Friday, October 30, 2009

| kehilangan satu lagi cahaya |

27 oktober, tepat pukul 12 tengah malam, aku kehilangan seorang cahaya yang pling aku sayang... segala kenangan bersamanya dari aku kecil, sehingga aku besar dan sedang mengejar cite2 ku... dalam usaha untuk menunaikan janjinya kian hilang dalam diriku.... aku sedih, aku kelu tidak berkata, aku bingung... aku x tau apa yang aku harus mulakan demi meneruskan hidup tampa bibingan dan pesanan dari nya...

dia lah mengajar aku erti menghormati sesama manusia, dia mengajarku erti berterima kasih, dia mengajarku erti kasih sayang terhadap adik beradik, dia mengajarku erti bersyukur, die mengajarku erti pengorbanan, die mengajarku segala galanya demi kebaikan aku sebagai manusia yang menumpang di muka bumi ALLAH ini,

katanya 'epi!! blaja rajin2, nnti nenek da tua da x larat, bleh la epi jaga....' pesanan nya yang paling menyentuh hati aku pada setiap detik dan pada setiap masa... aku rasa bersalah, aku rasa hina, aku rasa sedih, perasaan yang susah nak digambarkan dengan tulisan menyelubungi diri aku, aku telah menghampakan perasaan dia, aku tiada bersama dia semasa die sedang sakit, aku hanya mampu melihat jasadnya yang sudah tidak bernyawa lagi... aku meratapi pemergiannya dengan penuh rase kesedihan...

kini aku teruskan hilang satu cahaya, hanya pesanannya yang tetap bersama dan menjadi harapan ku pada satu hari kelak,demi harapan yang diberikan kepada aku...

Al- Fatihah.....

1 comment: