Friday, September 19, 2014

Rasa Keramat Nasi Vanggey Ipoh di Shah Alam

Kehadapan rakan blogger dan pembaca sekelian...

Assalamualaikum...

Sekitar pukul 6 ptg pada hari jumaat yang mulia ini yang bertarikh yang tertera dibawah skali, aku dan motoku bergerak pulang dari seksyen 13 ke rumah nan usang,..

disebalik deruman enjin moto aku terdengar suara2 halus yang sedang mengutuk ditelingaku.. ternyata.. makcik yang baru keluar dari pejabat, bersungguh-sungguh mengutuk seseorang yang aku tidak kenali...

lalu aku memulas suis motoku dan perlahan-lahan aku menyetat moto aku... ternyata payah bila menyetat moto dalam keadaan perlahan-lahan... haruslah menggunakan kuasa terjahan power rangers sedikit untuk menyalakan palam pencucuh yang telah usang.. nama pun moto lama..

sudah tiga perenggan aku menulis.. tetapi tiada langsung sangkut paut dengan tajuk yang diletakkan diatas... bukan motoku menjadi tajuk penulisan aku pada hari ini.. mahupon makcik berdosa tadi,,.. ianya tidak ada kene mengena langsung dalam cerita ini.

gambar x sempat nak snap.. akibat nafsu makan power rangers terpaksa ambik kat google..

Al kisah... nasik vanggey nih sebenarnya dah popular lame dah... yang aku tau.. mase aku belajar di UITM Sri iskandar dulu pada tahun 2006 x silap aku... seorang sahabat aku nih memperkenalkan restoran nih pada aku... masa tu kedai dia hanya kedai usang di bandar lama di Ipoh... tapi kalau nak pegi makan.. memang lembik lutut.. silap2 boleh pitam menunggu turn

Pejam celik pejam celik... tetiba muncullah beliau.. iaitu kedai nasik vanggey nih di Shah Alam... secara tak langsung ia telah membuatkan aku kembali mengimbau kenangan zaman aku baru nak up dulu...

Dari pemerhatian yang telah dibuat oleh aku sendiri.. nasik vanggey yang dijual di shah alam nih... tidak boleh menandingi nasik vanggey yang dulu... emm.. rasa yang dulu dan sekarang mungkin ada perbezaan sedikit... TETAPI!... ia tetap tidak menghampakan pada sesiapa menelannya...

Ini lah dia kedai yang disebut-sebut tuh... lokasi seksyen 19 shah alam

Setelah habis melahap.. baru la aku teringat yang aku nak diet... ahhh.. segalanya sudah terlambat.. aku menyesal untuk sementara waktu..

Jadi kesimpulannya disini adalah... bila makan.. bacalah Bismillah... dan apa yang pasti.. nasik vanggey ni tidak pernah menghampakan aku dan lagu hampa nyanyian To'ki tidak ada kene mengena dalam penulisan aku ini...

sekian terima kasih

1 comment: