Assalamualaikum dah selamat pagi,,
Uwargrrrhhh isu baru panas dan masih berpanjangan, haha
Ramai pulak dengki dengan cikgu kali nih, ye lah.. Gaji cikgu asyik naik je kan... Gaji yang private memang haram x naik2 iye dak?
Kalau dipandang pada sudut negetifnya, haha, gaji nih memang x berapa nak sesuai dengan cara kerja cikgu2 kalau di bandingkan dengan gaji lecturer private. Kita boleh lihat dari segi masa, kerja ciput gaji nak tinggi, berbeza dengan cara kerja private kerja sikit dapat sikit, kerja banyak dapat banyak, x percaya? Try kerja.(lulusan sarjana pun x dapat gaji macam nih),
Kalau dari sudut positifnya pula, Ada baiknya guru diberi gaji seperti ini supaya mereka dapat berusaha lebih dalam meningkatkan mutu pembelajaran, almaklumlah, dalam mendidik bukannya senang kata cikgu, tambah pulak x boleh guna rotan dalam mengajar, guru perlukan cara yg lebih creative untuk mengajar, kita harap begitulah,
Kepada guru, berusahalah mendidik setimpal dengan imbuhan yang diberi, sebab kita berkerja bukan sahaja mahukan upah atau gaji, tetapi mahukan keberkatan, cuba berusaha lebih daripada gaji yang kita dapat dan ingat, orang lain boleh pertikaikan gaji anda semua sebab mereka inginkan kualiti dengan apa yang mereka bayar, macam sama je konsep dia dengan beli barangkan? tak gitu? Jadi, tunjukkan kualiti yang bagus sesuai dengan gaji kita.
Kepada Aku Kau Dan Kita bukan guru, "berusaha dengan bersungguh-sungguh", ayat tuh guru kita yang cakap dulu supaya kita terus berusaha untuk mencari rezeki berkat dan halal, berusaha lah mencari rezeki, Insyaa Allah, berkat usaha kita, mesti Allah bagi yang terbaik, kebanyakan kita nih bercakap je pegi, tindakan tuh xdek, asyik nak komplen je, tapi kerja malas x boleh jugak, jadi kerja bersungguh-sungguh dan cuba tunjukkan kualiti yang terbaik, jangan asyik makan gaji je, try meniaga pula, Banyakkan menderma dan selalu membantu orang lain, Insyaa Allah, KAYA lah kita.
Ps//: cikgu tolong betulkan ayat karangan saya!
Gambar rembat kat google
Meh sini nak bagitau En Epi Haha.
ReplyDeleteSaya seorang guru. Okay, baru 5 tahun jadi guru. Biar saya beritahu apa kerja kami selain mengajar. Selain mengajar, kena bawa pelajar pergi sukan, wakil sekolah/negeri/kebangsaan. Kebanyakan ambil masa cuti juga. Pukul 2 dah balik? Kirim salam sikit, ada sekolah yang sampai petang. Jam 4, 5. Okay kalu cakap pulang awal, petang datang lagi, meeting lagi. Ingat kami takde meeting? Habis strategi nak tingkatkan prestasi? Tak perlu meeting ke? Result pelajar teruk, pun kena bincang strategi lagi, Pelajar malas/ponteng? pun kena bincang strategi, buat program supaya pelajar rajin, mahu pergi sekolah. Cuti panjang takde orang kacau? Dalam masa cuti panjang tu, boleh dipanggil ke sekolah untuk bertugas. Okay tadi lupa nak cakap pasal mengajar, almost everyday kelas full sampai tengah hari. Kalau kelas tak full, ganti lagi guru yang MC, meeting, kursus, jadi pengiring. Mengajar berdiri ke duduk? Of course lah berdiri. Dari pagi sampai tengah hari berdiri, seronok lagi kot jadi kerani duduk je atas kerusi tu. Kalu kelas 3 tingkat? Kejap atas, kejap turun, seronok lagi kot korang yang ada lif. Menjelang hari pepriksan PT3 (dulu PMR), SPM, STPM, yang mengajar ni lah kena kerah tenaga buat kelas tambahan walaupun macam nampak cikgu je yang beria nak suruh pelajar cemerlang. Kalu kata kelas tambahan tu, waktu bila? Cuti hujung minggu buat apa? Ada aktiviti sukan sekolah, latihan sukan, kokurikulum, hari PIBG, LADAP, dan lain-lain.
Kebanyakan fotostat sendiri soalan ulangkaji untuk pelajar, 30-60 pelajar... Nape tak fotostat kat sekolah? Dengan masalh kertas yang tak cukup, tak ada ink.. Pen nak marking pun beli sendiri. Guna peralatan peribadi sendiri je pun. Ce tengok kerjaya lain. Bomba contohnya.. Ada ka yang guna pili air rumah sendiri pi padam api? Tentera? Guna peluru sendiri ke?
Macam tu pun jeles dengan guru? Alhamdulillah, kami masih gagah lagi bekerja, walaupun terpaksa mengikut pertukaran sistem pendidikan dengan bertukarnya menteri. Sekejap sistem camni, sekejap camtu. Kalau tak tahu bidang kerja guru, janganlah sewenang-wenang cakap je..