Friday, April 9, 2010

| 25 Minit Dalam Banjir |


Al kisah......

      Seri iskandar, 5ptg... hujan lebat bertubi-tubi jatuh ke bumi seri iskandar pada 2, 3 ari yang lalu... saya pon x ingat bile tarikh sebenarnye... saya difahamkan hampir 5 orang termasuk saya telah terkandas di kedai hardware dekat depan carwash tersebut.

      kejadian hujan lebat bertubi-tubi tersebut menyebabkan 5 mangsa termasuk saya terpaksa membuat muka 20sen di tepi parkir tempat letak kereta kerana takut basah, di dalam kiraan saya, hampir 25 kali dentuman kilat kuat telah menjelma dan hampir 24 setengah kali kami melompat kerana terkejut dengan bunyi tersebut, hujan yang lebat tersebut juga telah mengakibatkan kami terkena tempias air hujan yang hampir membasahkan rokok yang dihisap oleh kami. walau bagaimanapon, dengan bakat profesional yang kami ada, tidak memadamkan semangat kami untuk hisap rokok sehingga habis. dan kami berangapan bahawa, rokok mahal dan tidak boleh dibuang begitu sahaja.

    Menurut 5 saksi yang berada di tempat kejadian berkata, seri iskandar selama init tidak pernah lagi terjadi hujan lebat yang kuat seperti ini, inilah pertama kali kami lihat kerana kami pon jarang kuar rumah, dan kami tersangat teruja dan bersyukur kerana dapat berpeluang melihat dengan mata dan kepala sendiri,

    Setelah 10 minit berlalunya hujan tersebut, seorang mangsa dalam kejadian ini telah bosan lalu mengeluarkan kad daun terup untuk membuat pertunjukan magic jalanan disitu, kami berempat diarahkan menjadi penonton dalam pertunjukan tersebut, pelbagai skill dan teknik yang luar  biasa telah digunakan dalam permainan magic tersebut dan membuat kan kami berempat terpaksa teruja dengan teknik yang ditunjukkan, permainan diteruskan sambil diikuti dengan gelak tawa yang bertubi-tubi dan mengeluarkan kata-kata sesat kerana tidak percaya apa yang telah terjadi di depan kami itu.

     Sedar tidak sedar kami telah menghabiskan masa selama 20 minit dengan pertunjukan magic tersebut dan kami mula rasa tidak selesa perut kami berlima telah memberi amaran kerana kami tidak menjamah nasik lagi hari nih... sedar x sedar hujan yang lebat itu tadi telah menyebabkan naiknya air longkang dan tayar kereta yang dinaiki oleh kami mula menunjukkan tanda-tanda yang x berape nak gembira.

     "pucuk dicipta.. ulam mendatang" begitulah peribahasa yang memang xde kene mengena pon dalam akunye topik, keadaan semakin gawat dan kelihatan hujan sememangnya tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat ini, kami kembali dalam posisi yang asal dan menikmati hujan tersebut, hampir layu muka masing-masing kerana kehilangan tenaga yang amat banyak.

     Setelah beberapa ketika terlelap disitu, hujan kelihatan mula reda.. dan kami berlima mula bersemangat semula untuk terus meneruskan hidup dan x sempat aku kira, dieorang mula berlari menuju ke kereta untuk masuk, tapi malangnya kereta aku tu kunci, dieorang terpakse tunggu aku bukak dulu bhahahahaha,,.. benawe betul... sekian berita daripada saya epila hikaki lolencer untuk blog aku sendiri...

Sekian,....
 

1 comment: