Friday, September 3, 2010

| Selamat Hari Raya |












Poom!! poom!! paua!! dan sebagainye.. begitulah meriahnye suasana hari raye yang bakal tibe x lame lagi... tahun nih aku rase aku nak beraye dengan penuh kesederhanaanlah aku ingat... pagi2 pegi smayang raye.. lepas smayang raye balik tido... agak2 dah penat tido.. aku pegi bancuh air ape yang ade kat dapur... makan nasik skit... agak dah kembung tuh.. pegi brasap skejap kat depan umah... kalau nmpak tamu datang tuh aku nak wat tatau je.. padan muke dieorang.. keh.keh2.... best x idea aku?? mesti best. kalau korang x caye.. cube la.. mesti korang berterimakasih blik kat aku nnti.. ahahahaha.. lagipun aku dah malas nak jalan2 nih... bukan zaman aku dah tuh. bek aku duk umah tengok cite kat tv.. ngahhaa.. nikmat woooo....

Post kali nih aku xnak cakap banyak lah.. maklumlah.. pose.. kene simpan tenage skit.. aku rase cam nak berpantun raye je... mesti korang suke pantun aku nnti.. wahahahah...


Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyok ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
 
haha.. best kan pantun nih.. kenelah dengan prinsip satu malaysia... sume negeri ade pantun die.. ahaahha... selamat berpantun dan selamat ari raye...
 
 Ehsan : badiGOLsoud 

Thursday, August 19, 2010

| Wanita : Harga Diri : Maruah |


Salam Kepada Semua...


    post kali nih aku nak sentuh skit pasal wanita/perempuan/gadis islam yang bermasalah di malaysia... kali nih aku rase aku kene tulis untuk kebaikan para wanita dan kebaikan juga kepada lelaki.. bukan bermaksud aku menulis untuk mengaibkan @mengutuk wanita.. tetapi sekadar untuk menasihat... harap kepada kekawan aku dapat menerima dengan hati yang terbuka.

Wanita sekarang....bila aku nasihat dieorang cakap aku ustaz lah... cakap aku perasan baik lah... macam2 lagi cemuhan yang aku dapat.. sehinggakan sanggup hilang kawan jenis aku nih sebab x suka dengan cara aku bercakap@ nasihat...

Niat sebenar aku cuma nak membetulkan apa yang x betul sahaja.. hanya nasihat... khususnya pada kekawan pempuan aku yang memang dari kecik beragama islam... x salah kan kalau kite nak nasihat.. cuma nak betulkan cara mereka walaupun skit pon jadi lah...bak kate pepatah... sediakan payung sebelum hujan... aku berpesan kepada semua termasuklah aku...

Ustaz Kazim Elyas al Hafiz Berkata didalam ceramahnya: perempuan paling senang untuk masuk syurga jika
Berpuasa
Sembahyang
Jaga faraj(kemaluan)
Taat pada suami


Mereka diberi pilihan untuk memasuki mana-mana pintu syurga jika mereka taat mengikut perintah.

beruntung bukan menjadi wanita??? jadi bersyukurlah bile mendapat kelebihan yang Allah s.w.t beri kepada korang semua..

Tetapi, apabila diberikan kelebihan.. mereka tidak menggunakkan kelebihan yang ada untuk menuju kejalan yang betul... aku tau.. aku bukan lah ustaz.. tetapi.. sebagai seorang lelaki yang beragama islam aku patut tahu perkara2 macam nih untuk mendidik isteri aku kelak...

Bertudung
Jika kita melihat wanita sekarang mementingkan rupa,gaya, semata-mata untuk tujuan apa...aku pon tidak tahu mane perginya hukum-hukum seorang perempuan islam??? aku kadang-kadang sedih bila aku tengok perempuan islam yang tidak sedikitpun rase malu....

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah
     mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, 
     dan janganlah menampakkan  perhiasannya, kecuali
     yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
     menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
    (Q.s. An-Nuur: 31).
Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara
dan  di  setiap  masa  pada  semua  golongan  fuqaha, ulama,
ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa  rambut  wanita  itu
termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di
hadapan orang yang bukan muhrimnya.
Sedar la wahai wanita untuk kebaikan...

Setakat ini sahaja perkara yang ingin aku sentuh... sebab aku tahu... bile cerita bebanyak pon x guna kalau x nak praktikkan... so.. biarlah aku bagi tahu "the main point" dulu..... bila dah berjaya amalkan point utam nih.. insyaallah.. dengan izin tuhan.. korang khususnya perempuan.. dapat mengikut hukum-hukum islam yang lain.. ok..

Sekian...

Wednesday, August 18, 2010

| YA ALLAH... Selamatkanlah Bumi Palestin |

Assalamualaikum....
| Gambar Hiasan |
      dakwatuna.com - Ternyata di dunia modern sekarang ini masjih ada penjajahan. Di dunia yang sudah maju ini masih ada upaya etnis cleansing. Di dunia yang bebas ini masih ada tembok rasial. Di dunia yang demokratis ini masih ada blokade. Itulah yang terjadi di negara Palestina.
 
  Artikal diatas adalah diambil dari dakwatuna.com yang jelas menyatakan dunia semakin maju.. makin ramai akan ditindas oleh golongan yang mempunyai kuasa yang besar, walaupun kita tahu undang-undang telah lama wujud tetapi mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui dan menerima pakai undang0undang dunia sekarang... sikap yang mereka tunjukkan hari ini jelas dan dapat menunjukkan bahawa.. mereka sengaja dan ingin memusnahkan golongan islam di muka bumi ini.. namun... dengan kuasa ALLAH.. mereka sebenarnya tidak mampu menghapuskan umat islam di bumi yang sememangnya adalah hak ALLAH s.w.t dari awal dunia wujud.. sehingga la kiamat menanti...
| Gambar Hiasan |
     Peperangan pada zaman ini bukan lah asing lagi bagi kita khususnya kita sebagai umat islam... soalnya... mengapa mereka sanggup bersikap sedemikian?... mengapa kita diserang?... mengapa mereka menindas?... mengapa mereka melanggar hak asasi manusia?... mengapa mereka tidak menerima undang-undang dunia?... yang jelas... hanya ada satu sahaja jawapan yang boleh kita ketahui... MEREKA TAKUTKAN KEBENARAN!.




|  penaklukan yahudi terhadap bumi palestin|
Klik Untuk Besarkan
    GAZA OH GAZA! Tidak asing lagi kita dengar sekarang tentang penindasan dan penaklukan bumi palestin oleh kaum yahudi, kita boleh lihat disini bahawa mereka sengaja melakukan sedemikian semata2 untuk menyiksa palestin sehingga titisan darah yang terakhir... tetapi tidak... mereka sebenarnya tidak mampu menghapuskan semua dengan hanya menggunakan teknologi moden manusia... dengan berkat doa umat islam seluruh dunia... palestin masih wujud sehingga sekarang walaupun mereka menakluk dari sebesar-besar negara.. sehinggalah mereka menjadikan bumi palestin lebih kurang 1/70 (GAZA) daripada negara asal... mereka menghalau rakyat palestin yang sememangnya mempunyai hak penuh terhadap tanah air mereka... kehidupan mereka seperti pelarian dibumi sendiri.



   pengalaman seorang jurugambar malaysia dan rakan-rakannya yang bertungkus lumus untuk menjejaki cerita sebenar tentang bumi palestin membuatkan aku rase tersentuh, dan melalui blog inilah aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang apa yang telah berlaku disepanjang perjalanan mereka untuk menjejakkan kaki mereka dibumi palestin dan terpaksa melalui dugaan dan jalan yang sukar. namum mereka tidak sedikitpun merasakan ingin berpatah balik.. mereka tidah pernah mengatakan tidak dalam setiap keputusan yang mereka buat... misi mereka solah-olah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menceritakan apa yang telah berlaku di dalam bumi gaza. untuk sampai ke bumi gaza, mereka perlu mengharungi sekurang-kurangnya 6 checkpoint (sekatan) dan pada masa yang sama mereka perlu berbuat sesuatu untuk melepasi kesemua checkpoint itu tadi... sebulat suara menyatakan... mereka perlu menyamar sebagai medic(bantuan perubatan dari malaysia ke gaza) disebabkan 2 orang dalam kumpulan mereka adalah medic... perjalanan yang panjang dan diiringi dengan bacaan ayat suci Al-Quran adalah senjata yang mereka ada sepanjang mereka berada di gaza.

| gambar hiasan |
    Kehidupan rakyat palestin diesebalik peperangan adalah sangat berbeza, mereka seolah-olah tidak merasa gentar dan takut berhadapan dengan peperangan, walaupun mereka diserang,dikurung,bekalan makanan yang terhad, tenaga elektrik dan fasiliti yang sememangnya kekurangan, mereka sedikitpon tidak mengeluh, sebaliknya.. mereka bersyukur dengan apa yang ada dan menjalani kehidupan yang gembira dan tenang.
     mereka tidak sesekali merasakan mereka lemah... mereka menggunakan bahan yang ada untuk membina dan membuat kemudahan-kemudahan untuk digunakan bersama. bangunan yang runtuh akibat dari peperangan, mereka kumpulkan semula dan diperoses untuk membina bangunan yang baru, menggunakan binatang peliharaan sebagai kenderaan untuk membuat kerja-kerja harian biarpun dengan hanya seekor keldai...



| Gambar Hiasan |
      Pembinaan lubang2 rahsia untuk keluar dari bumi gaza untuk mengambil sedikit keperluan harian, walaupun dikurung di bumi gaza, sikap putus asa tiada dalam diri mereka, jika tidak boleh keluar mengikut jalan raya, mereka menggunakan cara yang lain dan sememangnya penduduk di gaza sedikit pun tidak gentar dengan desakan-desakan yahudi untuk memusnahkan lorong dan lubang-lubang rahsia mereka... kini.. mereka mempunyai banyak lubang2 rahsia untuk keluar mencari barang keperluan. dan jika dibom oleh yahudi, mereka sedikitpon tidak berundur.. malahan akan mengorek lubang yang baru... yang hanya menggunakan tulang 4 kerat mereka sahaja!!.

     Pembinaan demi pembinaan, bagi rakyat palestin di gaza, hidup mereka mesti diteruskan walaupun berdepan dengan ancaman yang dahsyat sekali... dengan itu.. mereka menggunakan kepakaran yang ada untuk membina balik apa yang sudah musnah, seperti hospital,rumah kediaman, mesin, dan keperluan asas yang lain dengan keadaan peralatan yang serba kekurangan.. seperti yang saya ceritakan diatas...
| Gambar Hiasan |

     Perjuangan tetap diteruskan, walaupun mereka kecil dan tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, perjuangan menuju ke jalan yang benar adalah perkara yang paling penting kepada mereka.. siang mereka bekerja, malam mereka berjuang untuk menjaga keselamatan saudara-saudara mereka.. mereka tidak sesekali merase letih dalam mengharungi kehidupan,
     Photgrapher juga sempat bertemu dengan pejuang2 palestin sebelum pulang ketanah air, beliau mengucapkan selamat berjuang saudaraku dan jumpa lagi, mereka pula membalas.. "see u in haven" begitulah ucapan mereka kepada photographer malaysia. disini kita boleh mengandaikan bahawa, mereka tidak menjanjikan berjumpa di dunia malahan meraka memastikan kita berjumpa di akhirat kelak disebabkan mereka tidak tahu berape lame mereka boleh hidup di dunia ini.



walaubagaimana pun.. kita sebagai umat islam patut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita  di seluruh dunia,  berilah mereka doa... berilah apa yang kita mampu walaupun dengan hanya doa, dan kita percaya bahawa ALLAH s.w.t akan membantu mereka kelak.

sekian dari saya, penceritaan agak ringkas, jika ingin mengetahui lebih lanjut, tinggalkan pesanan kepada saya dan saya akan ceritakan lebih lanjut kehidupan mereka disana berdasarkan apa yang saya telah dengar, Insyaallah

sekian...

| PIKOM PC FAIR |

         Al kesah..... Hari jumaat 6/8/10 bersamaan berape ntah zulhijjahnye... aku pon lupe... aku pergi bersiar2 di convention center kuala lumpur.... tujuan aku pegi sane semata2 nak mencari ketenangan setelah berminggu2 aku demam x bleh pegi mane2.. huh.. tujuan sebenar aku menghale ke sini sebab aku nak mencari barang komputer lah... kan aku dah cakap kat tajuk tadi!!! cibai!!!.....
        aku sebenarnye malas nak pegi sini asalnye... bile aku pikir blik... ugi kalau x pegi nih... bukan selalu ade bende2 alah cenggini nih... lagipun barang komp aku pon dah xpired dah kan... alang cari je la yang baru. jadi secara tidak langsungnye aku pegi la jugak untuk memenuhi kemahuan nafsu aku nih.... nnti bile puase nih nafsu setan aku nih dah kene ikat.. sian lak kat die.. ahaahahh.. aku ikut je la ape yang die nak skang nih...
        Perjalanan mengambil mase dalan 1:30minit jugaklah... sebab kiteorang drop kete n naik train lrt pegi sane... korang paham2 je r bile ari orang cuti nih... kete macam gampang's kiteorang malas nak ambik risiko yang boleh memenatkan kepale kiteorang ketika ditengah2 kesesakan lalu lintas tuh...  sambil2 tu.. leh la bersantai2 skit.. bleh tengok2 awek .. ahahahah... memang best kot.. korang xnak try ke??? korang mesti celonok punye...
        Bile dah sampai tuh... kiteorang jalan... jalan.. dan jalan... sampai aku x rase kaki aku nih... keadaan kaki aku sangat kritikal mase nih..skang pon aku rase cam dah lengoh menaip nih... aku rase cam nak benti je menaip skang.. len kali la pulak aku taip blik cite nih.. kalau la aku rajin.. ok.. bubye!!

Thursday, July 15, 2010

| Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-22 |


Tanggal 15/07/2010 adalah tarikh dan hari yang amat bermakne untuk aku... mesti korang tau kan kenape??? ye... betul.. hari lahir aku yang ke-22. sambutan taun nih xdek la meriah sangat.... disebabkan aku duk kat shah alam... x sempat nak celebrate ngan kengkawan kat kg...
           kekadang aku rase ade bagusnye aku x blik... kalau aku blik.. dah tentunye aku disaambut dengan lambungan telur dan tepung... kan bahaye tuh... bek duk kat sinih.. lagi aman... xdek sape nak kacau aku.. ahahahah... kirenye taun nih aku selamat dari malapetaka yang dibuat oleh kengkawan aku.. ahahaah...  

     malangnye, malam besday aku tuh rupa-rupanya telah dirancang oleh makhluk lain... huh... tensen betul.. ingatkan dah selamat dah taun nih... aku rase.. aku kene taun nih lagi teruk kot... cube korang tengok gambarajah di sebelah kiri korang... macam tuh la keadaan aku pada peringkat permulaan sambutan ulang tahun aku... aku rase dah macam red indon dah aku nih... kalau tengok kat gambar tuh... memang colourfull abis lah aku nye badan... 
     orang afrika pon x penah die lukis badan die dengan lukisan sebegini rupa... aku x tau lah kenape kengkawan aku nih duk warna badan aku.. aku rase mungkin hasil tempiasan piala dunia nih... dieorang duk tengok orang afrika tuh duk colour badan.. dieorang nak wat jugak... aku rase lah.. dieorang nih nak cat badan sendiri takut payah nak ilang lak... so.. kebetulan ari lahir aku dekat pulak... nak x nak aku terpakse lah bagi dieorang nak lepaskan geram dieorang kat badan aku... kalau x bagi kang lagi sakit.. bek bagi... 

    tapi x pelah... orang kate ade ubi ade batas kan.. ade hari leh lak aku balas... xpe.. bagi diorang hepi2 dulu... jap lagi aku wat 2 kali ganda dari ape yang dieorang buat kat aku.. ngahahahah... tahu lah aku nak manipulate badan dieorang macam mane.. ish2... sedih betul... 

    anyway.. sebelum aku habiskan kate2 ku inih... aku nak ucapkan ribuan time kasih pada kengkawan aku.. x kire kecik ke besa ke.. janji korang kawan aku... yang telah meluangkan mase untuk memberikan ucapan hepi besday kat aku... terima kasih je lah aku dapat beri.. nak belanje korang memang x boleh ar.. duit tarak!!

Friday, June 18, 2010

Masa | Dan | Aku



Assalamualaikum.....

Kesian aku nengok blog aku nih... dah lame x update...

emmm.. kalau la blog nih bolh updatekan sendiri kan best... x payah susah2 aku nak menulis....

Buat mase skang nih aku rase aku malas nak tulis pape dalam blog nih... sebab aku duk kat kg.. payah nak menulis.... hidupku di kampung sangat berbeza berbanding aku kat bandar dulu...

aku banyak abiskan mase kat luar... bersosial... bekerja... jadual aku memang gile2 ketat.. mengalahkan artis... ngahahaha...

ok lah... nnti aku ade mase aku update lagi...

salam...

Tuesday, May 4, 2010

| Trip To Lata Kinjang | selamat tinggal kekawan di perak...

Al- kesah...Pada hari ahad bersamaan 1/5/2010, tibe2 satu perkara yang memang tidak dirancang telah berlaku didalam kehidupan kami, salah seorang daripada kami telah mencadangkan untuk pergi ke sebuah tempat yang boleh membuang segala masalah dan tekanan yang kami alami selama berada di bandar seri iskandar yang kami sayangiinih... cadangan ini berlaku pada malam sebelum kami bertolak, sejurus dengan perkara tersebut.. aku dengan rela hatinya mengangkat tangan walaupon tidak disuruh menandakan aku setuju dengan cadangan tersebut... al maklumla.. bosan punye pasal... semenjak aku dah abis paper nih.. hidupku dilanda kemurungan yang sangat serius.. sehingga menyebabkan aku membuka fb 24jam tanpa henti.. mengutuk kekawan dalam fb secara bertubi2 tanpa belas kasihan.. dimana.. kalau ade member2 yang tidak tahan dengan perangaiku,... sanggup mengacukan pistol dikepalaku.. sungguh dasyat sekali penyakit aku tersebut.. semoga.. dengan trip ke lata kinjang nih dapat mengubah perangaiku ini...
         Setelah menjelmanya pagi... lebih kurang dalam kul 9 lebih2 ckit aku dikejutkan oleh kawanku mengatakan kami dah boleh bertolak nih... sedangkan aku baru je nak lelapkan mate disebabkan aku melayan fb sampai pagi... didalam lubuk hati ku tetiba mengatakan " bongok la ko nih epi, dah tau ade trip, lagi xnak tido " aku pon balas blik.. ape nak wat.. bende dah jadi.. ko bising pehal.. ?? aku marah pada diriku.. tanpa segan silu aku pergi blik air dengan sebatang rokok, pastuh hati aku berdilog lagi .." oi gile.. ko nak mandi asal ko pegi cucuh rokok lak?? " ,.. oh.. ye x ye jugak.. asal la ngan aku nih.. nak wat cam mane.. bende nak jadi.... agak2 dalam setengah minit cenggitu, aku kuar dari bilik air, duk mencangkung kat depan pintu blik air tuh .. agak lame la jugak aku duk kat situ melayan rokok nan sebatang... dah abis tuh baru lah aku masuk balik.. 
        Agak2 dah lame aku duk lam blik air tuh,.. aku pon kuar lah.. tibe2 je aku rase cam ade je x kene ngan aku nih.. rupe2 nye aku 18sx... tuttttttttttttt... sib baik orang x nmpak.. nih la penangan kalau x cukup tido... bahaye wo...agak2 dah siap aku pakai baju sume2 lah.. kiteorang pon betolak... pegi la lepak kat kedai mamak sekejap sambil2 tunggu kete lagi satu datang... seingat aku ade  la dalam sejam lebih aku duk kat situ.. nak menunggu budak pempuan siap.. huh.. macam nak pegi majlis tari menari.. lame gile babi... 

    Perjalanan ke lokasi mengambil mase lebih kurang 2jam dari seri iskandar dengan berkelajuan yang sederhana dan selamat... ini adalah penting ye untuk keselamatan diri.. bukan sahaja mampu selamatkan diri.. malahan melindungi daripada perkara yang boleh mendatangkan spoil!! atau lebih frendster dikenali sebagai penyebab... (merepek) gambar disebelah kanan anda adalah pemandangan yang sangat cantik yang dirakamkan oleh sahabat saya,..Merujuk kepada gambarajah diatas... figura yang memandang ke arah air terjun nu ha adalah figura lentik badan aku... pada mase nih aku tengah cari jalan untuk turun ke bawah... aku pandai naik.. tapi x pandai nak turun... hampir 15 minit aku duk kat atas tuh tengah memikirkan macam mane nak turun nih... nmpak je x tinggi.. tapi hakikatnya... aku berada di ketinggian 300meter dari paras laut ye.. sangat tinggi... aku pon ngah cuak tuh.. gayat pulak rasenye... 
aku rase dah xde modal nak cerita sebenarnye.. kepada kekawan yang rase nak pegi tuh.. aku nasihatkan .. pegi lah.. rugi yop x pegi.. memang best.. dan menyayat hati bile berade di puncak bukit air terjun nih.. rase cam nak buat umah je kat atas tuh.. sangat cantik.. (awek lalu lalang kat situ pon cantik...)

Sekian...

Friday, April 9, 2010

| 25 Minit Dalam Banjir |


Al kisah......

      Seri iskandar, 5ptg... hujan lebat bertubi-tubi jatuh ke bumi seri iskandar pada 2, 3 ari yang lalu... saya pon x ingat bile tarikh sebenarnye... saya difahamkan hampir 5 orang termasuk saya telah terkandas di kedai hardware dekat depan carwash tersebut.

      kejadian hujan lebat bertubi-tubi tersebut menyebabkan 5 mangsa termasuk saya terpaksa membuat muka 20sen di tepi parkir tempat letak kereta kerana takut basah, di dalam kiraan saya, hampir 25 kali dentuman kilat kuat telah menjelma dan hampir 24 setengah kali kami melompat kerana terkejut dengan bunyi tersebut, hujan yang lebat tersebut juga telah mengakibatkan kami terkena tempias air hujan yang hampir membasahkan rokok yang dihisap oleh kami. walau bagaimanapon, dengan bakat profesional yang kami ada, tidak memadamkan semangat kami untuk hisap rokok sehingga habis. dan kami berangapan bahawa, rokok mahal dan tidak boleh dibuang begitu sahaja.

    Menurut 5 saksi yang berada di tempat kejadian berkata, seri iskandar selama init tidak pernah lagi terjadi hujan lebat yang kuat seperti ini, inilah pertama kali kami lihat kerana kami pon jarang kuar rumah, dan kami tersangat teruja dan bersyukur kerana dapat berpeluang melihat dengan mata dan kepala sendiri,

    Setelah 10 minit berlalunya hujan tersebut, seorang mangsa dalam kejadian ini telah bosan lalu mengeluarkan kad daun terup untuk membuat pertunjukan magic jalanan disitu, kami berempat diarahkan menjadi penonton dalam pertunjukan tersebut, pelbagai skill dan teknik yang luar  biasa telah digunakan dalam permainan magic tersebut dan membuat kan kami berempat terpaksa teruja dengan teknik yang ditunjukkan, permainan diteruskan sambil diikuti dengan gelak tawa yang bertubi-tubi dan mengeluarkan kata-kata sesat kerana tidak percaya apa yang telah terjadi di depan kami itu.

     Sedar tidak sedar kami telah menghabiskan masa selama 20 minit dengan pertunjukan magic tersebut dan kami mula rasa tidak selesa perut kami berlima telah memberi amaran kerana kami tidak menjamah nasik lagi hari nih... sedar x sedar hujan yang lebat itu tadi telah menyebabkan naiknya air longkang dan tayar kereta yang dinaiki oleh kami mula menunjukkan tanda-tanda yang x berape nak gembira.

     "pucuk dicipta.. ulam mendatang" begitulah peribahasa yang memang xde kene mengena pon dalam akunye topik, keadaan semakin gawat dan kelihatan hujan sememangnya tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat ini, kami kembali dalam posisi yang asal dan menikmati hujan tersebut, hampir layu muka masing-masing kerana kehilangan tenaga yang amat banyak.

     Setelah beberapa ketika terlelap disitu, hujan kelihatan mula reda.. dan kami berlima mula bersemangat semula untuk terus meneruskan hidup dan x sempat aku kira, dieorang mula berlari menuju ke kereta untuk masuk, tapi malangnya kereta aku tu kunci, dieorang terpakse tunggu aku bukak dulu bhahahahaha,,.. benawe betul... sekian berita daripada saya epila hikaki lolencer untuk blog aku sendiri...

Sekian,....
 

Saturday, April 3, 2010

| Anda Search Anda Dibayar |

MyLook 
Awal pagi bute, biase lah, rutin harian aku, asal bangun je, tengok kiri .tengok kanan, pastuh aku tido balik, macam tuh la aku, Lepas dah agak2 perut aku bising baru lah aku bangun,

Ntah x tau kenape pagi tadi aku rase nak mengadap pc aku je, aku pon x tau kenape... tengok2 ade satu mesej yang dihantar kepade aku melalui facebook suh aku daftar mylook nih... mule2 aku macam kesah x kesah lah... bende2 karut marut macam nih dah besepah kat dalam internet.

Tibe-tibe! baru je aku nak delete aku terpandang perkataan FREE, terus x jadi aku nak padam. bace punya bace, memang bende alah nih free, aku ape lagi, pantang aku tengok bende free nih, aku daftar lah...

Yang Bestnye daftar bende nih aku nak cite skit nih, Bende nih adalah sejenis enjin carian, lebih kurang google aje la... die direka untuk kita nak cari pape bahan lah guna website die tuh, setiap kali korang klik butang search@find tuh, korang dibayar, wallaweh... memang best lah, aku memang suke kalau bab yang berkaitan dengan duit nih... tambah2 tengah sesak nih... 

Kat sinih aku nak sarankan lah kat kawan2 aku disane, teri lah gune nih bagus.. x sesia ko gune.. ibarat sambil nyelam korang minum air pepsi, ha lebih kurang gitu lah.. kalau korang nak daftar sekarang, korang klik je daftar kat bawah tuh,

Saturday, February 27, 2010

| Niyang Rapik |

     Assalamualaikum....Ari ni aku ingat nak cite skit la pengalaman semalam kat kawan2 ku sekelian... semalam tepat kul 3ptg otak aku tibe2 jem kejap... akibat terkena penyakit bosan yang amat sangat, aku pon x tau pasai ape aku jadi cenggitu.. munkin ade sesuatu yang akan berlaku nih.... ahahahaha.. rupa2 nya mmg betul sangkaan aku... tibe2 member aku mengajak aku ke karoke sebab die pon kene penyakit bosan gak ngan aku.. ahah.. ape berlaku selepas itu?? .. ops.. aku nak tanye korang skit... member aku ajak karoke... tajuk post nih  niyang rapik... sebelom korang cakap aku gile, baik aku bagi tau dulu la... niyang rapik adalah main bagi post kali nih... karoke adalah watak sampingan dalam cite nih.. ahahaha asal boleh...

      bile sume ahli jemaah umah aku luluskan permohonan aku untuk keluar ke ipoh... masing2 cucuh sebatang rokok dulu untuk sign agreement nh.. huh.. bukan senang kiteorang nak kuar... macam2 proses kene wat... dah abih sebatang rokok... sorang gerak masuk blik air... empat orang lagi cucuh lagi sebatang rokok.... bile dah abih rokok tu xdi... sorang pulak masuk blik air... tibe2 sorang dari kami ilang... rupe2 duk memerut kat dalam tandas... fuhh... akhirnya setelah beberape batang rokok abis dan beberape bungkus maggie kiteorang bahan,... maka tiba lah mase yang dinanti2 kan... kiteorang gerak ke ipoh pada pukul 5 .30 petang... begitu lah keadaan bile nak ajak kawan2 aku kuar... bukan dieorang yang lambat... aku sebenarnye yang lambat.. biase lah... nak makeup lagi.. ingat senang.. ?? 

sesudah sampai aje kat ipoh .. kiteorang ingat nak pegi karoke.. tibe2 member kiteorang yang lagi sorang nih suh ambik die kat gopeng lak... aduih... memang malas nak pegi gopeng... akhirnya kiteorang dside sume pg jj senang.. x yah nak sakitkan kepale...

abis...


   bile dah kumpul sume kat jj kiteorang pegi makan... dalam suasana yang x berape nak sunyi sepi tuh kiteorang dside lak nak tengok wayang.. pulak.. xdi nak karoke.. nih nak tengok wayang lak.. tapi xpelah.. wayang pon boleh bende aku ske lak x kisah lah mane2 lah... tajuk cite nih  ialah NIYANG RAPIK..
Bermulalah Cerite
masuk je dalam wayang tuh aku mule terpikir macam2... takut jugak.. tengok cite antu kot.. salah tengah tengok2 tibe antu tuh kuar dari screen tuh cammane??? bukan ke naye aku??  xpe2 .. kite layan dulu cite nih... cerita nih mule2 die macam biase lah... setiap cite antu melayu memang suke dengan adegan nih... memang x penah mis pakai cara yang same.. sib baik aku x muak lagi...  pastuh mula lah dengan saund iffect yang boleh membuatkan orng pengsan dalam wayang tuh... memang seram bile dengar... sib baik aku x melompat kat atas member aku... 

bagi aku lah.. cite nih xde lah seram sangat kalau die x letak sound iffect yang lebih2... sebabkan sound iffect tuh menyebabkan cite nih nmpak seram gile... sebab tuh aku suke tengok cite antu sambil tutup telinga... ehh.. jangan salah anggap... aku bukan seorang yang penakot ke ape... aku cume nak tau jalan cerita nih best ke x... cara penyampaian die macam mane... biase lah.. otak budak2 grafik macam tuh lah.. ehehehe... 

    bagi aku la kan.. cite nih jalan cerita die aku kasi 4/5 lah.. memang baik... aku suke jalan cerita die... cume.. bile kite tengok cerita melayu die agak lambat skit.. bukan ape... idea x berape nak cukup sebenarnye... tu lah.. aku just nak bagi tau..  cerita nih sedikit lambat dan bnyak sangat tunjuk antu... munkin lah ahmad idham kite nih nak membuat kelainan dan menceritakan di dalam ceritanya perkara yang realiti yang betul2 ade kat dalam dunia nih..

sam yang klaka
     Ha nih.. aku nak kasi tau korang nih... si sam nih kalau xde memang x lengkap cite nih... die lah salahsatu watak yang merawat imosi takut kite tuh kat dalam cite nih... hampir senak peruk aku dibuatnye.. die nih mmg pandai guna watak die dari cerite die dulu.. sampai cerita sekarang... memang aku suke bile die ade dalam cerite..kalau muke nih ade... kompom klaka.. kalau sedih macam mane skali pon.. kompom klaka... ahahaha 

Sekian Terima Kasih...

p/s : Klau korang nak tau cite nih lebih lanjut... pegi bli tiket wayang masuk wayang diam2.. ok.

Tuesday, February 9, 2010

| Melentur Buloh |


Hai..


Kenape melentur buloh ek aku kasi tajuk untuk post kali nih??... yang sebenarnye aku sorang je tau kenape aku letak tajuk mcm tuh...


Post kali nih dibuat sebab aku dah bosan mengadap keje yang besepah nih,... dari pade aku buat keje yang xde paedah untuk aku tuh.. bek aku menulis kat dalam blog aku nih.. jalan la jugak blog aku nih.. ade jugak baiknye... kan2?


Kurang 15 minit yang lepas.. bosan punye pasal.. aku bukak la blog kawan2 aku nih... banyak cerite2 yang aku dah lame x bace.. maklumlah.. bukan senang nak bukak komputer nih... kalau bukak je.. kene bukak email.. kat dalam ade banyak keje nak buat.. tensen oi....berbalik pade blog2 tadi... ade cite sedih... ade cite kelaka.. sume ade.. bagus jugak kawan2 aku nih... kalau aku sedih je.. aku bukak blog klaka.. kalau aku rase tensen ke ape ke.. bukak la blog2 yang boleh menghilangkan tensen aku..


Tapi ade la satu blog tuh aku bukak.. tibe2 ati rase sedih tahap gaban gak r.. tengok kawan2 aku hepy je kat sane... panjat gunung sini.. panjat gunung sane... huh.. best gile agaknye dieorang... walaumacam mane skali pon... aku tumpang gembire gak la... time kasih post gambar2 korang.. sememangnye muke korang masing2 dah nampak tue... bhahahah


rancangan epi ke 31. untuk rancangan aku kali nih, aku berajat nak pegi S.A nak melawat kawan2 aku kat sane.. tapi tu la.. asal nak pegi je ade je hal yang x setel lagi.. bengang jugak kadang2.. insyaalah la kot.. aku pegi lepas raye cine.... aku rase lepas raye cine. kawan2 aku bnyak skit duit nak belanje aku... kalau aku pagi sblom mcm rugi lak duit aku.. bhahha kompom2 dieorang kikis duit aku.. hik2.. xde lah.. hanye gurauan semata2....

| Setelah Sekian Lama |


Assalamualaikum....

Kehadapan kawan2 ku sekelian... kepada kawan2 ku yang jauh nun disane... rindu lak kat korang nih... xpelah.. len hari kite leh jumpe.. silap ari kite leh gaduh2.. hmm.. agak2 dah berape kurun aku dah x menulis dalam blog aku nih ek?? ade lam sbulan gak la kan.. haish... nak menulis kat sini memang susah... x tau la kenape ngan aku skang,... bukan setakat menulis.. nak makan nasik pon dah malas dah... sib baik aku rajin mandi.. kalau x, dah belalat dah aku nih.. korang jangan risau.. walaupon malas menguasai diri aku.. aku tetap menten wangi cam dulu (xde la wangi cam bapok)

Sepanjang aku bersendirian kat perak nih, mcm2 dah berlaku kat dalam UiTM seri iskaandar nih... sampaikan ade pengalaman aku tengok budak wat larian bogel kat uitm perak nih.. ish2.. teruk betul dunie skang kan.. bhahaha, (jangan pecaye dah la),

Pengalaman 1 kat uitm perak yang paling aku x leh lupe... budak2 uitm panggil aku '' en tuan'' mule aku dengar aku rase loye2 nak muntah jugak lah.. makin lame orang kate alah bise tegal biase.. x gitu.. eh ye ke?? entah lah.. mungkin le kot.. aku men eja je tuh.. kalau ade silap post kat komen... ahahah siyus weh.. aku x tipu.. itu xpe lagi... ade pulak sorang awek cun nih datang ke pejabat aku.. untuk berurusan dengan aku lah katenye pasal tunas mekar nih... ok.. x pelah kalau mcm tuh... lime blas minit lepas tuh die datang... masuk bilik aku tanpe dijemput.. (sib baik die cun) mase tuh keadaan bilik malap2 sebab kat luar agak mendung skit.. orang kate, kalau keadaan mcm tuh di panggil suasana romantik.. x tau lah orang kate kan.. aku memang suke ikut ape yang orang kate... berbalik kepade cite tuh tadi... pastuh die duduk kat kusi depan meja aku (aku x jemput pon duduk) lepas tuh kami berbual lah pot pet pot pet... ade skit ~!#$$ yang best nye aku borak ngan die nih adalah.. die panggil aku ''abang'' kalau korang x rase bangge ke kene panggil abang... ??? huh memang nak menangis aku mase borak ngan die nih.. skit2 ''abg.. bleh tanye x'' itu lah ayat die gunakan dalam perbualan kami setiap 3minit... mase tuh.. huh.. mule la aku mulekan lakonan aku nih... becakap stail kompiden2 skit r.. kadang2 ade tersasul gak.. sib baik leh cover... xde la malu sengsorang.. hampir sume soklan die sume aku leh jawab... sameade menipu atau pon x tuh lain cite.. asal leh jawab sudeh.. bhahahah.. betul kan?? korang ingat x mase skolah dulu time blaja matematik.. ape cikgu cakap kalau kite x dapat jawab...??? ingat kan?? die cakap.. kalau x tau sekali pon.. jawab je... asal ade kire2 ckit pon dapat markah nye.. bhahaha same lah keadaan mase dak pempuan nih tanye soklan kat aku.. sental asal boleh...
Sebenarnye aku nak cite lagi.. tapi memandangkan ade sebungkus kerje yang barukuran 50 cm tinggi surat tu baru je menjelma kat atas meja aku nih.. aku terpakse memberhentikan segala jari jemariku untuk terus menekan keyboard nih... dan memotivasikan diri untuk terus wat keje lepas nih.. jom.. blah dulu.. adios.. bukan adidas.. bhahaha...

Friday, January 8, 2010

| Antara Dua Dunia |

Asslamualaikum....

ahaks.. dah lame aku x menulis kat dalam blog aku nih... ehehe. nak wat cammane.. aku skang x mcm dulu lagi... kerja sane sini.. susah nak duk depan komputer nih.. asal blik je mate nak pejam.. nak gerakkan mouse pon dah xde tenage... biase la tuh..

Orang kate la... ah 2 bulan berlalu begitu saje... aku terpisah ngan kawan2 baik ku... sume nye dah selamat menyambung pelajaran ke shah alam.. alhamdulilllah... aku akan doakan selamat belajar kat dieorang... moga2 taun baru nih dieorang ade azam baru... moga2 rajin2 la blaja kat sane ye...

AKU??.. aku still lagi duk kat perak nih.. saje nak duk sini lame2... nnti kang dah x pegi dah... ahahaha aku ingat nak sambungblaja bulan 7 nih.. insyaalah.. kalau diizinkan aku sambung.. kalau lah aku rajin.... makin ari makin malas lak aku nak blja.. sonok lak keje ni... hari2 orang blanje.. mcm2 bleh wat kalau keje.. so.. kalau aku sambung pon munkin lambat skit lah... ape orang kate.. nak cri ketenangan buat sementara waktu.... asyik blaja je.. otak aku nih separuh jem dah asyik pandang komputer je..
UiTM Dihatiku...

UiTM lagi ke?? kalau nak sambung tuh.. dah kompom2 aku nk masuk uitm blik... nak sambung uitm mane.. itu yang aku x atau lagi/.... dalam kepale aku nih aku ingat aku nak tuka selera skit la bila nak sambung nnti.. aku nak ambik kos lain la pulak... dah tiba masenye aku pilih ape yang trdetik dalam ati aku nih... tapi x tau lagi lah... itu kemungkinan sahaja....

UiTM pErak.. uitm perak nih kan memang best... beruntung sape dapat duk kat sini... antra yangbest.. nak bawak kete hanya bile korang dah part 6 dengan bersyarat korang duk luar.. klau duk dalam.. mintak maap.. xde pluang korang nak bawak...
Satu2nye Kenderaan Yang Dibenarkan.

selain tuh.. korang juge x perlu susah payah nak berjoging hari2... sebab kolej korang pon dah cukup jauh dengan kelas korang.. tambahan lagi... skrang ade baru punya peraturan.. pelajar NR dah ade kad aktiviti... mesti korang trtanya2kan kenape?? ahahaha.. diorang suh korang aktif skit... biar pon korang duk luar... dah lakene duk luar.. pastuh memakse orang masuk aktiviti kat dalam... kalaukorang x buat.. malang la nasib korang... rekod anda akan tercatat pelajar tidak aktif.... yang bermaksud.. korang nye rekod akan buruk.. he...setiap result yang korang dapat.. sume nye die akan tulis... so.. nak x nak.. terpakse lah korang menghadiri ke motif basi2 yang uitm anjurkan ye...... sape yang blaja kat sini sku ucapkan tahniah kepade korang... ahahaha...

aku rase cukup lah stakat nih.. dah letih aku tulis nih.. dri kul 2 sampai kul 5 aku nak tulis text yang panjang nih... biase lah.. bos aku nih suke menjengok ape yang aku wat.. bzbody btol la.. rase mcm nak tonyoh je muke beliau.. asal nak rehat je.. ade je bende yang suh buat... kalau die.. huh.. kate pegiminum.. kul9 kuar.. 11 barumasuk.. pegi minum tody ke ape... hahaha

BOS Ku Yang Mintak Penampo


TAMAT...