Thursday, September 11, 2014

Moto Power Dan Kisah Disebalik Ke Power an Beliau


Salam Diucapkan kepada pembaca yang sudi menyinggah...

Dah alang2 baca sebaris tuh.. mintak lah tolong baca sampai habis.. kesian abang penat2 tulis nih.. hehe... 


Tanggal 11 September yang bertempat si Dewan Di PGRM yang indah.. sambil diiringi lagu merdu hasil nukilan abang AV yang tengah test sound nuh.. aku rase macam nak menulis pulak... 

Disaat termenung melihat susana disekeliling yang sibuk dengan manusia yang sedang mendaftarkan diri di sebuah seminar Millionaire Marketing Mastery tu, aku memikirkan keadaan temanku itu, (cecece bajet sastera).. aku mengenangkan kisah aku bersama beliau ketika duduk dibangku sekolah dulu... Moto kesayangan ni telah bekhidmat dengan keluarga aku lebih sepuluh tahun dan hingga hari ini.. dia menjadi peneman setia aku ketika aku mahu mencari rezeki... 

Beliau jugalah membawaku mengelilingi kawasan yang tidak pernah aku lalui dan menungguku ketika mencari rezeki... dan sanggup berhujan panas demi aku.. 

Ok  Dah.... (Bab Sedih Tamat)

Cerita Baru nak start.. 

Moto nih adalah moto turun temurun sejak zaman bapak aku muda lagi... beliau nih dah banyak zaman dia lalui, seperti zaman punk, skin head, zaman grunge, zaman abang aku baru nak up.. dan macam2 zaman lagi lah... nak dipendekkan cerita.. moto nih kalau beliau boleh borak dengan manusia... xdek orang lebih hebat dari beliau... habis cerita beliau tapau.. 

Malangnya bila hidup dengan aku nih.. aku banyak tingglkan beliau.. maklumlah.. dah ade kawan baru... sang kancil terbo power sangat dah kalau lumba ngan besikal... ala.. kawan beliau jugak masa duk kampung.. 

Sampailah pada satu mase dia ngadu sakit.. biasalah nak perhatian lebih la tuh

maka aku antar la beliau.. kat bawah nih antara gambar2 beliau masa di wad... 

Setelah Ditelanjangkan Tanpa Bicara

Dibedah Siasat... Siapa yang Bersalah ?

Abdomen dikumpulkan Untuk Siasatan Lanjut
Disababkan aku sayang beliau.. aku kuar lebih sikit beli baju baru kat beliau.. nak tengok apa jadi selepas nih kat belaiu?

Tunggu...



No comments:

Post a Comment