Friday, April 5, 2013

Proses Penukaran No Enjin

As salam mualaikum

Hari nih aku rasa nak share sesuatu yang mungkin menarik bagi penggemar-penggemar kereta yang x boleh tengok kete dia slow...

Dalam erti kata lain.. Suka tuka enjin yang laju @ lain, yang lagi sempurna pada mata kita dan kalian...

Beberapa bulan yang lalu aku ada menukar enjin kancil aku kepada enjin jenis L6 JBJL,


Sesudah aku tukar enjin tersebut, maka tiba la mase untuk menghadap kerja yang paling membosankan dalam arena main keta nih, iaitu permohonan menukar enjin

Ramai yang kata, proses tukar enjin nih ambik masa? Betulke?

-Jawapan aku ye, dia ,memang ambik masa dalam 1 ke 2minggu bergantung kepada jenis permohonan

Kat mane nak mulakan dulu? JPJ KE PUSPAKOM.?

-Mula2 sekali, korang kene buat permohonan tukar enjin kat Bahagian Automotif dekat JPJ
-Jika masuk gear manual ke manual/auto ke auto sama cc tidak perlu ke jpj terus je puspakom (untuk penukaran enjin turbo)

DOWNLOAD BORANG KAT SINI

-pastikan korang bawak surat enjin,kastam dll (dokumen enjin baru)
-pastikan korang bawak resit beli enjin
-gran ori keta anda
-jika gran tersebut nama orang lain, pastikan bawak salinan ic
-salinan ic korang

(Kalau boleh korang photostat sume dokumen yang ade sebab ade kemungkinan surat enjin original dieorang ambik)


Selepas dah buat permohonan, korang boleh tunggu kat umah sambil minum kopi, sebab permohonan tu ambik mase 5 hari bekerja nak siap

amboi, yg nih pon x kan korang x leh carik..
Bila dah agak2 dah lima ari berturut2 korang minum kopi... Boleh la telipon diorang kat memo yang diberikan kepada anda semasa membuat permohonan tempoh hari. Kat situ diorang bagi no telipon

Korang boleh tanye dieorang dah siap ke blom, kalau dah siap, korang boleh terus pegi ambik kat opis tuh, dah kalau nak cepat, korang pegi ambik pagi,

Lepas ambik tuh boleh la terus pegi puspakom kat negeri korang, bg aku puspakom yang baling best adalah dekat padang jawa, bangi, sebab diorang buat laju ,

PROSES MASUK PUSPAKOM,

Sesudahnye korang menerima surat permohonan tukar enjin itu tadi, terus pegi pintu masuk puspakom,

-bayar yuran daftar kenderaan (mengikut jenis kenderaan) kalau kancil kompem rm 35
-Sesudah bayar, korang terus boleh masuk lorong yang orang tuh cakap,
-bila dah masuk, nnti ade budak hensem kerja ngan puspakom akan suruh korang bg kunci kat die dan dia akan suruh korang duduk kat tempat duduk yang disediakan,
- mase nih korang isapla rokok dulu, kalau x isap rokok pon, korang buat la ape korang nak buat, sebab nak check nih makan mase skit,

pintu nih la korang kene masuk bila dah sampai kat
puspakom padang jawa
Sesudah die check, doorang suh pegi tunggu kat kaunter, tunggu keputusan.

Dan jika berjaya, korang akan dikenakan bayaran khas untuk mendapatkan salinan report puspakom itu tadi

Sekian sahaja di puspakom,

SELEPAS MENERIMA REPORT PUSPAKOM?

Bila dah terima report tuh, korang boleh hubungi korang punya insyurans keta tuh, call pun xpe.. Nanti die akan mintak salinan keputusan dan salinan gran asal anda.

Biasenye insyurans ambik mase 30 minit nak update tapi kalau nak senang, korang pegi je kat pejabat insyurans korang

LEPAS TU ?

Lepas dah setel beramah mesra ngan insyurans korang, die dah update dalam server diorang, korang bolehla pegi JPJ BALIK...

Ambik borang kat kaunter borang , cakap kat die nak tukar no enjin kat gran, nnti pandai la die pilih borang.

lepas dah isi, pastikan dokumen lengkap seperti

ORIGINAL PUSPAKOM REPORT
SALINAN IC PENAMA/ANDA GRAN
BORANG YG TELAH DIISI DENGAN BETUL

Ambik no dulu .. jangan terus pegi kaunter, jap agi kene tangan dek orang lain..

Bila dah dipanggil pegi kaunter tuh, korang cakap je ngan kakak kaunter tuh nak tukar no enjin x pon diam je sampai die tanye, kalau die x tanye tuh die paham le tuh.. 

Nanti kakak tuh senyum kejap tengok korang, pastuh die tanya soalan2 basic je, korang jangan takut, soalan die xdek malibatkan rumah tangga korang terjejas

Bila dah siap die key in masuk korang punya enjin baru,die akan bagi korang gran yang baru sebagai kenang2ngan

Lepas tuh,

Korang kluar ari jpj tuh, boleh la korang nak jerit ke nak pukul orang ke,, suka atilah... Sebab nak tunjukkan korang punya kegembiraan..


Aku rasa takat tuh je la aku dapat bgtau, nanti korang pandai2 la sendiri nak idup.


Sekian terima kasih.



Bawah nih koleksi semasa aku tukar enjin, boleh la cuci mate..kikiki







22 comments:

  1. derr kalau beli enjin org camne plak..dokumen yg ada cuma salinan geran ngan salinan ic dier sajer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau enjin tu dari malaysiayang diendos dah kat gran xdek masalah, boleh guna gran dia,

      Kalau enjin terbo yang dah diendos pon xdek hal... Boleh guna gran dia...
      Yang suah kalau ko beli enjin yang dia x endos... Nak xnak ko kene suruh die cari surat enjin asal @surat kastam

      Delete
    2. Bang..sy nak tgk no enjin kelisa..kat mane ek

      Delete
  2. No enjin JBJL mcmanan ya ? JB******* atau PSARFN-***** ?

    Kat surat kastam ada dua item ni. Konfius.

    ReplyDelete
  3. Aku beli kereta kancil ni dekt orang ,enjin asal 850cc enjin l6 jbjl , owner kereta ni tak endorse lagi , jadi apa kah langkah yang aku perlu buat untuk endorse kereta ni? Apakah salinan dokumen yang aku perlu ada ? And masa nak endorse tu kalau aku pakai bodypart l2 telur dgn ekzoz piping 2inci lepas ke tidak.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. *enjin asal 850cc owner kereta aku beli ni tukar enjin l6jbjl tidak endorse lagi

      Delete
    2. Siapa siapa yang sudi tolong whatsapp aku dekt no ni 01133619829

      Delete
    3. enjin yang tukar je, yang lain perlu pakai spec malaysia, bodypart telo ke ayam ke semua kene tuka melainkan pakai runner, tapi tatau lah ade lagi ke x runner nak buat sekarang

      Delete
  4. Kalau2 ada runner tukar enjin terbaca ni. Saya ada Kancil 850 dah upgrade ker 1000 cc. Nak minta tolong uruskan A-Z pengindorsan JPJ. Whatsapp saya 01112232711.

    ReplyDelete
  5. Kalau2 ada runner tukar enjin terbaca ni. Saya ada Kancil 850 dah upgrade ker 1000 cc. Nak minta tolong uruskan A-Z pengindorsan JPJ. Whatsapp saya 01112232711.

    ReplyDelete
  6. Bro..kalau x Ada surat beli enjin tp cuma ada salinan surat kustam boleh endorse x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, bergantung pada budi bicara je sebenarnya... tapi kalau boleh sediakan bukti kat mana kita ambik enjin tu je.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Ayo dengan modal kecil bisa menang banyak lo gays?
    Dengan modal Rp20.000,
    Anda bisa menang "Puluhan Juta" !!!
    Hanya di Sinidomino. xyz
    Untuk info lebih lanjut, Hubungi :
    -Pin BBM : D61E3506 (24 jam Online )
    judi poker

    ReplyDelete
  11. Macam mana nak kesan surat kastam asal bagi kereta yg yg surat kastamnya hilang

    ReplyDelete
  12. Bagi sesiapa yang nak buat surat enjin/kastam,endorse A-Z,nak kauntim parts yang belum tukar boleh whatsapp 0146856863

    ReplyDelete
  13. Bro...asal engine kete kancil aku 660 manual...pastu aku upgrade ke 850 auto...so ape first aku kene buat dari A to Z.....mohon pencerahan yg cerah secerah nye...

    ReplyDelete
  14. Kalau kita nak tukar blok sahaja yg sama jenis disebbkan blok asal pecah...perlu surat jugak ke...Kalau kita ambik blok dr keta lain yg xder surat mcm mna prosuder nya..???

    ReplyDelete