Sunday, October 26, 2014

Ilmu Penyelamat dunia & Akhirat (epihaha)

Bismillah... 



Assalamualaikum, hari nih aku rasa nak tulis something yg rasanya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kawan2... 

Hari nih aku rasa macam dah terbelajar sesuatu pulak... Dia nampak macam biasa, tapi bila kita filirkan, ia sangt berguna untuk kehidupa kita... 

Dia adalah ILMU.

Ramai dah tau tentang pesanan Imam shafiee nih, 

'Sesiapa yang inginkan DUNIA hendaklah dengan ILMU, sesiapa yang inginkan AKHIRAT hendaklah dengan ILMU, dan sesiapa yang inginkan DUNIA DAN AKHIRAT juga hendaklah dengan ILMU'

Jadi, kepada semua sahabat, tuntutlah ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan diri sendiri.

Dan bila kita mempunyai sedikit ilmu, jangan kedekut untuk memberikan apa yang kita ada,

Dengan ilmu, kita dapat menjadikan dunia ini sebagai tempat untuk mencari  keredhaan Allah S.W.T, 

Sekian...

Tuesday, October 21, 2014

Cerita Aaron Aziz... Follow aku kat Instagram

Assalamuaalaikum, 


Haha... Mesti korang x percaya kan bila aku cakap yang Aaron Aziz punya anak tiba2 follow aku ... Puwahaha... 

Siyus... Nampak macam biasa kan? Tapi korang kene ingat.. Aku ngan anak aaron aziz punya minat yang sama tau... Minat pokemon... Huh.. 

Ini buktinya... Korang simpan buat tatapan haha.. 


Friday, October 17, 2014

AWAS 18SG - Aktiviti Bulanan Aku Boleh Membuatkan Anda Tergamam

Assalamualakum,

Bertemu lagi di topik yang terbaru, 

Dalam dunia nih kalau kita lihat, banyak aktiviti-aktiviti pelik yang berlaku hasil daripada manusia yg menjadi si pelaku... Nampak macam biasekan? Aku sebenarnya nak cerita pada smua yang aku pun antara salah seorang yang membuat aktiviti pelik di dunia ini, dalamkan ayat tuh? 

Tetapi AWAS!, mungkin visual aktiviti yang aku nak tunjuk nik agak kaso permainannya... Yang boleh menyebabkan anda trauma dan penah berlaku kes x boleh bercakap lepas tengok visual nih,

Jadi nasihat aku, sila minta kebenaran orang tua atau hasben terlebih dahulu.. supaya beliau-beliau semua tau sebab apa korang tiba2 jadi pelik. Jangan risau, sebarang video dan audio tiada dan ia hanyalah gambar. Mari kita mulakan... Hahaha.


Pertama sekali, korang penah nampak payung bebanyak gini tak? Ni tempat keras sikit, ramai yang dah cakap, bukan aku sorang.. Aku dah pegi dan rasakan sendiri memang tempat nih keras, xdek lembut langsung, semuanya simen, batu je.. Hmm

Ok, nampakkan tulisan viperbekam tuh?


Inilah yang sebenarnya aktiviti aku pada setiap bulan... Operasi buang darah kotor, haha

Nampak macam ngeri kan? Tapi x sakit pon.. Rasa macam kene garu2 je atas belakang.. Memang best, lagipun, kaedah bekam. Antara kaedah perubatan yang palik efektif untuk merawat penyakit-penyakit, khususnya penyakit kronik, 

Ahhh.. Malaslah nak cerita sejarah bekam nih... Korang google lah sendiri.. Jadi apa tunggu lagi.. Ayuh amalkan.. Nak rasa bekam terbaik macam aku nih? Korang pandai lah cari.. Puwahaha..

Sekian.. 






Tuesday, October 14, 2014

THE 1 THING THAT MATTERS TO ME

Assalamualaikum semua...


Wowww.... Tak sabar pulak aku nak tunggu "The Allianz Amazing Hunt 2014" nih.. Mana tak nya... Dengar orang duk cerita pasal ni di merata-rata tempat.. Tengok tarikh pon lambat lagi.. Arrgghhh ! Kadang-kadang stress jugak nak menunggu event muncul tiba... 

Bila dipikirkan.. 1 think matter to me? Sudah tentu keluarga yang tersayang menjadi keutamaan... Tidak abis kat situ... Binatang peliharaan dan pekerjaan aku juga penting bagi aku bg menjana ekonomi untuk membalas budi mak bapak aku.. Dan binatang peliharaan pula menjadi tempat makian diwaktu stress Cewwah... 

Jadi untuk ke event nih, ofkos la aku ade team sendiri yang boleh kalahkan semua orang dengan senyuman sahaja... Antaranya Zuhilmi Tempoyak dan juga Mohd Dahar... Nampak xde papekan? Untuk pengetahuan korang, power rangers adalah kawan kami. Cukup takat tu je.

Ok pelbagai persediaan yang telah berlaku pada peserta-peserta yang menyertai race nih... Dan kami juga sudah membuat persiapan dan menyusun strategi kami sendiri, tak percaya?. Anda boleh tanya Zuhilmi Tempoyak dan MohdDahar sendiri... Apa persiapan yg dah kami buat.

Oleh yang demikian.. Amboi ayat.. Sebelum event tuh muncul.. Disebabkan program ini memerlukan stamina yang tinggi..aku kena buat sesuatu.. Huh!

Memandangkan diri nampak terlebih air dalam badan.. Perkara yang paling penting untuk masa sekarang ialah... Bersenam! 

Jadi, bermulalah latihan pertama aku, aktiviti mendaki Bukit Cerakah di Taman Botani Negara di shah alam... dengan lagak beraninya aku sewa basikal untuk memulakan aktiviti berbasikal lah.. Takkan mancing pulak.. 

Bila dah dapat basikal, keterujaan nak mulakan latihan tuh sangat membuak-buak, kayuhan demi kayuhan dan akhirnya.. Terpaksa berhenti disebabkan jantung nak meletup, biasalah bila dah lama tak besenam.

Selepas beberapa jam mengambil masa untuk mendaki bukit akhirnya berjaya mendaki separuh bukit kat situ. Rasa konfiden nak menang dalam "The Allianz Amazing Hunt 2014" begitu membuak-buak, jadi.. Kepada peserta lain.. Ingat ayat nih.. "Jangan Mimpi" nak menang.. Puwahaha.

Setelah hampir 3 jam mendaki bukit menggunakan basikal, akhirnya aku berjaya melepasi segala rintangan yang ada. Bukit bukau sanggup ku redah demi satu kemenangan di "The Allianz Amazing Hunt 2014" itu nanti, jadi kepada peserta lain.. Tolong bersiap sedia dari segi mental dan fizikal anda, kerana kami akan menyerang dan mengalahkan anda demi satu kemenangan,. Takut tak? Hihi

Bg sesiapa yang nak tahu pebenda sebenarnya carutan kami ni, bolehlah pegi ke http://fb.com/AllianzMalaysia untuk mengorek rahsia apa sebenarnya yang dah berlaku... 

Kalau rasa boleh kalahkan kami... Silakan daftar... Tu pon kalau lah boleh... Hehe

Sekian.

Sunday, October 12, 2014

Sepagi di Taman Botani Negara

Assalamualaikum semua.. 

Pagi tadi punya cerita.. Bak kata pepatah orang putih.. "Unplanned situation" tetiba sahabat pelawa pegi main basikal katanya dekat bukit cerakah yang dikenali sebagai Taman Botani Negara di seksyen 8 Shah alam...  Lenguh bontot pun x abis lagi masa aku tulis nih.. disebabkan naik basikal lama sangt... Aku pun pelik.. Macam mana pelumba basikal boleh duduk lama kat atas seat tu? Diorang x rasa kebas ke? 


Tu hah.. Aku ingat xdek sapa datang kat dalam hutan nih.. Rupa2nya.. Besepah orang.. 


Setibanya aku di bukit cerakah tersebut, sedar diri punya pasal x berapa nak ada duit nak beli basikal sendiri, so kena sewa lah.. Basikal yang diorang bagi pun nok badlah... Separuh je ada span.. Yang lain mungkin dikokak tikus.. Hehe


Ok suku perjalanan.. Jantung rasa macam nak meletup.. Saja ambik gambar orang lain sebab muka tengah hodoh mintak nyawa.. 


Ini adalah destinasi pertama aku di kawasan kampung idaman... Cantik gila la kawasan nih.. Rasa macam duk kampung betul je.. Aku dapat tahu sapa2 nak menginap pon boleh... Yang blom pegi bulan madu tu boleh la try sini.. Mana la tahu.. Rezeki datang.. :p


Berhenti ambik oksigen kali yang ke 13... Kawasan nih cantik jugak.. Awek pon ramai jugak yang cantik2 kawasan nih... 



Ni pulak di salah satu tempat namanya perkampungan budaya... Time aku pegi tu dia tutup.. Dalamnya nampak macam istana hinggap zaman dulu2.. Memang cantik...



Tiba2 pulak nampak mini zoo kat sinih.. 


Taman nih memang disyorkan pada anak dara yang tatau nama rempah ratus.. Kat sini ada macam2 rempah.... 


Nilah destinasi aku yang paling last... Time nih muka dah hodoh penat naik bukit menjunam... Dah macam2 carutan keluar masa daki bukit nih.. Kikiki

Lepas dah seronok ngorat amoi2 kat atas tuh yg semuanya x layan aku.. Mungkin letih kot.. Kiteorang ride balik semula ke tempat asal... Sebenarnya banyak je tempat menarik.. Maklumlah... Jantung dah lama x besenam.. Kira skip2 jelah tempat yang jauh sangt tuh.. Tempat memang best kalau nak bawak keluarga... 

Sekian.. 

Inikah Rumah Kelahiran Emma Maembong?

Assalamualaikum semua... 

Nak dijadikan cerita.. Rumah nih wujud kat Taman Botani Negara Kat seksyen 8 Shah alam.. Ini antara salah satu rumah yang menjadi tarikan di kawasan kampung idaman... 

Yang menjadikan persoalannya.. Betulke bentuk rumah nih kepunyaan bapa Emma Maembong

Terasa macam nak menyiasat pulak... Nama rumah dia rumah Pak Embong? Asal pulak dari Terengganu... 

Hmm apa kata anda? 




Sekian... 

Friday, October 10, 2014

Restoran A&W Masih wujud?

Bismillah... 

Cite nih semalam punya citelah... Masa habis kelas parttime aku, member2 ajak pegi lepak2 sambil buat research sikit pasa restoran fast food yang ada kat malaysia nih... Tatau pulak A&W ade lagi.. Hihi..  Seingat aku la..  restoran nih memang agak lama.. Pada zaman bapak aku baru nak up lagi.. Last aku masuk masa aku darjah tiga, ni je baru nak masuk balik.. Hihi

Pikir punya pikir.. Nak tau jugaklah.. Kenapa aku x terpikir langsung nak masuk restoran ni selama nih.


Bila dah sampai tuh.. Aku tengok keliling not bad r.. Ramai jugak orang masuk, 


Bila tengok dari luar memang x dinafikan lah.. Memang ramai sebenarnya... Aku je tatau selama nih.. Nampak ads dia sekeliling pon boleh tahan... Boleh buat perut aku menggigil walaupun dah makan baru je tadi.. 



Ok masa untuk duduk dan lihat sendiri apa yang berlaku... Dan apa yang sebenarnya berlaku kat sini.. Dari tadi orang datang berpusu-pusu.. Cehh.. Bahasa apa ntah pusu-pusu tuh.. 

Dari pemerhatian aku lah selama duduk sekitar 15 minit.. Selalunya.. Dekat restoran fastfood macam nih, x ramai orang tua/dewasa nak ketua melepak dan cekik sampai kenyang.. Kalau korang tak percaya boleh datang dekat A&W berdekatan dengan Amcorp Mall sebelah stesen lrt...




Ok, masa untuk berimaginasi nak order apa dekat sini.. Yang pastinya aku nak kena try yang mana satu menjadi pembuka selera aku.. Fuhh pening2.. Semuanya lazat2 bila dilihat.. 



Ok bila dah sampai apa yang dipesan tadi, emm... Burger yang dimakan nampak kurang menarik dari segi presentation.. Dan kenapa kotak ayam tuh hampir separuh lengan aku masuk kotak baru boleh amik ayam tersebut.. Nak cerita kotaknya kemainlah besau haha gurau aja.. 

Dari sudut pemerhatian aku, dari segi visual memang betul lah apa yang diorang tulis "visuals shown are for illustrations purposes only" dari segi rasa dan service, bagi aku diorang mungkin boleh improvekan lagilah, dan yang paling penting rootbear dia memang terbaik.. Korang kene pegi beli.

Sekian..

Wednesday, October 8, 2014

TOP Blogger Like Gambar Aku!! Pengsan!.. @.@

Bismillah...

Pehh.. Pehh.. Pehhh...  Aku macam x percaye.. Pehh.. X percaya lagi.. Pehh.. Dan pehh lagi.. 

Macam x percaya je.. One of my favourite blogger tiba2 like gambar aku,... Sudah la like.. Di approve pulak jadi kawan kat fb.. Pehh! Gile teruja sangtt.. Mmmasih CikguBen!. Hehe.


http://benashaari.com

Tuesday, October 7, 2014

Report : Blogger ZulhilmiTempoyak Pencuri!

Tengah duk godek2 FB Tadi...aku rase macam ada yang x kena.... Dah lama aku duk perati perangai dia... Orang duk cerita2 jugak pasal dia... Tapi xkan lah aku nak caye.. Kawan sendiri kot!!!


Hari nih dah terbukti segalanya... Orang yang aku kenal rapat pencuri rupanya... Sadis betul!! .. Hati nih x payah cakap lah.. Remuk hati aku dibuatnya...  Tapi tu lah hakikatnya... 

Kenapa curi gambar aku..!! Kawan punya pasal.. Nak curi.. Curi lah... Yang aku x puas hati dia crop gambar aku...!  Kuajaq!


Gambar yang dicuri



Antara bukti yang telah dikenalpasti & gambar yang dia dah crop!

Sekian... 
Blog

Monday, October 6, 2014

Edisi Raya Haji di Kampung (#siri3)

KENDURI ARWAH, KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT.

Bismillah.... 
Assalamualaikum semua,

Entry kali nih aku nak cerita tentang perkara ketiga berlaku pada hari raya haji kali nih, pada kebiasaannya di kampung aku nih, bila tibanya hari raya haji nih, diorang menyambut dengan membuat kenduri kesyukuran,arwah dan doa selamat sekali... Dan taun nih, puak2 keluarga aku nih tong2 duit sikit sorang nak buat kenduri nih... Dah lama rasanye diorang x jamu orang ramai... 

Gambarajah kat sebelah menunjukkan majlis potong2 memotong telah dijalankan... Biasanya majlis nih dikelolakan oleh nenek aku... Yg duk tengah2 diantara jemaah lain.. Dan biasanya kalau kenduri kecik2 nih x ajak orang lain pon.. Cukup la anak beranak je yang masak.. Kalau ade pon sorang dua  je lah yang datang nak gosip... Hihi.. 

Menu untuk kali nih antaranya  sup tulang, daging kari, tumis budu, acha timun dan ikan kering.. 

Nilah menu biasa setiap kali kalau ada kenduri diwaktu raya cam nih.. Dan kali nih xdek pulak ikan patin masak tempoyak...mungkin ikan patin tempat aku dah x banyak.. So kene catu sikit lah..

Kalau korang nak tau.. Ikan patin masak tempoyak ni antara menu yang popular jugak kat sini, dan aku rase masakan yang terbaik lah kat kampung aku nih... Kalau dah makan.. Mesti mabuk sampai esok.. Haa gituhh.. Habis cerita pasal makanan... 

Malam yang dijanjikan telahpon tiba.. Selepas berjemaah isyak di masjid, para2 jemaah kampung aku terus dipelawa ke rumah aku... Kat kampung nih senang je nak kautim ngan orang kampung... Kalau selalu datang masjid senang la sikit nak jemput.. Kalau setahun sekali tuh payah sikitlah nak menjemputnya... 

Gambar sebelah nih adalah antara orang kampung aku.. Dah x ramai dah... Sebab dah ramai keluar cari kerja kat bandar.. Dah x mau dah duduk kg... Tinggal la 2,3 kerat nih je.. 

Alhamdulillah...  Segalanya berjalan lancar, 

Apa yang kita boleh tengok kat sini ialah... Cara hidup di kampung adalah jauh berbeza dengan cara hidup di bandar...antaranya jiran yang peramah, orang kampung yang spoting, xdek trafik light, jem apatah lagi,ada pokok pisang, jambu, ada parit yang bersih, aman, dan banyak lagi... Itu x cerita bab kos sara hidup apa lagi tuh... 

Selain tu, di kampung kita mudah terdedah dengan aktiviti yang berfaedah dan bukan kearah duniawi semata2. Apa yang kita boleh contohi kat sini ialah... Cara hidup orang di kampung yang saling bantu membantu antara satu sama lain... 

Kalaulah budaya kampung boleh dibawa ke bandar kan best... Mesti aman je.. 

Sekian.. 


Koleksi gambar sekitar majlis: