Daripada
Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka
baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan
barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki,
maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW
mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Alamat Rumah Amal Kasih Bestari
Rumah Amal Kasih Bestari ini telah telah diasaskan oleh Ustaz Hamzah Busu dan Puan Wan Rokiah bermula
pada September 2007.Rumah Amal ini menyalurkan sumbangan kebajikan kepada anak anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya dan asnaf zakat.
Pandangan keseluruhan rumah Amal Kasih Bestari
Rumah Amal ini menjalankan peranan sebagai pusat sehenti menerima dan mengagihkan sumbangan
sumbangan derma, sedekah serta zakat dan wakaf kepada mereka yang berhak dan memerlukan bantuan
Persekitaran Rumah Amal Kasih Bestari
Sekarang Rumah ini telah menempatkan seramai 75 orang dan akan terus berkembang. Mengikut pecahan
seramai 23 orang yang bersekolah rendah dan 37 orang yang bersekolah menengah. Bagi anak anak kecil
adalah seramai 15 orang
Satu satunya gambar anak anak ini yang ada di situ
Dengan 75 orang tanggungan, sumbangan amatlah diperlukan. Di sini dituliskan sekali tanggungan bulanan
Rumah Amal Kasih Bestari
Sewa Asrama dan penempatan staf (14 buah) = RM15,050.00
Perbelanjaan makan minum ( 80 orang X RM8.00) = RM19,200.00
Petrol dan maintenance kenderaan = RM7,097.00
Bil Elektrik, air dan telefon = RM 7,150
Elaun Staf (19 Orang) = RM7,600.00
Pengurusan dan Pentadbiran = RM2,000.00
Wang Saku sekolah pelajar ( RM2.00 X 55 orang X 22 hari) = RM 2,420.00
Lain- lain =RM2,000.00
Jumlah Tanggungan bulanan RM 62, 517.00!!!
Menurut Puan Aina ( Salah seorang pengurus di situ) Jumlah kutipan sumbang cumalah RM5000.00 ke RM7000.00 sebulan dari orang ramai dan tidak cukup untuk menampung keperluan mereka. Namun begitu ramai orang yang memberikan sumbangan dari segi memberi beras, gula, minyak, pakaian dan lain lain barang keperluan. Menurut Puan Aina lagi, cuma apabila tiba bulan Ramadhan barulah kutipan sangat memberangsangkan dan boleh membayar hutang hutang tertunggak bulan bulan sebelum ini. Berikut adalah senarai keperluan bulanan Rumah Amal Kasih Bestari
Sila klik untuk lihat Senarai Keperluan
Tilam yang digunakan anak anak untuk tidur
Anak anak di sini tidak ada bilik yang khusus dan kebiasaannya akan membentangkan tilam di lantai apabila
masuk tidur. Tilam yang digunakan juga agak lusuh dan merupakan sumbangan sebuah hospital kerajaan tidak
lama dahulu.
Ruang rehat Rumah Amal Kasih Bestari
Ruang rehat yang digunakan mereka juga agak menyedihkan. Bayangkan 20 orang anak anak ini berkongsi
ruang rehat di sini
Tandas di Rumah Amal Kasih Bestari
Tandas yang disediakan disini agak selesa juga untuk anak anak in membersihkan diri, tetapi mereka wajar
untuk menerima yang lebih baik
Ruang Dapur
Ruang dapur yang ada adalah setakat ala kadar sahaja dan tidak dapat menampung keperluan anak anak yang ramai Makanan terpaksa dimasak berulang kali kerana kapasiti dapur yang terhad. Ada beberapa orang sukarelawan yang memasak untuk anak anak ini bila tiba waktu makan.
Ruang sembahyang dan ruang makan
Di sini anak anak makan sambil bersila kerana tiada meja makan dan tempat yang terhad. Tempat ini juga digunakan mereka untuk bersembahyang jemaah. Anak anak di Rumah Amal Kasih Bestari ini diajar untuk meminta pertolongan kepada Allah dahulu dan kemudian barulah kepada sesama manusia.
Satu satunya van yang membawa anak anak ini ke sekolah
Rumah Amal Kaseh Bestari memerlukan sekurang kurangnya dua (2) buah van untuk memudahkan mereka menghantar anak anak ini ke sekolah. Ini adalah kerana mereka mempunya 3 asrama iaitu di Kampung sungai Serai, Kuang, Selangor yang menempatkan pelajar perempuan, di Bandar pinggiran Subang yang menempatkan pelajar lelaki menengah dan anak anak kecil dan di Kg Melayu Subang yang menempatkan anak anak lelaki sekolah rendah. Dengan menggunakan satu sahaja van yang merupakan sumbangan salah seorang hamba Allah, adalah sukar untuk menghantar anak anak ini ke sekolah sedangkan mereka mempunyai 3 buah asrama untuk dituju. Adalah diharapkan sekiranya ada pihak yang budiman dapat menyediakan lagi van untuk Rumah Amal Kaseh Bestari ini
Bagaimana jika saya berminat hendak memberi bantuan?
JIka
dari segi bantuan kewangan anda boleh memberikan sebarang sumbangan
dari bentuk cek, tunai, atau terus dimasukkan ke dalam akaun berikut
CIMB Bank atas nama Pusat Jagaan Kasih Bestari
122 60000 135 104
Jika anda ingin memberikan bantuan dari segi barang keperluan boleh hantar ke alamat berikut
Lot 5930, Kg Betik, Kg Melayu Subang,
40150 Shah Alam, Selangor
Sila Hubungi
Ustaz Hamzah Busu 016 2516515
Puan Wan Rokiah 014 6648103
JIka anda tidak dapat memberikan sebarang bantuan seperti berikut anda sila sebarkan artikel ini kepada sekurang kurangnya 5 orang rakan rakan anda menggunakan facebook, e mel, twitter dan post kan dalam blog anda. Harap salah seorang rakan rakan anda dapat juga memberikan sumbangan kepada anak anak ini Apa yang menjadi objektif dalam page ini adalah untuk meminta anda semua supaya dapat membantu Rumah Amal Kasih Bestari sekurang kurangnya dapat memenuhi keperluannya sebanyak RM 62, 517.00 sebulan hasil sumbangan orang ramai. Diharap anda semua dapat membantu mereka ini dan cuma Allah sahaja yang dapat membalas budi.
Semoga kita beroleh rahmatnya.
Siapakah
yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan
hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran
kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan
melapangkan (rizki), dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah : 245).
sumber : link
salam tuan :)
ReplyDeletenadia pinjam gambar tuan ini untuk diletakkan di blog nadia untuk mencari sumbangan ye. jasa baik pihak tuan nadia ucapkan jutaan terima kasih.
boleh.. no prob
Delete