Wowww.... Tak sabar pulak aku nak tunggu "The Allianz Amazing Hunt 2014" nih.. Mana tak nya... Dengar orang duk cerita pasal ni di merata-rata tempat.. Tengok tarikh pon lambat lagi.. Arrgghhh ! Kadang-kadang stress jugak nak menunggu event muncul tiba...
Bila dipikirkan.. 1 think matter to me? Sudah tentu keluarga yang tersayang menjadi keutamaan... Tidak abis kat situ... Binatang peliharaan dan pekerjaan aku juga penting bagi aku bg menjana ekonomi untuk membalas budi mak bapak aku.. Dan binatang peliharaan pula menjadi tempat makian diwaktu stress Cewwah...
Jadi untuk ke event nih, ofkos la aku ade team sendiri yang boleh kalahkan semua orang dengan senyuman sahaja... Antaranya Zuhilmi Tempoyak dan juga Mohd Dahar... Nampak xde papekan? Untuk pengetahuan korang, power rangers adalah kawan kami. Cukup takat tu je.
Ok pelbagai persediaan yang telah berlaku pada peserta-peserta yang menyertai race nih... Dan kami juga sudah membuat persiapan dan menyusun strategi kami sendiri, tak percaya?. Anda boleh tanya Zuhilmi Tempoyak dan MohdDahar sendiri... Apa persiapan yg dah kami buat.
Oleh yang demikian.. Amboi ayat.. Sebelum event tuh muncul.. Disebabkan program ini memerlukan stamina yang tinggi..aku kena buat sesuatu.. Huh!
Memandangkan diri nampak terlebih air dalam badan.. Perkara yang paling penting untuk masa sekarang ialah... Bersenam!
Jadi, bermulalah latihan pertama aku, aktiviti mendaki Bukit Cerakah di Taman Botani Negara di shah alam... dengan lagak beraninya aku sewa basikal untuk memulakan aktiviti berbasikal lah.. Takkan mancing pulak..
Bila dah dapat basikal, keterujaan nak mulakan latihan tuh sangat membuak-buak, kayuhan demi kayuhan dan akhirnya.. Terpaksa berhenti disebabkan jantung nak meletup, biasalah bila dah lama tak besenam.
Selepas beberapa jam mengambil masa untuk mendaki bukit akhirnya berjaya mendaki separuh bukit kat situ. Rasa konfiden nak menang dalam "The Allianz Amazing Hunt 2014" begitu membuak-buak, jadi.. Kepada peserta lain.. Ingat ayat nih.. "Jangan Mimpi" nak menang.. Puwahaha.
Setelah hampir 3 jam mendaki bukit menggunakan basikal, akhirnya aku berjaya melepasi segala rintangan yang ada. Bukit bukau sanggup ku redah demi satu kemenangan di "The Allianz Amazing Hunt 2014" itu nanti, jadi kepada peserta lain.. Tolong bersiap sedia dari segi mental dan fizikal anda, kerana kami akan menyerang dan mengalahkan anda demi satu kemenangan,. Takut tak? Hihi
Bg sesiapa yang nak tahu pebenda sebenarnya carutan kami ni, bolehlah pegi ke http://fb.com/AllianzMalaysia untuk mengorek rahsia apa sebenarnya yang dah berlaku...
Kalau rasa boleh kalahkan kami... Silakan daftar... Tu pon kalau lah boleh... Hehe
Sekian.
No comments:
Post a Comment