Friday, July 25, 2014

Kenyataan berani Tun Dr Mahathir Mohamad (Perang di Palestin)

Semua perkara yang yahudi lakukan adalah menyalahi undang-undang antara bangsa, bertentangan dengan moral dan hak asasi manusia. Mereka adalah penjenayah dalam setiap ruang undang-undang di dunia yang bertamadun.

Orang yahudi melakukan sewenang-wenangnya. Mereka mempunyai sokongan penuh Amerika dan Eropah dibelakang mereka.

Sumber : the malaysian insider via  aman palestin

Kenyataan Tun mahathir dalam perjuangan menegakkan islam tidak pernah mengecewakan, beliau diantara tokoh yang lantang bersuara mengecam tindakan yahudi.

Tokoh malaysia lain mana? 

Sunday, July 20, 2014

No chassis Naik lagi? Apa sudah jadi dengan Dunia?


'



Assalamualaikum dan selamat berpuasa dibulan ramadhan yang mulia...

Shah Alam, 15 JULAI 2014, Didalam kesibukan aku didunia ini, akhirnya bulan ini dikejutkan dengan kehadiran hari lahir aku yg ke 26, haha.. Terasa diri begitu beharga, tapi kenapa x laku2 sehingga kini? Dan ini bukan persoalan sebenar... Hhahapui...

Alhamdulillah, dapat menyambut hari lahir aku pada bulan ramadhan yang mulia, dan hari juga jatuh pada hari yang baik, iaitu nuzul Al-Quran, 

Sambutan yang mungkin sederhana, hehe disambut oleh sebilangan kecil sahaja, dan didalam blog ini, aku ingin berterima kasih kepada sesiapa yang tidak lupa diri mendoakan aku, terima kasih banyak2, bukan senang nak dapat doa kesejahteraan dari sahabat2 nih..  hehe

Sebenarnya, aku menulis disini bukanlah memfokuskan topik kelahiran semata-mata, tetapi aku ingin menulis apa yang sedang berlaku disebalik kegembiraan menyambut hari lahir sendiri, 

Bulan nih juga banyak perkara yang berlaku dan peristiwa2 yang berlaku adalah peristiwa2 besar yang menggegarkan malaysia mahupun dunia khususnya umat Islam sendiri.
 

Apa yang kita tahu, malaysia digegarkan dengan #MH17 dimana kapal terbang komersial kita telah ditembak jatuh, keadaan bumi sabah yang telah diceroboh kembali,dan diuji dengan pelbagai fitnah, dan juga berita seluruh palestin telah diserang oleh kaun zionis laknatullah dan tidak lupa di syria,
 

Semua peristiwa ini sedikit sebanyak telah menyebabkan jiwa dan hati kecil kita menangis dan berasa sedih, kita di malaysia sepatutnya bersyukur tidak diuji dengan dugaan seperti itu,seperti di gaza, mereka menyambut ramadhan dengan dihujani dengan peluru2 dan roket zionis, kita disini meraikan dengan pelbagai juadah berbuka, disini kita dapat lihat bahawa berapa beruntungnya kita, dari segi duniawi semata2,

Kita haru sedar bahawa, kehidupan kita yang aman ini sebenarnya mempunyai sebab2 tertentu, perjuangan kita dalam menegakkan Agama Allah bukan di medan peperangan, kita mampu dengan memberikan bantuan menggunakan cara2 lain.

Perlukah kita melihat sahaja saudara kita disana diserang, dipukul dan sebagainya begitu sahaja?
 
Jawapannya mesti tidak, seharusnya kita mula menyalurkan apa sahaja yang kita mampu untuk menolong mereka disana, kita tahu, kita tidak mampu untuk berjuang seperti mereka, tetapi, sedikit sebanya kita mampu menolong dengan cara lain.

Jika kita mempunyai harta, minta disumbangkan kepada mereka, kita mempunyai jumlah kewangan yang cukup untuk membantu mereka, kita mempunyai matawang, beza dengan mereka, mereka didalam dunia peperangan,jadi...  sumbanglah kepada badan2 yang menguruskan bantuan ke sana, dan ingtlah bahawa, sumbangan ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam menegakkan agama Allah, dan kita juga akan dibalas rezeki berlipat kali ganda jika menderma.

Tidak lupa, DOA menjadi senjata paling utama di sini, banyakkanlah berdoa, Marilah kita membantu dengan apa yang kita ada...

Sesungguhnya kemenangan itu milik kita.