa di dunia malahan meraka memastikan kita berjumpa di akhirat kelak disebabkan mereka tidak tahu berape lame mereka boleh hidup di dunia ini.
walaubagaimana pun.. kita sebagai umat islam patut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita di seluruh dunia, berilah mereka doa... berilah apa yang kita mampu walaupun dengan hanya doa, dan kita percaya bahawa ALLAH s.w.t akan membantu mereka kelak.
sekian dari saya, penceritaan agak ringkas, jika ingin mengetahui lebih lanjut, tinggalkan pesanan kepada saya dan saya akan ceritakan lebih lanjut kehidupan mereka disana berdasarkan apa yang saya telah dengar, Insyaallah
sekian...
slot online terbaik
ReplyDeleteagen slot dan togel
situs togel dan slot
togel singapore
slot online terpercaya