Tuesday, October 7, 2014

Report : Blogger ZulhilmiTempoyak Pencuri!

Tengah duk godek2 FB Tadi...aku rase macam ada yang x kena.... Dah lama aku duk perati perangai dia... Orang duk cerita2 jugak pasal dia... Tapi xkan lah aku nak caye.. Kawan sendiri kot!!!


Hari nih dah terbukti segalanya... Orang yang aku kenal rapat pencuri rupanya... Sadis betul!! .. Hati nih x payah cakap lah.. Remuk hati aku dibuatnya...  Tapi tu lah hakikatnya... 

Kenapa curi gambar aku..!! Kawan punya pasal.. Nak curi.. Curi lah... Yang aku x puas hati dia crop gambar aku...!  Kuajaq!


Gambar yang dicuri



Antara bukti yang telah dikenalpasti & gambar yang dia dah crop!

Sekian... 
Blog

Monday, October 6, 2014

Edisi Raya Haji di Kampung (#siri3)

KENDURI ARWAH, KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT.

Bismillah.... 
Assalamualaikum semua,

Entry kali nih aku nak cerita tentang perkara ketiga berlaku pada hari raya haji kali nih, pada kebiasaannya di kampung aku nih, bila tibanya hari raya haji nih, diorang menyambut dengan membuat kenduri kesyukuran,arwah dan doa selamat sekali... Dan taun nih, puak2 keluarga aku nih tong2 duit sikit sorang nak buat kenduri nih... Dah lama rasanye diorang x jamu orang ramai... 

Gambarajah kat sebelah menunjukkan majlis potong2 memotong telah dijalankan... Biasanya majlis nih dikelolakan oleh nenek aku... Yg duk tengah2 diantara jemaah lain.. Dan biasanya kalau kenduri kecik2 nih x ajak orang lain pon.. Cukup la anak beranak je yang masak.. Kalau ade pon sorang dua  je lah yang datang nak gosip... Hihi.. 

Menu untuk kali nih antaranya  sup tulang, daging kari, tumis budu, acha timun dan ikan kering.. 

Nilah menu biasa setiap kali kalau ada kenduri diwaktu raya cam nih.. Dan kali nih xdek pulak ikan patin masak tempoyak...mungkin ikan patin tempat aku dah x banyak.. So kene catu sikit lah..

Kalau korang nak tau.. Ikan patin masak tempoyak ni antara menu yang popular jugak kat sini, dan aku rase masakan yang terbaik lah kat kampung aku nih... Kalau dah makan.. Mesti mabuk sampai esok.. Haa gituhh.. Habis cerita pasal makanan... 

Malam yang dijanjikan telahpon tiba.. Selepas berjemaah isyak di masjid, para2 jemaah kampung aku terus dipelawa ke rumah aku... Kat kampung nih senang je nak kautim ngan orang kampung... Kalau selalu datang masjid senang la sikit nak jemput.. Kalau setahun sekali tuh payah sikitlah nak menjemputnya... 

Gambar sebelah nih adalah antara orang kampung aku.. Dah x ramai dah... Sebab dah ramai keluar cari kerja kat bandar.. Dah x mau dah duduk kg... Tinggal la 2,3 kerat nih je.. 

Alhamdulillah...  Segalanya berjalan lancar, 

Apa yang kita boleh tengok kat sini ialah... Cara hidup di kampung adalah jauh berbeza dengan cara hidup di bandar...antaranya jiran yang peramah, orang kampung yang spoting, xdek trafik light, jem apatah lagi,ada pokok pisang, jambu, ada parit yang bersih, aman, dan banyak lagi... Itu x cerita bab kos sara hidup apa lagi tuh... 

Selain tu, di kampung kita mudah terdedah dengan aktiviti yang berfaedah dan bukan kearah duniawi semata2. Apa yang kita boleh contohi kat sini ialah... Cara hidup orang di kampung yang saling bantu membantu antara satu sama lain... 

Kalaulah budaya kampung boleh dibawa ke bandar kan best... Mesti aman je.. 

Sekian.. 


Koleksi gambar sekitar majlis:


Sunday, October 5, 2014

Edisi Raya Haji di Kampung (#siri2)

SEMBAHYANG RAYA.... LEMBU LARI?

Bismillah...

Alhamdulillah... Raya haji dapat disambut di kampung lagi pada tahun ini, 

Bermulalah hari aku dengan jam berbunyi pukul 4 pagi... CISSS!! Lupa nak set balik mengganggu tido aku kejap... 

Pagi Yang Indah

Bila hari raya menjelma.. Rutin pada pagi raya aku ialah... Bergerak kemasjid lah... Maklumlah dah besor panjang.. Nak nyorok dah x boleh... Kalo kecik2 dulu time gini memang aku lepak kedai abg jali je... Tapi memandangkan dosa dah banyak, kene la pegi masjid... Moga2 terampun la sikit dosa tuh.. Amin... 

Jadi perjalanan diteruskan untuk ke masjid, aku mcm biaselah... Nak jalan kaki malas... Ditambah dah nak dekat waktu sembahyang pulak, jadi pulas setreng mini cooper aku je lah.. 

Keadaan orang masjid pada taun nih ok lah... X ramai sangt.. Mungkin diorang dah banyak sental cuti... Sampai dah xdek cuti nak balik..  So x ramai sngt member2 balik... 

Korban oh korban

Macam biase.. Lepas sembahyang terus menyiapkan diri untuk ke tempat penyembelihan... Sebelum pegi ke sana, kita perlu melepasi syarat2 seorang pelapah daging berjaya. 

Syarat2seorang pelapah daging lembu:
1) menutup aurat, ini penting untuk memastikan fokus penyembelih tidak lari dan x terpotong benda lain.
2) pakai kasut, nnti kalau lembu terpijak xdek lah sakit sangt... jangan tiru seperti gambar sebelah... Sebab gambar kat sebelah kurang beretika.
3) mempunyai parang yang tajam dan boleh melapah lembu dan pastikan prang ada sarung.. Jap lagi terlapah kulit sendiri pon payah.. Haha
4) muka ketat, ganas dan x takut darah... Kalu badan sado tengok darah boleh pengsan.. Baik duk rumah.

Lembu mana?

Ok, bila dah menepati semua syarat diatas, aku terus menunggan kuda ex5 kepunyaan bapa untuk pergi ke lokasi kejadian...Perasaan sedikit riang dan cuak bila mendapati moto xdek brek,... Perlahan2 terus memandu dan setibanya di tempat kejadian semua tengah tertanya2.. Apa yang berlaku.. Dan rupa2nya.. Lembu baru saja terlepas... Angkara siapa? Tidak tahu, daripada pemerhatian aku... Lembu nih saje nak main kejar2 dengan tuan dia sebelum dia dikorban... 

Walaubagaimanapun, korban perlu diteruskan, pak imam mengatur srtategi beliau yang pernah digunakan masa kejohanan futsal masa muda2 dulu... Ternyata beliau sangt hebat dalam penangkapan lembu beliau sendiri... 



Jadi, program diteruskan macam biase, dan apa yang penting.. Selfie ramai2 tu perlu ada.

Gambar aktiviti korban: 


Saturday, October 4, 2014

Edisi Raya Haji di Kampung (#Siri1)

Assalamualaikum, 

Sudah lama rasanya x menulis, almaklumlah, kerja yang menimbun ditambahpula dengan tahap kemalasan untuk mengadap komputer yang sangat tinggi, jadi alhamdulillah, hari nin berjaya juga mengadap ipad untuk menulis sejenak.

Topik kali nih aku nak share sikit tentang perjalanan aku untuk balik ke kampung pada pagi subuh yang cantik,

Bermulanya di pagi hari sebelum waktu subuh, malam tadi kunci jam hp pukul 4 tanpa niat dan apa yang berlaku.. Jam tu memang berbunyi pukul 4 dan membuatkan aku nak baling je hp aku... Tapi niat tu x jadi sebab dengar cite iphone 6 mahal.. Jadi jangan rosakkan.. Pakai apa yang ada.. Haha.. 

Maka berlaku lah pertarungan dengan syaitonirrojim... Badan kemain liat nak bangun, ditambah pulak bunyi guruh kat luar dan ujan renyai2 menambah keserian di pagi hari... Jadi aku nekad... Untuk berehat sebentar dari pertarungan tersebut dan aku tido... Jap

Pukul 4:30 pg aku terpaksa bangun dengan jayanya dan meneruskan niat untuk mandi dan kemas baju kemaskan diri... Kemas katil, kemas bilik, kemas rambut dan lain2 lah... Seperti gambarajah disebelah anda

Dengan berbekalkan satu pasang baju melayu aron ajis, bag buruk zaman belajar diploma, dan bag sponsor dari pejabat aku dan sebakul baju x basuh (tiada dalam gambar)... Terus dilemparkan kedalam kereta mini cooper aku,

Bila dah siap, sepatutnya perancangan awal nak subuh di jalanan lah... Tiba2 otak cakap, raya aji mane ade jem... So x payah nak cepat-cepat... Bila dah otak aku sendiri cakap camtuh, aku ikut lah... Lelap jap... Tunggu subuh dan terus bergerak dengan konfiden lavel yang sangt tinggi... 


Setibanya di gombak.


Sangkaan aku betul, x jem.. Dan boleh balik dengan dendangan lagu raya puasa.... Lalalalala... 

Depan tol sikit...


 Keadaan ni biasa bila ramai orang nak balik... Sambung nyanyi lagu rasa dendangan Hj. Jamal Abdillah (insyaAllah)

Lepas genting sempah


Mulut kelu x berbicara setelah 2 jam terperangkap dalam lautan kereta,... Time nih muka ketat, sape tegur memang makan nasik ikut wayar!

RUPA-RUPANYA! 


Sebuah lori buat hal kat atas bukit.. Dah la buat hal.. Dikangkang sampai rembat 2lane memang la jem, tambah rakyat malaysia yang memang perihatin, suka perlahankan kenderaan nak tengok apa yang rosak.


Akhirnya sampai rumah dengan jayanya selama 5 jam bertarung dalam jem, kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah, kesesakan lalu lintas berlaku disebabkan oleh : 

1) lori rosak lepas genting sempah
2) 2, kereta terbabas di lorong sebelah dan belah sini pulak yang jem
3) Petronas bukit tinggi mintak tolong beli tanah kat belakang tu buat parking, sesak sebab menunggu turn nak masuk petronas.

Berhati2 dijalan raya dan Selamat Hari Raya Haji.

Wednesday, October 1, 2014

Muka Stress Gara-Gara Ron 95 & Diesel Naik 20sen

Gambar%20Hiasan%2C%20Sumber%20Google

Gambar Hiasan, Sumber Google


Assalamualaikum,


Alhamdulillah... Hari ini adalah hari yang indah dan istimewa buat aku, tengah seronok duk look around pakai wechat tadi tiba2 ternampak satu berita yang kurang menyenangkan... 


Puhh!... Terus tutup wechat bila dengar minyak nak naik RM 20sen dan nak kasi best lagi naik pulak berkuatkuasa pada 12 malam nih... Aduhai.. Kenapa la kerajaan x kasi chance extra sehari ke.. Boleh beli tong besar sikit nak simpan minyak...


Dan lagi pelik bila pegi stesen minyak tiba2 jadi macam ade buat pertunjukan pulak... Ramainya bukan kepalang.. Sudah la ramai.. Yang mengisi minyak pon muka stress je... Aku nak dekat pon takut... Tapi nih la hakikatnya... Dah menjadi tradisi orang malaysia.. Umum minyak naik.. Malam kompem penuh kat stesen minyak.. Macam lepas nih keta x pakai minyak dibuatnye.. tapi kebanyakan orang duk isi ron 97... Acane tu...


Seronok duk mengata orang, aku pon lebih kurang jugak... Ambik jugak kesempatan tuang minyak kat moto tersayang... Hehe.. Teringin pulak nak isi minyak bila diorang nih isi.


Sekian saja.. Selamat mengisi minyak kepada semua... 


P/s: simpan sikit kat orang minyak oii... 

Tuesday, September 30, 2014

Majlis Makan-Makan Di Teratak Bosku

Assalamualaikum,

Hari nih bos aku ada bikin satu ala2 party yang selalu orang putih buat tepi kolam tuh.. tujuan nya adalah saje nak kasi anak buah dia kembung perut melahap segala juadah yang disediakan...

belah kiri bos aku
Ntah macam mana lah bos aku nih suka sangat bagi makan orang.. semoga beliau dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat secepat yang mungkin lah.. hehe

Maka berlangsunglah majlis itu pada siang tadi.. membawa ke malam.. pada asalnya majlis nih nak buat sambil santai2.. sambil mandi2 kolam... tetapi angan2 aje lah.. disebabkan sume nak kontrol macho depan awek tembam2, maka semua x jadilah nak mandi...

Dan bila dah berlangsung majlis nih.. baru aku tahu yang tempat kerja aku tu ramai orang kerja rupanya.. sebelum nih jarang pulak aku nampak diorang2 nih.. mungkin aku banyak monteng keje kot.. ataupun mereka yang suka ambik mc.. patutlah x nampak.. hehe..


Bila time makan.. aku lah paling bersungguh2 mengaut segala rezeki di depan mata.. dan mula mengenyangkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.. kalau ginilah tabiat aku.. korang jangan ajak aku pegi majlis.. nnti korang x nak mengaku aku kawan korang.. Hehe

Majlis berakhir dalam pukul 9 malam.. dan pada pukul 8.30 aku terpaksa mengundurkan diri disebabkan masalah perut yang mintak di belai..  jadi.. nasihat aku kapada orang lain.. jangan lupa diri ketika makan...

Sekian sahaja..



Sunday, September 28, 2014

Jom Berhenti Merokok Ikut Cara Aku!


Assalamualaikum, 

Hari nih aku cuba nak berkongsi pengalaman aku semasa merokok dan bagaimana aku berenti merokok dengan jayanya dalam masa yang singkat. Mungkin penulisan aku kali nih nampak serius sikit... Biasalah.. Nak menunjukkan aku seorang yang membenci rokok yang amat sangat...

Ramai sebenarnya perokok di malaysia nih cuba untuk berhenti merokok bila diorang rasa poket dah kosong... Bila diorang rasa sesak nafas... Bila diorang rasa sakit/ sakit dada.... Tapi x ramai perokok di malaysia nih teringin nak terus berhenti... Apa yang menyebabkan diorang susah nak berhenti? Ramai orang kata disebabkan nikotin yang ada dalam badan... Ada jugak orang kata disebabkan dah lama isap susah nak benti... Ade jugak disebabkan kawan yang perangai cam langsuir cakap kalau x merokok x stylo... Dan ada jugak disebabkan keturunan perokok dan beliau tidak seharusnya berhenti... Jadi.. Banyak sebab dan musibat yang yang biasa kita dengar kan? 

Menurut kajian yang dibuat oleh aku, orang yang susah nak berenti merokok adalah kerana tabiat beliau, yang suka mengada2kan benda yang tidak penting pun sebenarnya... Contoh... Isap rokok selepas makan, semasa membuang air besar, semasa bangun tidur, semasa memandu, mahupun sebelum tidur... Ewah2... Dah macam telan supliment pulak rasenye... Hakikatnya itulah aku dulu... Haha... Ini sebenarnya "mindset" kita sahaja...

Macam mana perkara diatas ini boleh terjadi? Perkara seperti diatas boleh terjadi apabila adanya amalan ikut2 namanya... Bila kawan buat kita nak buat... Dan akhirnya kita terus hanyut menelaah asap yang nikmatnya hanya sementara.. Dan mungkin sakitnya akan menjelma

Jadi, xnak beleter panjang jap lagi korang terus tutup blog aku, orang tanya aku.. Macam mana ko boleh berenti ekkk? ... Haa nih nak cerita la nih.. Ko boleh sabar kejap x? Geram pulak aku... Huh! 

NIAT & DOA
Pernahkan korang dengar... Setiap perkara yang ingin dilakukan harus dimulakan dengan niat? Btul x? Kalau salah betulkan aku.. Pada permulaan aku nak berhenti merokok.. Aku mulakan dengan niat... Seingat aku, masa aku berniat tuh... Rokok winston naik berapa inggit ntah.. Bengang punya pasal .. aku terus set dalam kepala aku... Suatu masa nnti aku akan berhenti merokok puii!! Sambil bukak rokok winston letak kat mulut.. ... Jadi, perkara pertama adalah niat korang walaupun korang x teringin langsung nak berhenti pada masa tersebut.

Bila dah ada niat... Cuba lepas sembahyang tuh.. Selit mintak dengan Allah cakap kalau boleh mintak tunjuk jalan macam mana nak benti... (Cara paling power yang penah aku xperience)

TETAPKAN TARIKH , LAFAZ & SAKSI:
Macam mana nak tetapkan tarikh yang berkesan? Disebabkan kita nih bebal susah nak berenti cuba fikirkan tarikh yang ada potensi seperti.. Bulan puasa, awal tahun, tarikh lahir, hari jadi ibu bapa, tarikh kapel pon boleh. Selepas dah ada tarikh... Cuba cari kawan baik, kalau xdek kawan, boleh pegi cari abang2 sado atau pandai2 korang lah... Dan bagi tahu diorang... Pada tarikh sekian2 ko nak berenti, jadi tolong ingtkan aku, jadi kalau nak best lagi cari kawan yang badan ketul2 yang boleh rembat korang kalau korang lupa..

MORAL SUPPORT:
Bila korang kesunyian.. Korang mesti cari seseorang kan untuk bercerita atau meluahkan perasaan? Begitu juga dengan merokok... Ia perlu ada seseorang yang boleh menyokong tindakan kita... Jangan la pulak ko cari kawan yang merokok jugak... Cari kawan yang x merokok la... 

ELAKKAN SEKETIKA BERKAWAN DENGAN PEROKOK
Yang nih benda penting, aku x suka nak suh korang jangan berkawan dengan perokok... Jadi perkataan paling senang.. Cuba elakkan seketika lepak ngan perokok.. Kalau dah tau iman tuh senipis kulit bawang, baik elakkan seketika... Aku x suruh korang putus kawan ehh... Dan bila dan kurang ketagih.. Boleh la lepak seperti biasa...

BUANG BARANGAN BERKAITAN
Korang buang dan kosongkan laci2, Bag sandang taksub korang tuh.. Dan benda nih korang patut mulakan dari sekarang... Cer tinggal salah satu.. Ada rokok.. Tinggal lighter.. Kalau ade lighter.. Tinggalkan rokok... 

BACA ARTIKEL TENTANG KEBAIKAN BERHENTI MEROKOK
Tolong cari kat google tentang kebaikan berhenti merokok... Kalau boleh baca hari2 walaupun korang naik loya duk baca hari2.. Cuba biasakan diri baca kebaikan dan cuba bayangkan jika anda sakit dan cuba bayangkan muka ibu bapa korang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan  korang... Tapi korang duk melahap rokok hari2.. X rase sedih ke? Puii!

MINDA @ OTAK
Haaaaa... Yang nih selalu orang fail.. Korang kene kawal semua benda kat situ.. Jadi apa yang korang kene buat adalah... Korang tukar cara korang berfikir... Contoh.. Kebiasaannya korang lepas makan pegi merokok kan? Korang tukar.. Lepas makan korang pegi tanam pokok sawi kat belakang rumah ke.. Boleh? Xkan ngan rokok pon kalah kot? Kate gangster simpang empat belah keramat? Xkan ngan rokok x boleh? Jadi pondan la.. Haha!

DOA
Ehhh? Kenapa aku ulang dua kali pasal doa? Sebab... Doa adalah benda paling penting untuk korang berubah... Jangan lupa selalu mintak ngan Tuhan.. InsyaAllah.. Ia sangat berkesan.. 

Jadi.. Kesimpulan yang dapat aku buat disini adalah.. Merokok boleh membahayqkan kesihatan dan orang disekeliling kita... Kalau x pikir diri sendiri.. Cuba pikir mak bapak kita dan anak bini kita.. 

Aku doakan korang sukses dan selamat mencuba.

Friday, September 26, 2014

Majlis Tahnik dan Selawat di Villa Mak Ayah Dr Azizan Osman

Bismillahirohmanirohim.. 

Selamat datang dan selamat membaca kepada semua sahabat2 karib mahupon tidak... 

 Baru aku rase nak update blog walaupon jam dah mencecah 12 tengah malam...disebabkan kerja yang berlipat kali ganda punyalah banyak.... >,<...

Hari nih aku nak update cerita hari semalam .. Iaitu tentang tajuk yang aku tulis kat atas nu lah.. Dimana.. Majlis ini dianjurkan oleh pihak pengurusan  Richwell sebuah anak syarikat Richworks international... Program ini dijalankan di teratak mak ayah dr Azizan Osman di mana beliau adalah pakar motivasi no 1 asia yang terkenal pada abad ini.. 

Jadi, untuk kesana aku perlu menaiki van power dan dilengkapi dengan tempat tido yang sungguh selesa dan mengiurkan... 

Lihat saja suasana didalam van... Sudah pasti ingin turut serta skali kan? Ini adalah sebahagian cara kami mengumpul tenaga sebelum turun dan buat kerja di event... Macam aku time nih x dapat nak tido sebab mangkuk dua orang nih kemain kangkang lagi bila time tido.. So aku dapat ruang ciput je... Jadi nk kasi hilang boring, aku ambik gambar sekeliling... 

Setelah sejam setengah kami terperuk didalam van yang usang dan penuh dengan barang nih... Maka sampailah aku di tempat kejadian.... Nak dijadikan cerita... Cari kedai coconut shake dulu... Pekena time panas2 ni layan jugak... Haha.... 

Majlis nih akan bermula selepas isyak dan ada bacaan qasidah burdah dan... Yang paling penting... Habib Syech Assegaf pun datang bertandang ke rumah Dr. azizan Osman bagi menyambut kelahiran anak beliau iaitu #AisyahAzizan

Long story short... Majlis yang sederhana dan didatangi oleh ramai tetamu dari ntah mane ntah diorang muncul.. Tiba2 je ramai... Dan kami berkesempatan berselawat dan berqasidah bersama Habib2 dan para ilmuan lain... Tetiba rasa hiba bila dapat berselawat memuji nabi bersama ilmuan2 nih... Almaklumlah.. Aku nih jahil punya orang... Jadi.. Sesekali berkesempatan dapat turut serta... Terase seronok pulak... Moga2 hati aku suka dengan majlis2 seperti ini sampailah bila2.... 

Dibawah ada sedikit gambar2 sebelum dan semasa event... 


Sunday, September 21, 2014

Honda Day Bertapak Di Sepang!

Assalamualaikum dan selamat petang kepada pembaca2 tegar yang kononnya x putus2 membaca entry aku nih yang sangt bosan bila membacanya... 

Anyway... Memandangkan korang pon malas nak baca bila aku tulis pepanjang... Kali nih aku akan kurang kan sikit penulisan aku supaya korang x dek la rase anoying... Dan sakit hati bila membacanya... 

Pada hari semalam... Atau bahasa mudahnya... Hari sebelum hari nih... Aku telah terdengar ura2 yang mengatakan.. Hari honda atau HONDA DAY akan menjelang tiba...  

Ternyata.. Ura2 tersebut adalah betul... Dan ia akan diadakan di Sepang International Circut Malaysia pada 27 September 2014,

Jadi.. 

Kepada peminat2 tegar mahupun haters2 tegar kereta honda boleh lah bersiap sedia sekarang kerana.. 27 aribulan tuh xdek la lame sangat dah... Bg yang xdek keta honda... Anda jangan risau... Cuba lah try tanye2 takut2 moto honda pun boleh masuk jugak.. ?


Poster event tuh la.. 

Jangan korang ngada2 x pegi..sebab..:
- ini adalah event terbesar honda
- Peluang berjumpa dengan otai2 honda
- hanya berlangsung setahun sekali boh!
- Dengar cite ade cabutan betuah keta jazz baru?
- Xdek keta pon boleh masuk!
- Dapat jumpa pomen yg boleh obohol enjin murah

X cukup dengan tuh... Korang boleh la intai2 awek2 cantik kat situ... Mane tau lekat jodoh... Orang kata awek2 honda nih rare!... Jadi... Boleh la kalau nak cuba cari tuh... 

Dengar cite lagi.. YURAN MASUK YANG SANGT LAH MURAH.. iaitu RM 20 Seorang... Siap dapat skali ngan pass nak tengok drag kat situ.. 

Apa lagi... Setting angin kasi ngam.. Obohol enjin kasi sedap... Yg mana ada anak tuh, bawak sekali... Kalau ade 10 orang.. Bawak je sume... Sebab kt situ... Dengar cite lah... ada pertandingan khas untuk kanak2... Ayuh kesana! Cewwah.. Gaye promoter pulak... Hahaha.. 

Sekian terima kasih.

Friday, September 19, 2014

Rasa Keramat Nasi Vanggey Ipoh di Shah Alam

Kehadapan rakan blogger dan pembaca sekelian...

Assalamualaikum...

Sekitar pukul 6 ptg pada hari jumaat yang mulia ini yang bertarikh yang tertera dibawah skali, aku dan motoku bergerak pulang dari seksyen 13 ke rumah nan usang,..

disebalik deruman enjin moto aku terdengar suara2 halus yang sedang mengutuk ditelingaku.. ternyata.. makcik yang baru keluar dari pejabat, bersungguh-sungguh mengutuk seseorang yang aku tidak kenali...

lalu aku memulas suis motoku dan perlahan-lahan aku menyetat moto aku... ternyata payah bila menyetat moto dalam keadaan perlahan-lahan... haruslah menggunakan kuasa terjahan power rangers sedikit untuk menyalakan palam pencucuh yang telah usang.. nama pun moto lama..

sudah tiga perenggan aku menulis.. tetapi tiada langsung sangkut paut dengan tajuk yang diletakkan diatas... bukan motoku menjadi tajuk penulisan aku pada hari ini.. mahupon makcik berdosa tadi,,.. ianya tidak ada kene mengena langsung dalam cerita ini.

gambar x sempat nak snap.. akibat nafsu makan power rangers terpaksa ambik kat google..

Al kisah... nasik vanggey nih sebenarnya dah popular lame dah... yang aku tau.. mase aku belajar di UITM Sri iskandar dulu pada tahun 2006 x silap aku... seorang sahabat aku nih memperkenalkan restoran nih pada aku... masa tu kedai dia hanya kedai usang di bandar lama di Ipoh... tapi kalau nak pegi makan.. memang lembik lutut.. silap2 boleh pitam menunggu turn

Pejam celik pejam celik... tetiba muncullah beliau.. iaitu kedai nasik vanggey nih di Shah Alam... secara tak langsung ia telah membuatkan aku kembali mengimbau kenangan zaman aku baru nak up dulu...

Dari pemerhatian yang telah dibuat oleh aku sendiri.. nasik vanggey yang dijual di shah alam nih... tidak boleh menandingi nasik vanggey yang dulu... emm.. rasa yang dulu dan sekarang mungkin ada perbezaan sedikit... TETAPI!... ia tetap tidak menghampakan pada sesiapa menelannya...

Ini lah dia kedai yang disebut-sebut tuh... lokasi seksyen 19 shah alam

Setelah habis melahap.. baru la aku teringat yang aku nak diet... ahhh.. segalanya sudah terlambat.. aku menyesal untuk sementara waktu..

Jadi kesimpulannya disini adalah... bila makan.. bacalah Bismillah... dan apa yang pasti.. nasik vanggey ni tidak pernah menghampakan aku dan lagu hampa nyanyian To'ki tidak ada kene mengena dalam penulisan aku ini...

sekian terima kasih

Tuesday, September 16, 2014

Pembedahan plastik yang murah & dibenarkan?


Assalamualaikum sahabat2 sekelian,


Sempena hari malaysia nih, aku nak menceritakan sedikit kisah berkenaan dengan topic diatas...

Minta semua bawak sabor sikit bila membaca ye... Mungkin topic nih x berapa sesuai dengan sesetengah keturunan kita yang mungkin akan mengalami alahan yang teruk selepas membaca...

Jadi, yang mane ada darah tinggi tuh jangan dibaca.. Takut overdose pulak nnti... Hehe gurau,.. untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku, aku ingat korang kene mintak izin dulu dengan mother n father, korang... Hehe..

Untuk manusia yang x tahu lagi apa yang dimaksudkan 'pembedahan' kat sini aku nak ceritakan apa yang dimaksudkan bedah,

Bedah atau pembedahan, kalo bahasa inggerisnya bunyinya surgery dan kalau nak tau advance sikit cheirourgia dalam bahasa Yunani yang membawa maksud, (pekerjaan tangan)...

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh la tengok kat wiki ye... Hehe

Gambar Hiasan ambik kat google


Pembedahan plastik apa yang dibenarkan???

Pembedahan plastik yang dibenarkan ialah pembedahan keatas motosikal anda... Yang mana ia tidak berdosa, murah dan berkualiti... 
Jadi,

Seperti yang terjadi kepada moto aku nih... Kat bawah nih aku nak kongsikan sikit perubahan sebelum dan selepas pembedahan beliau

Gambar beliau sebelum pembedahan dilakukan

Dah selepas dibedah...

Pembedahan berlangsung selama satu hari, bergantung kepada modal yang anda ade lah..

Macam moto aku nih, aku ambik pekej obohol + upgrade

Silalah lihat seperti gambar dibawah... 

Rupa bahagian pinggul

Rupa beliau bahagian hadapan


Ini la rupa beliau selepas dibedah nampak lebih bergaya macam artis kpop pulak aku tengok beliau nih...


Ok titik.

Jumpa lagi.. Hehe

Thursday, September 11, 2014

Moto Power Dan Kisah Disebalik Ke Power an Beliau


Salam Diucapkan kepada pembaca yang sudi menyinggah...

Dah alang2 baca sebaris tuh.. mintak lah tolong baca sampai habis.. kesian abang penat2 tulis nih.. hehe... 


Tanggal 11 September yang bertempat si Dewan Di PGRM yang indah.. sambil diiringi lagu merdu hasil nukilan abang AV yang tengah test sound nuh.. aku rase macam nak menulis pulak... 

Disaat termenung melihat susana disekeliling yang sibuk dengan manusia yang sedang mendaftarkan diri di sebuah seminar Millionaire Marketing Mastery tu, aku memikirkan keadaan temanku itu, (cecece bajet sastera).. aku mengenangkan kisah aku bersama beliau ketika duduk dibangku sekolah dulu... Moto kesayangan ni telah bekhidmat dengan keluarga aku lebih sepuluh tahun dan hingga hari ini.. dia menjadi peneman setia aku ketika aku mahu mencari rezeki... 

Beliau jugalah membawaku mengelilingi kawasan yang tidak pernah aku lalui dan menungguku ketika mencari rezeki... dan sanggup berhujan panas demi aku.. 

Ok  Dah.... (Bab Sedih Tamat)

Cerita Baru nak start.. 

Moto nih adalah moto turun temurun sejak zaman bapak aku muda lagi... beliau nih dah banyak zaman dia lalui, seperti zaman punk, skin head, zaman grunge, zaman abang aku baru nak up.. dan macam2 zaman lagi lah... nak dipendekkan cerita.. moto nih kalau beliau boleh borak dengan manusia... xdek orang lebih hebat dari beliau... habis cerita beliau tapau.. 

Malangnya bila hidup dengan aku nih.. aku banyak tingglkan beliau.. maklumlah.. dah ade kawan baru... sang kancil terbo power sangat dah kalau lumba ngan besikal... ala.. kawan beliau jugak masa duk kampung.. 

Sampailah pada satu mase dia ngadu sakit.. biasalah nak perhatian lebih la tuh

maka aku antar la beliau.. kat bawah nih antara gambar2 beliau masa di wad... 

Setelah Ditelanjangkan Tanpa Bicara

Dibedah Siasat... Siapa yang Bersalah ?

Abdomen dikumpulkan Untuk Siasatan Lanjut
Disababkan aku sayang beliau.. aku kuar lebih sikit beli baju baru kat beliau.. nak tengok apa jadi selepas nih kat belaiu?

Tunggu...



Monday, September 8, 2014

Transformasi tubuh badan shah rukh khan

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua...

Pagi nih sebelum melangkah keluar dari rumah aku nak tunjukkan kat korang.. Transformasi badan shah rukh khan nih... 

Perubahan nih telah memeranjatkan aku... Tapi x bermakna aku suka lelaki... Just for sharing aje... Hehehe

Yang mane perempuan dah kawin tuh, mintak kebenaran suami dulu sebelum tengok ye... Kekeke


Sebelum 


Selepas


Sunday, September 7, 2014

Download Vector Ai Percuma

Assalamualaikum..

Kehadapan kepada ahli jemaah semua, memandangkan aku nih seorang pereka graphic terulung la sangat, maka.. mulai hari ini, aku nak share segala vector-vector yang telah aku bina dahulu kedalam ini blog ,

Dengan berbuat sedemikian....mungkin sedikit sebanyak dapat membantu antara satu sama lain,

Tolong Menolong tu kan amalan mulia... tak gitu?
_______________________________________________________________________

Vector Ai

I
Institute Of Marketing Malaysia        Download Link Here

L
Lesung Batu + Sambal Tempoyak     Download Link Here

N
NTV7 Logo                                        Download Link Here

4
4 A's Logo                                          Download Link Here



_______________________________________________________________________

Jangan Lupa Berterima Kasih Ye... hihihi